Wednesday, July 27, 2016

Perkhidmatan Kereta Sewa di Langkawi

Assalamualaikum & Hi !

Entri kali ni nak buat IKLAN sikit :) 

Untuk anda yang merancang nak bercuti ke Langkawi,

Untuk anda yang sedang mencari Kereta Sewa di Langkawi,

Untuk anda yang memerlukan Perkhidmatan Kereta Sewa di Langkawi,

Untuk anda yang mencari Kereta Sewa di Airport Langkawi,

Untuk anda yang mencari Kereta Sewa di Langkawi Jetty Point (Terminal Feri),

Untuk anda yang mencari Homestay di Langkawi,

Untuk anda yang ingin ke Tasik Dayang Bunting,

Untuk anda yang mencari Pakej Percutian Ke Langkawi,

Untuk anda yang memerlukan semuanya di atas sepanjang berada di Langkawi boleh hubungi saya untuk tempahan atau sebarang pertanyaan!


WhatsApp / Call / SMS : 0125405630 (Hanum)

Email : milhanumhae@gmail.com



Jom Bercuti ke Langkawi!

Friday, July 22, 2016

Entry Pertama 2016


Assaalamualaikum!

hi semua!

Bersawangnya lahh blog 'Kehidupan HanumHae' ni kihkih. Hari tu rasanya macam dah 'cuci' dah err tapi rasanya setahun yg lalu dah kan *sengih busuk*

Takda cerita menarik pun nak update. Tetiba hari ni ter'login' Nuffnang account. Sedih tengok nuffnang account hihi. Last cashout tahun 2011. Tadi tengok last income masuk tahun 2014. Gila habaq hang lamanya nuhhh..ekekeke

Pastu teruslah gatal tangan login account blog. fuhh nasib baik password masih segar di ingatan..aiseh. Terus blogwalking tengok blog 'kawan-kawan lama'. Dulu rajin jugak berbalas-balas komen. komen macam kenal lama woo. Tapi kenal dekat blog sahaja lahh.. hehee. Rajin Korang update. Macam-macam kisah. Ada jugak yang bersawang macam cheq. Ada jugak yang dah diprivatekan.

Walaupun blog ni dah bersawang terlalu lama sangat. Tapi tuan blog tetap dan masih macam dulu  juga..Takda perubahan pun hehehe.

Eh ok jumpa lagi kemudian hari di next entry! heeehe bye!


Monday, February 9, 2015

Kuatlah Wahai Hati


Penyebab perpisahan itu menyakitkan
Peritnya rasa sakit itu YaAllah
Ditinggalkan tanpa pesan
Dibuang begitu saja tanpa belas
Harapan yang diberi hanya mainan
Peritnya rasa sakit itu YaAllah
Aku tahu semua yang terjadi pasti ada keindahan disebaliknya...


Perpisahan itu lebih mendekatkan aku kepadaMu
Perpisahan itu mengajar aku untuk lebih menghargai diri sendiri
Perpisahan itu mengajar aku mengenali siapa lawan siapa kawan
Perpisahan itu mendidik aku untuk menjadi seorang pemaaf
Perpisahan itu mengajar aku untuk berani berkata TIDAK dan YA pada tempatnya
Perpisahan itu menjadikan aku lebih kuat dan matang
Perpisahan itu membuat aku belajar akan sesuatu iaitu REDHA&IKHLAS.


Jujur tiada benci dan dendam dalam diri ini..
Tetapi yang ada hanyalah sakit...sakit yang tak terjangkau dek akal fikiran
Hanya doa yang kutitipkan bila rindu datang
YaAllah kuatkan hati ini


YaAllah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang,
Lembutkan Hatinya,
Buangkan segala kejahatan dalam dirinya,
Hilangkan egonya,
Berilah kepadanya kebahagian yang dicarinya,
Bahagianya Bahagiaku
Dia insan pertama yang pernah hadir dan berada dalam hati ini
Terima Kasih YaAllah untuk rasa bahagia itu walaupun seketika...yang aku sendiri kabur sama ada ianya ikhlas atau sebaliknya..
Wahai Hati, Be Strong. Walaupun luka parah kita kena kuat!



* kusangkakan panas berpanjangan tetapi hujan diiringi kilat petir datang. tetapi percayalah akan adanya pelangi selepas hujan :)



by HanumHalim
23Jan2015 - dalam kaunter di meja opis yang bersepah

Saturday, January 24, 2015

SAYA KEMBALI

Assalamualaikum..


HI kawan-kawan! *lambai-lambaikan tangan sambil sengih kerang busuk*


Lamanya meninggalkan dunia blog. Last entri adalah pada May 2012. sekarang dah Januari 2015. Almost 3 tahun habaq hang. Berabuk bersawang usang teruk dah blog ni. Mesti makin banyak blogger blogger baru kan. Mesti ada macam-macam perubahan kan. Mesti ada benda-benda baru cara-cara baru untuk naikkan trafik blog kan. Macam-macam kan lagi la kan hehe.


