Tuesday, January 26, 2010

nightmare of you~




sedang asyik aku melaksanakan tugas..
hensetku berdering..
ku lihat nama yang tertera..
dup dap dup dap..


panggilan dari org yang aku sudah jangka akan tetap hubungi aku..
kenapa aku bole agak dia akan hubungi aku?
kerana siang malam wajahnya terbayang di ruang mata..
terbayang bukan kerana rindu bukan kerana cinta bukan juga kerana sayang..
terbayang kerana aku berdebar ketakutan resah gelisah..
ohh sesungguhnya dia adalah mimpi ngeri bagiku..!


aku resah gelisah..
ku jawab juga panggilan itu..
dush!pangg! tepat jangkaanku..
dengar sajalah wahai telinga..
sememangnya salah diriku juga..
saat itu aku hanya mampu diam..
menjawab apabila perlu..


ohh apakah akan terjadi selepas ini...
aku takut menunggu saat itu..
saat aku perlu bertentang mata dengannya..
debaran di dada usah ditanya lagi..
begitu laju berlari pantas tanpa dapat dikejar..
dup dap dup dap tidak henti..


aku harap aku berani menghadapi dugaan itu..
dugaan apakah yang kumaksudkan?
biarlah hanya aku sahaja yang tahu..


warrghh takutnya saya~!grrr...tsk..tsk (-_-!)


p/s: haha xleh blah tajuk omputih abes~

Sunday, January 24, 2010

~hannan haikal~

Selamat Hari Jadi~!! hari ini 24/01/2010 genaplah umonya menjadi 19 tahun. uishh mcm tak percaya ja dia dah 19 tahun. rasa mcm kecik ja lagi. dlu masa dia sekolah menengah aku ingat dia sekolah rendah lagi.hik3..

siapa yang aku maksudkan?
taraaaa~



oh no no no.tidak tidak.ini bukan boifren aku. ini adalah adik lelaki ku.

uppsss apa?nak berkenalan? haha.ohh ini adik saya, namanya mohammad hannan haikal b. abdul halim mcm nak wat karangan pulak..ngee~ skrg sudah genap 19 tahun. tapi kalau p jalan2 mana2 pun org akan ckp aku adik dia..muahahahaha.. biasalah kakak dia kan awet muda..wakaka.

haikal a.k.a mek alang ni (aku suka panggil dia mek alang) sangat pandai dalam bab2 bertukang,benda2 kreatif, seni. aku ingat lagi masa aku 1st year kat ums dlu, mak aku ada pos barang. dalam tu ada hadiah dari alang sempena besday aku, dia ukir sabun jadi nama aku "hanum". ohh aku sangat suka+terharu masa tu. aku nak letak kat blog ni tapi sabun ukiran nama aku tu ada kat umah pulak. tapi yang sedihnya sabun tu dah patah 2..huuu~sedihnya T_T

kalau bab-bab nak mengemas umah time2 raya la slalunya, mulut aku mesti punya wajib akan sebut "mek alang, jom tolong angkat ni", mek alang, nnt tolong buang ni", "mek alang tolong vacuum tangga", mek alang itu,mek alang ini la kesimpulannya.. kui3~

mek alang pulak suka cakap dekat aku "along, belanja", "along, topap", "along, ada duit tak?", pastu sejak2 dah masuk kolej ni dia suka cakap "along, nnt tgk la alang jadi bos along..hahaha".. cehh ada hati :p

kecik2 dlu sangatla buaih(nakal). aku ingat lagi masa dia kecik dlu ada katak mati kat jalan kwsn umah kami, slamber badak dia ja p amik katak tu dok usik2 org..haha.. penah anak ular sawa masuk umah time kami kecik2 dlu, ayah aku tak bunuh. letak dalam bekas besar, tutup dengan penutup yang di tindih dengan bata. masa tu haikal ni kecik lagi. dia p tanya kat ayah aku "apa ni ayah?", ayah aku yang dah tau perangai dia ni, mula la risau gak siap pesan "jangan angkat bata ni tau. jangan main ni. ini ular" pendek kata segala jenis haiwan binatang la mau kalau boleh dia nak pegang sentuh.. haihhss


hmm..apa lagi r? ohh cukuplah sampai sini saja aku membebel pasal adik aku ni. kalau aku tak stop membebel entri ni panjang berjela pula kang.hahaha.


abaikan gambar kesengalan aku dgn adik aku masa tgh dok tggu pizza tak sampai-sampai


haikal, selamat hari jadi.selamat hari umoq makin bertambah. belajar rajin2. jangan malas-malas. bawa motor jangan laju-laju. cuti2 panjang jangan lupa balik umah. ada duit lebih sedekah sket kat along..ehhh?? bukan along ka dok bagi duit kat alang?haha



p/s: haikal, nak kna bg hadiah jugak kah? tak payah la noo..muahahaha

Saturday, January 23, 2010

Aku dan Twitter


saya sudah ada twitter!lol lolipop~ :D



aku mula berkenalan dengan twitter november 2009. knp aku create akaun twitter? ntahla.sbb masa tu aku tgh boring bosan dgn mukabuku.so nak cuba apa itu twitter..hahahaha.

ohh ini twitterku, silalah follow if terjumpa or mmg nak follow my tweet tweet. ehh ada ke?kui3.. skrg ni aku mmg jarang on9 twitter sbb member2 tak ramai pon.haha. tak percaya? cuba besarkan dan tgk followers ada 4 saja. following 10 org..hik3.. lagipon aku xpandai la nak bertwitter neh camna..masih terkial-kial lagi..heee~ :D


p/s: kadang2 aku lupa plak yang aku ni ada akaun twitter..kuang3~

Wednesday, January 20, 2010

saja-saja suka hati hati suka

lokasi: opis putarjaya
masa: 1252pm


ohhhh sejuk yang melampau teramat sgt! jari jemari kaku tidak dapat bergerak menaip.


kesimpulannya..tdo sedap neh~ weeeee :D



p/s: kepada kwn2 sahabat2 rakan2 belog (nak sebut semua ramai sgt..hee) terima kaseh banyak2 klik2 my nuffy+up trafik ^^ rajin2 lah melawat lagi ye :)

p/s: entry ni saja2 ja mengisi masa keboringan kesejukan kemengantokan..ngeee~

Monday, January 18, 2010

kisah seorang budak dan pisang kaki di pagi hari~


pagi-pagi tadi selepas selesai bersiap-siap nak ke opis, aku p dapur. ada cik ainPeanut. sembang-sembang pastu aku ternampak ada 2 biji durian.


aku: 'eh ada durian!'

ain: 'a'ah. pisang kaki pun ada'

aku: 'pisang kaki? mana?mana?'

ain: 'dalam peti sejuk'

aku: 'ohh eh?' tanpa berlengah-lengah lagi terus buka peti sejuk.



selepas buka peti sejuk..

aku: 'mana? tak nampak pun pisang kaki?'

ain: 'tuuuuu'

aku: 'mana?mana?' smbil tercari2 pisang kaki dgn membayangkan bentuk pisang

ain: 'niiiiii kan pisang kaki' sambil menunjuk kedudukan pisang kaki yang berada d dalam peti sejuk.

aku: 'hoh?? ni ke? ni ke pisang kaki? serius ni pisang kaki??' dgn muka yg sgt jakun tak tau sbb tak penah tgk pisang kaki..ngeee~ :D


iye.iya.iyolah.. sila ketawa kuat-kuat tepuk tangan kepada siapa2 yang tahu. saya mmg tak tahu rupa bentuk pisang kaki..ngeee~ ohh malunya..hokhokhok~


ini untuk tatapan mereka2 yang sama jakun seperti aku..ada ke?ke semua org tahu?hakhak~


ok ini adalah kulit durian. semua mesti knal kan.. :)





jeng jeng jeng..ini pisang kaki yg telah membuat aku jakun d pagi hari~cute pulak aku tgk.hik3.. camna bleh dpt nama pisang kaki ni?hee~


nak kata bentuk manggis pon ada. oren pun ada. paling sesuai menyerupai bentuk tomato kot.