Banyak sangat perkara yang berlaku dalam masa 3 tahun ni. Paling tak boleh lupa adalah peristiwa tahun lepas - yang pertama kali terjadi dalam hidup Nurul Hanum bt Abdul Halim. Nanti-nanti lah cerita apa dia noh. Sekarang kita mukadimah new entri untuk tahun baru 2015 hihi.


Tahun ni betul-betul terasa mahu berblog. Rinduuuuuu. Rindu nak meluah. Rindu nak menaip. Rindu nak mengelamun depan laptop. Rindu nak memuntahkan apa yang ada dalam isi hati. Rindu nak merasa duit Nuffnang kembali! hikhikhiks


Oklah untuk permulaan ni keras tangan lagi nak membebel. Ayat pun tunggang langgang ja rasa ni. Kita sambung next update occay.


SELAMAT BERTEMU KEMBALI!! *bajet femes bajet artis bajet ada orang baca puuiiii hahaa*


Monday, May 14, 2012

Jalan-jalan ke Medan Day 1 - Part 2

hai hai hai u olls~

ok mari kita sambung cerita percutian ke Medan lagi!

geng Medan Trip -


Entry sebelum ni aku ada ceritakan mengenai  lawatan kami ke Istana Maimoon kan? ok jom kenali serba sedikit sejarah Istana Maimoon warisan Kesultanan Deli. Istana Mimoon ni dibangunkan oleh Sultan Makmun Al-Rasyid Perkasa Alamsyah. Dibina pada tahun 1888 oleh arkitek dari Itali. Istana Maimoon merupakan salah satu mercu yang terkenal di Medan. Seni bina istana ini banyak dipengaruhi oleh kebudayaan luar iaitu merangkumi kebudaayan Melayu, Islam, Sepanyol, India & Itali. Jom kita cuci mata lihat keindahan binaan dalam bangunan istana Maimoon.




Aku dengan Jama tak ketinggalan try baju diraja. Sepasang Rp20000 (lebih kurang RM8)

Pakai sat ja snap snap gambaq terus buka cepat-cepat baju ni sebab kejar masa.. tak sempat nak amik gmbaq kat kerusi besaq..wuwuwu :(

Selepas melawat istana Maimoon, kami bertolak ke Lake Toba. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Semasa dalam perjalanan ke Lake Toba, kami singgah di kilang kacang tumbuk iaitu PATEN. Macam-macam jenis kacang yang dijual di sini. Segala macam nama ada.. tang tang tung tung teng teng ting ting. Pelik-pelik kan nama? hehhehehe.. :D





ha macam-macam jenis kacang adaaa. Pilih-pilih :p


Lebih kurang pukul 4 petang kami bertolak ke Parapat. On da way ke Parapat, bus pulak pancit. haiyoooo. Tapi en Sehala cakap tu perkara normal sebab jarak jauh kan dari 1 tempat ke 1 tempat.. Jadi segala kelengkapan dah di bawa. So adik tukang tutup pintu ditugaskan utk tukar tayar. Semuanya dia buat sendiri. Akhirnya kami sampai di Parapat dalam pukul 8mlm (waktu Indonesia). Kami sampai pun dah malam so nak nampak pemandangan Lake Toba. Yang nampak cuma lampu-lampu ajeeeee. Tapi jalan di Lake Toba sangat la mengerunkan. Curam, sempit bengkang bengkok. Haih -_- 

Kami menginap di Siantar Hotel. Sampai saja terus makan sebelum check in. Iyolah masing-masing dah lapaq kann :D Makanan kat sini better dari di Restoran Minang Medan. Sedap! Suka sup dia. Eh tak tak suka sambal ikan yg dihidangkan. Sambal tu sedaappp. 


- ada lagi ni sebenaqnya tapi tak sempat snap pikir nak makan jeeee lapaqqq hehe - 


Dah selesai makan masing-masing dapat kunci bilik. Bilik aku dgn Jama no 116. Bilik not bad. Ok.


Sekali buka tirai tadaaaaaaaa!! Wah ada balkoni! Mengadap Lake Toba ok!! Best best best gileerrr! Sangat rasa jakun rasa cam waaahhh suka sukanyaaaaa kitewwww :D

Tapi disebabkan malam bila amik gambaq tak nampak pun tasik sebab gelap jaaa. So tunggu esok tu baru snap gambaq. Cantik besttttt tauuuu :))


sukanya sukanyaaaaa! lompat-lompat gembira ^^ pangggg~


dari balkoni bilik. muka cik Jama yang hepi :D


Ok sambung lagi nanti di entri seterusnya perjalanan menyusuri Lake Toba - Pulau Samosir, Perkampungan Batak. Tunggu yeeeee :)



much love; 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...