ni kedudukan pisang kaki di dalam peti sejuk masa aku buka pg td....taraaaaa~






sekian sahaja kisah seorang budak jakun d pagi hari~ :D


Sunday, January 17, 2010

...

thanx en.Flickr 4 da pic~


gambar ini menceritakan segalanya mengenai situasi aku sekarang.



p/s: ohh esok kerja. -_-

Saturday, January 16, 2010

-aku dalam dilema-

aku mahu pakai contact lens. tapi dalam masa yg sama gak aku di dalam dilema. konpius. teragak-agak. perlu ke tak aku pakai kontek lens or pakai spek mata saja?


sebab aku di dalam dilema.konpius?


dulu aku penah bgtau hal ni, konon2 suarakan kat mak. situasi keadaan masa tu aku berada d umah mak yong aku. bila aku sebut ja "rasa macam nak pakai kontek lens la" trus mak aku, makyong n kazen aku ckap "ish xpayahla", "nak kna jaga betul-betul", "nak pakai kna make sure tangan bersih, tak boleh ada habuk", nak kna itu ini bla..bla..bla lg la. tapi itu dulu..masa aku form 4 ke form 5 rasanya. sekarang aku dah 23 tahun..eh ke 24, eh 23 laa sbb belum bulan 10 lgi.. hik3~


minggu minggu minggu yang lepas masa aku pegi rumah kazen aku, masa ni tgh tgk cita kau & aku kegemaran anak sedaraku, ada babak watak fitri ke fikri ntah yg pakai spek mata pastu telah buang spek matanya lalu menyebabkan c aril jatuh hati.konon2 cantik la tu kan sbb dah tak pakai spek.

trus aku berseloroh "eh nak kna buang spek jugak la mcm ni, baru ada peminat" muahahahaha.

respon yg aku dapat dari kazen pertama " ha u pakai la kontek lens pulak, sure meletup u"

kazen kedua "ha pakai la kompom beratur org lepas ni"

erkkk? pulak dah.. dulu tak bagi aku pakai. skrg sudah terbalik.hokhok. adakah dulu aku kiut miut pakai spek, n skrg tidak kiut miut lagi??? kahkahkah..dush~

atau adakah dulu sebab aku masih lagi budak2 sekolah bwh umo? so skrg sudah ada lampu hijau utk memakai kanta mata??hoho~


aku pulak? sudah tentu tentu tentu lah aku kalau bole xmau pakai dua2 kan. tapi nak buat mcm mn. mata i rabun u! huhu sgt sadis. knp mata saya rabun? ni lah akibatnya kalau sgt suka tgk tv ms kecik2 dlu. dah besar2 ngadap pc, laptop plak..huhu T_T


kesimpulannya? hmm.. aku tetap akan pakai gak nnt. kalau bkn skrg op kos la time nak kawen nnt kan..tak kan la time kawen nak pakai spek mata?euuwwww tak cantik u~ miahahahaha *gedix mood*


siapa2 yg pakai kontek lens mau kongsi apa2 dgn saya? silakan! heeee :D


p/s: dulu aku penah try pakai kontek lens, punya la seksa aku nak masukkan dlm mata smpai menjerit-jerit. tapi aku pakai dlm umah sj la..testing.tu pun seminggu je.ntah2 xsampai seminggu.hahaha~

Thursday, January 14, 2010

peminat lagu mila-jika kau ubah fikiran.

ok sebelum aku tdo mari kita berkenalan dengan budak ini peminat setia lagu mila-jika kau ubah fikiran. budak ini namanya qaseh nur darissa binti shahrul shah. 9 bulan. anak kazenku a.k.a anak sedara aku la kan.. sangat banyak kerenah. malam-malam tak suka dekat orang, nak mama dia saja. tapi kalau nampak org lain siap-siap pakai cantik-cantik sibuk pulak dia nak org tu..nak ikut la tu..hoho tak mau bawa la..ngeee~ :p

ok kenapa aku kata peminat setia lagu mila-jika kau ubah fikiran?

pertama, time tengah2 teriak(ni bahasa utara iaitu menangis) kalau muncul lagu jika kau ubah fikiran trus diam. mata tak berkelip-kelip tgk videoklip lagu jika kau ubah fikiran kat astro.


comel kan budak yang semakin bijak & nakal ni? mcm mak sedara dia iaitu aku...ngeeeee~ :p

bila tengah best sedap2 suap dia makan, muncul ja lagu jika kau ubah fikiran trus ..no..no..no..bukan benti makan, terus makan juga tapi mata tgk tv sambil mulut nganga2 tunggu makanan. bole bayang tak maksud aku? bole kan?bole kan? alaa bole kan? hahaha sgt comel ok!

muncul ja lagu mila-jika kau ubah fikiran kalau dia tgh berdiri time ni mula la gedik-gedik goyang kepala kaki nak menari sama. nasib baik tak pandai cakap lagi. kalau tak mmg bingit sakit telinga la nak dgr dia menyanyi. hahaha.

bila muncul ja lagu mila-jika kau ubah fikiran kat tv kalau kita lindung dia, halang dia dari tgk ha mula la kepala dia pusing sana pusing sini, duduk tak diam. kalau kita trus jugak halang dia, nnt dia akan tgk muka kita pastu wat muka sebek sedih dia tu..alololololo mohon simpati la tu. hahaha padan muka. weeekkk~:p


ok sekian saja laporan update belog dgn cerita peminat lagu jika kau ubah fikiran nyanyian mila.



ha ni gambar masa qaseh baru brp bulan ntah. tak ingat. saja letak utk tatapan semua nak tunjuk betapa belonnya qaseh masa kecik-kecik dulu..haha mcm la skrg tak belon dah, tapi tak sebelon masa kecik-kecik dlu....alaaaa rindunya kat qaseh~ :(





p/s: ohh mataku sudah mengatuk. hari ini mahu tido awal. gud nite semua...zzzz~

Komik Buah by Kim Euy-Jung




Akhirnya dapat gak aku baca! iye2 tahu aku dah ketinggalan. mula-mula mmg nak beli sgt2 buku eh komik ni. nak beli sgt2 sbb covernya cantik sweet dan aku pasti mesti best gila komik ni. suatu pagi di hari raya eh salah suatu pagi bila sampai opis...

Opismate: Hanum, dah baca komik ni? (sambil tunjuk prolog&medialog komik buah)

Aku: ehh?? waaahhh belum2! nak baca! nak baca! mmg nak beli pon komik ni^^ (sambil sengih yg amat panjang & excited)

Opismate: ha pinjam lah, tapi ni baru 2, nnt wawa bawa yang lagi satu buah-epilog.

Hanum: ohh xpa2. tima kaseh uswah! (ohh nama opismate aku tu uswah)


sgt suuukkaaaaa~ ^_____^

so tak payah beli la kan sbb dah baca? tapi rasa cam tak puas laaa... nak wat koleksi gak. sbb best, sweet ja. ish nak kna beli gak la camni..ngeee~:P

Penyertaan Contest Lekat & Menang anjuran www.azizwan.com



oh ini sticky entry. sila skroll ke bwh untuk entry seterusnya~ :)




seperti tajuk entry kali ni..yezzaaa aku join contest again! contest pembukaan utk tahun 2010 di belog kehidupan hanumHae..hee~ :D




syarat2 contest pon sgt simple.. 1st op kos la kna ada blog. umo blog pula yang berusia sekurang-kurangnya 2 minggu. syarat lain lagi entry ni perlulah sebagai sticky entry utk 48 jam sahaja. apa 48jam saja?? yeeezzzaaa hanya 48 jam sahaja bersamaan dgn 2 hari ye..kalo nak letak lebih drpd 2 hari pon bole..heee~


oh ya. contest ni berbentuk ala-ala lucky draw ye kawan-kawan..kalau bertuah dapat la hadiah..nak tau hadiah apa?tuuu nmpak gambar kat atas tu kannnn... wang tunai rm50 utk 1 pemenang, referral pulak dpt rm30..berbaloi-baloi kan? jom la join!^^


eh kat mana aku jumpa contest ni? jeng..jeng..jeng saya tahu contest ni dari blog opismate aku cik linda red.. linda, kami jmpa link ni kat blog linda :P


tarikh tutup contest: 13Januari2010 tepat jam 11.59pm


p.s: pada sesiapa yg dpt tau n join contest ni drpd blog ni, silalah jadikan aku sbg referral & link kan ke blog kehidupan hanumHae ni ye^^

selamat hari jadi aishah suhaimi :)

hari ini 13/01/2010.. eh semalam adalah besday kawan baik saya. kawan baik saya nama siti aishah binti suhaimi. nama glemernya i-shah, aisufari, sufa..dah2 sket2 cukup :p


kehadapan saudari i-shah,
ini entry khas d tujukan utk kamu.

kehadapan saudari i-shah,
kita kenal dari sek.men lagi.
sek.men itu d beseri.
tapi masa tu kita tak rapat pon.
hye2 bye2 pon jarang.
pas spm rupanya kita 1 matrik.
mcm mana kita bole rapat r?
ingat tak 1 mlm tu kita borak2 smpai ke pagi subuh.
lepas tu kita rapat.
tgk2 kita 1 kuliah.
bilik pon dekat2 je.
ingat tak?ingat tak?kalau tak ingat nak luku kepala..hokhok~


saudari i-shah,
saya suka kwn dgn kamu.
walaupon kamu kadang2 mmg laser tak hengat.
tapi saya suka sbb itu adalah kamu.
saya suka sbb saya tahu kamu mcm mana.
saya sebak rindu bila teringat zaman2 kita kat matrik perak dulu.
p beli makanan sama2.
p sukan sama2.tapi hang main bola keranjang aku tak ikut la.haha.
p kuliah sama2. dtg lewat ke kuliah. masuk ikut pntu blakang. bdk2 laki blakang kita lam kuliah siap perli2 sbb p kuliah lambatt..
sayangnya kita tak 1 tutorial.
eh ingat tak bdk laki yg hang suka usha2 dulu tu??
sampai henpon aku jadi mangsa dok miskol2 dia.uppsss..(aku mmg sengaja nak pecah rahsia hang)haha


saudari i-shah,
belajar rajin2 eh.
semoga tercapai apa yang di cita-citakan.
kalo on9 ym jangan lupa buzz aku.
kita kan suka gosip2. cita2 pasal boifren.kawen walaupon ntah bila la time kita tu nnt sbb calonnya pon teda lagi..hokhok :P



selamat hari tambah umo yg ke-24 aishah~! ^^
gambaq ni aku cilok dari blog hang yg dah bersawang tu..jgn marah naaa..haha


weeiiiii dapat free kol kan?? jgn lupa kol aku na! tersentuh tak baca entry aku? siap guna saya kamu ni. sila lah tersentuh. tolonglah pleaseeee la tersentuh..ngeeee~ :D

p/s: harap2 hang baca entry aku ni..dan sbg balasan tolongla belanja aku domino piza..hakhakhakhak :P

Wednesday, January 13, 2010

lelaki-lelaki kesukaan saya^^

AMARAN: sapa2 yang rasa loya nak termuntah bila tgk title o gambar d entri kali ni sila jgn teruskan bacaan anda ye~! hokhok


Lee Donghae


ini lee donghae! ahli group suju. dah lama aku suka donghae ni. sejak aku knal group suju. masa di zmn kampus dlu. tgh gila dok minat korea. skrg ni gila korea gak. tapi tak segila masa zaman2 blajar setahun yg lalu. eh aku bkn gila eh. huuu~ knp tak segila dlu? sbb skrg aku bz...T_T



oh donghae lg??? sila trima kenyataan ye. aku sgt suka dia. sbb dia sgt comel. bila dia senyum fuhh cair tau!bila dia bercakap, bila dia tgh buat kerja, bila dia menari..oohhhh sudah2 hanum! :P
dari dulu smpai skrg minat dia.setia kan setia kan setia kan akuu?? teee heee~dush!


`
ohhh comelnya!! oh oh comelnya! oh oh pengsan~ ohhh~
ha mesti hampa dah bole agak kenapa aku gna nama hanumHae kan??kikikiki :P~
*
*
*
Ryo Nishikido


muka melayu abes la mamat jepun ryo ni. aku start mula suka jatuh hati kat ryo masa tgk attention please.ni pun zaman2 blajar setahun yg lalu jugak. ohh sgt sweet ryo ni. tambah2 bila dia senyum sengih kambeng dia tu. serius sweet. aku knal ryo dlu baru aku knal donghae. tapi sori ryo, anda bertakhta d tempat-2 dalam hati saya..aisehhh~
sgt suka gaya cool dia neh. mmg xleh blah cool btol gaya beliau. hik3
skrg tgh berusaha nak habiskan tgk cita orthros-no-inu yg ryo berlakon tapi xsetel2 lagi..asik tertangguh saja..huuu~
*
*
*
Taeyang


hmm..aku start suka taeyang bila tgk life concert dia kat utube. lagu apa ntah aku dah tak ingat. tapi dengan menari menyanyi nya.fuuhhh mmg aku jatuh hati cairr. taeyang ni salah seorang ahli group big bang. dlu masa aku zaman blajar, member aku c sarihah hafizah a.k.a sha kenalkan aku kat big bang ni. tapi aku wat derk je. sbb masa tu tgh gila dgn suju & dbsk. tiap kali aku p bilik sha ni xabes2 dgn big bangang dia. oppssss sori dlu aku pnggil group ni big bangang.hik3.. tp skrg aku dh jatuh suka kat taeyang dan juga big bangang. lagu2 depa sgt la sedap menusuk kalbu. ari2 aku ulang dgr. rasa nyesal plak tak kenalan dari dlu lg..muahaha



p/s: entri kali ni mengingatkan aku dekat member2 universiti dulu. serius bila dgr lagu2 korea, jepun, tgk cita or drama korea or jepun aku akan teringat mereka kwn2ku yang gila mereng bila dah berkumpul skali. sob sob sob~ rindunyaaaaaaaa~

Sunday, January 10, 2010

mencari si tenang~



aku mencari ketenangan.

YA ALLAH berilah kekuatan kepada hambamu ini. Hanya kepadamu aku memohon. Hanya engkau yang mengetahui segalanya.

aku ingin segala-galanya damai.



Saturday, January 9, 2010

oh berbagai pelbagai banyaknya benda


oh mahu update belog.

oh mahu siapkan kerja.

oh mahu baca komik yg belum habis di baca.

oh mahu baca novel.

oh mahu menonton how i met your mother series.

oh banyaknya saya mahu lakukan.

oh skrg sudah pukul 1.42 pagi.

oh apa yang saya mahu buat?

oh apa yang saya sudah lakukan?

oh kompem2 la update belog yang berjaya dilakukan bukan?


oh selamat pagi semua :)

Wednesday, January 6, 2010

dia impianku~

dah lama aku idamkan henpon ni..ye2 tahu korang suma ada.. tapi yelah saya tidak mampu lagi mahu membelinya skrg..huuuu~ T_T dapat tgk dari jauh jelah..tapi xpe, aku akan pastikan aku dapat gak nnt..biar lambat asalkan selamat..e eh salah asalkan bole gak genggam nokia xpress music 5800.. bertekad cemerlang! eh eh..poyosss~



siang malam asik terbayang wajahmu sajalah..haihhss~


oh nak tahu henpon apa aku pakai skrg? ohh sabar2 ye..sebelum aku memperkenalkan henpon ku mari aku cerita serba sedikit tentang henponku ini..woot woot~ :P

dulu sebelum aku guna henpon yg skrg ni, aku hanya guna 3315 jek..alaa yang selalu org ckp 'baling anjing pon mampos ni' huhu sedihnya masa tu..kesian 3315 kan..hee~

masa d zaman2 akhir matrik, adik aku ada ckp 'ayah beli henpon baru dekat along. tapi ayah kata ayah guna dlu. kalau along dpt masuk universiti nnt baru ayah bagi..' ohh masa tu dalam hati sweetnya ayahku..benarkah? sangat teruja excited n tanya dekat adik 'henpon apa ayah beli?' then adik ckp 'ala henpon nokia 3320 yang ada lampu2 tu..' masa tu reaksi aku 'omigod! boolatt tros biji mata. btoi ka? henpon tu bru ja 2,3 hari lepas along tgk kat majalah. baru ckp mcm best je ada lampu2 nak belila..'segala function2 fungsi2 aku xtgk dh sbb ada lampu tu punya psl..hakhakhak skali ayah dah beli?huwaaaa sangat terharu.ayah ni macam tau2 ja apa yg anak dia dok fikir..hik3.. eh knp aku sgt teruja?

1. sbb ayah aku jarang nak bagi2 hadiah o beli barang2 secara surprise. slalunya kna minta dlu.
2. sbb henpon yang dok usha2 2,3 kali kat majalah skali ayah dah belikan utk aku tanpa aku bgtau kat sapa2 pon!

siapa yg xmelompat gembira xingat dunia kan kan kan? cepat iyakan aja..ngee~


ok ok tahu xsabar nak tahu henpon apa kan? baiklah.sekarang saya memperkenalkan jeng jeng jeng.......ah poyo la ingat mahu buat iklan ka..dush~

henpon ni xda yang menarik.kamera pun makin lama makin kelabu gambarnya. xmcm awal2 beli dlu, gambar cantik terang ja. mp3 pon teda. bluetooth pon tiada.tidak guna memory card.kira byk kekurangan la..tapi henpon ni aku sangaaattt sayang sbb ayah yg bg~ :D oh ini pix amik dari internet. nak snap yang sendiri xdak kamera la pulok..huu~ tp henpon aku sejibik seperti gambar d atas.kaler pon sama. cuma henpon aku dah usang la. dah hampir 4 tahun dgn aku. ha lama kan?kan? sangat tinggi nilai henpon ni bagi aku. kalau hilang mmg aku macam mati suami o mati anak o apa2 saja lah. sungguh! xtipu punya sbb penah jadi. aku ingat hilang, sbb masa dlu p keja (masa ni aku keja dgn bapa sedara) henpon xda dalam poket. punyala risau sampai xlalu nak mkn xbole buat kerja semua..mcm org putus cinta hilang boifren tau (eh eh penah alami ke..haha) then ms lepas lunch mcm tu, skali mak aku kol henpon bapa sedara aku bgtau henpon aku tercicir dalam keta.fuhh nasib baik.lepas tu senyum sampai ke telinga.hee~^___^

*skrg bateri henpon ni suka buat perangai.huuu~ T_T


ayah dengar xkata hati anakmu ini? alangkah bestnya kalo tiba2 ayah baca blog ni n wat surprise beli henpon xpress music 5800~ weeewiiitt...kikiki~ dah2 jgn dok berangan. ayah xpenah surf tenet pon. huu~


Monday, January 4, 2010

Jangan baca

Di kala bosan sebab tak tahu nak memerah otak mcm mana nak solve problem dgn ulat-ulat jdev, lebih tepat saya malas yang sebenarnya mari kita menghiburkan diri dan membuang masa dengan meng'update' belog..ayoyo org fikir la nak wat keja cam mana, hang keje nak update belog je..dush! awwww~


Perbualan antara A & B di rumah kakak mereka.

A: Wei, jom p asrama aku. Ada tv. Boleh baring2 sambil tgk tv.

B: Aik? Habis kat umah kakak ni aku tgk tv sambil merangkak ka? (dgn muka xda perasaan sambil menggaru kepala yang agak gatal)

A: Bodo la hang.

B: Ha sebab tu la aku turun klas tahun 2010.


hahhahahhahahahahahaha! sila gelak guling2 sampai berair biji mata ok. erkk what? Tak paham? Tak lawak pon? Eh tak kelakar ke? huhuhu~ nvm. Tak kelakar sudah. Kan dah habaq awal2 td kat title jgn baca. Tu la degil. sapa suruh baca jugak. aku nak out. huuuuu~

Sunday, January 3, 2010

Alahai Duhai Si Pari-Pari

ok saya tak bole tidoq. mari update blog lagi! :D

tahun baru 2010. wayang pertama yang aku tgk tahun 2010 ni adalah Duhai Si Pari-pari lakonan Que Haidar, Liyana Jasmay, Nabila Huda, Remy Ishak, Harun Salim Bachik & ramai lagi. aku tengok dengan adik and cousin aku d KLCC. Depa dua la dok kalut sgt nak tengok. Aku pun follow ja la. Lagipun ada pelakon feveret aku gak berlakon.Siapa?Alaa 2-2 pelakon utama cerita ni lor.





Duhai Si Pari-Pari --> Cerita yang agak slow. Aku siap tak larat menguap. sebab bosan. hampir tertido. Duduk kat kerusi pun tak diam.Pusing sana pusing sini. Dalam hati 'bila nak habis ni'. scene kelakar ada jugak.pecah perut jugak aku gelak.tapi bila tiba scene yang bosan..haihss..rasa nak keluar panggung.serius.tak tipu. apa? sampai hati cakap nak keluar panggung?ok kalau tak percaya sila pegi menonton sendiri ye..saya malas nak cakap lebih-lebih lagi..huhuhu~


p.s: tak sabar nak tunggu next movie, Legion.

Saturday, January 2, 2010

alamak dah terlewat!

first entry tahun 2010! cehhh lambat betul update belog.terlewat.hahaha. b4 budak hanum ni membebel-bebel lagi, i wanna wish u all HAPPY NEW YEAR!! Semoga tahun ini dimurahkan rezeki dan diberkati. Siapa2 yang dapat rezeki lebih silalah hulur kat sini sikit..ngee~ :D



cerita ringkas sambutan tahun baru 2010 --> aku d rumah kazen. dari rumah kazen aku dah nampak bunga api dari jauh. tapi kami tak kisah dgn bunga api yang cantik tu..aiseh.. sbb? ha sebabnya penduduk kat situ pun main bunga api+mercun. sangat meriah+meriah+meriah! ha amik kau,mmg betul2 meriah tu sampai 3 kali meriah aku letak. haha over la hang hanum. aku & cousins pun ada sikit-sikit macam itu orang jakun lah. duduk kat beranda rumah sambil terjerit-jerit. setiap kali ada bunga api or mercun yang ditembak kami menjerit.uppsss bukan kami saja yg menjerit tau. haha sangat gembira lalalala time tu :))))


bye-bye 2009.welcome 2010!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...