Monday, May 31, 2010

Garnier vs Safi Rania Gold

Kejadian berlaku di: MYDIN Putrajaya
Insan yang Terlibat: Aku & Akak Mydin
Props: Pencuci Muka Garnier & Safi Rania Gold



Disebabkan aku tertinggal pencuci muka kat umah so terpaksala beli pencuci muka yang baru. Bila sampai kat mydin, aku pun pergi la kat kaunter. Berlaku la perbualan antara aku dan akak mydin.


Aku: 'Kak, Bagi pencuci muka garnier yang kecik tu 1' *sambil tunjuk ke arah pencuci muka tersebut*

Akak Mydin: 'Yang ini ke?' *sambil pegang pencuci muka Garnier*




Aku: 'A'ah makaseh kak" *sambil senyum*

Akak Mydin: ' Tak mau cuba Safi Rania Gold ke dik? '



Aku: 'Tak mau la kak. Dah sesuai pakai yang ni. Kulit pun tak berminyak. Tima kasih'

Akak Mydin: 'Cuba la dulu guna Safi Rania Gold. Bagi putih sikit muka tu.'

gulp!

Aku: 'err haha tak palah kak. Tima kaseh ja' *padahal dalam hati jawab 'eleh macamla kompom putih. Kang muka ja putih tangan gelap nak watpa'


Hak3, saya tau la akak seorang yang berkulit putih. Saya berkulit gelap. Tapi takda maknanya la saya nak pakai pencuci muka yang nak memutihkan muka. Sebabnya saya memang tak suka kak. Kalau putih muka saja tapi tangan kaki bagai suma gelap nak buat apa kan? haiyoooo tarak seswai tau. Janji kulit muka bersih. takda jerawat pun bersyukur sangat dah. Gelap ka putih ka itu belakang kira la kak...kehkehkeh



gambar: sumbangan ikhlas pokcik gugel~ :)

Monday, May 24, 2010

a.l.e.r.g.i



tak mau tak mau sori wajah saya alergi kamera.. ngeee~ :p

kenapa?

kenapa? kenapa? fikiran gua terganggu neh. tak suka tak suka tak suka. aaaaaaaaaaaaaaa. (T_T)

Sunday, May 23, 2010

where r u?

Ohh Mr.Rajin.
where r u?
i need u rite now. -_-

Bergalok dari malam sampai ke pagi tak hengat dunia bersama kawan-kawan yang sengal.

halluuuuu semua :)

gilak tajuk panjang nak mampos. ngeh3~

Jumaat & Sabtu (21.05&22.05) baru-baru ni aku bergalok bersama kawan-kawan sekolah menengah dulu. Bergalok bersama sarah, aishah, ili, & farah.


Jumaat malam, aku, sarah, aishah & ili makan-makan at malinja. After makan-makan at malinja, kami gerak ke tempat lepak lain sbb malinja was so crowded with macam-macam orang. As usual kan. So Ili decide nak bawa jalan-jalan p Bukit Langat. Ok lah tu sebab aku pun tak penah p bukit Langat malam-malam. Tengok Kuala Lumpur. Kat Bukit Langat kami lepak-lepak at Hevan. Borak-borak, makan minum, amik gambaq, gossips. kihkihkih..




Then farah called sarah, dia ada kat murni. So kami bergerak pulak p murni. Kami sampai murni around 3 am, minum-minum sambil berbual lagi dengan farah & her frens.





Then farah ajak p umah dia sebab nak tunjuk econ. Gilo semata-mata nak tunjuk econ occay?! Ceit poodah! hahaha tapi kami p jugak sebab tak mau menghampakan cik farah dengan harapan nak p tengok econ jaa..Tapiiiii..


Dah sampai kat umah a.k.a hostel dia, kami sambung borak-borak lagi sampai ke pagi. Punya la bergossipsssss..miahahahha. Pas subuh baru tidoq sebab farah tak bagi kami tdoq teman dia sebab kul 9 pagi dia ada meeting. So dia cakap "ni kalau hampa tdoq jawabnya aku pun tdoq jugak nanti terlepas meeting." hoho hampeh btoi. Tapi tak kira kami tdoq jugak. Then jawabnya kul 11 pagi baru bangun bertolak balik ke umah ili d Taman melawati.


Punya dasat sampai terlepas plan nak p breakfast kat Damansara..huhu -_-


But..It was a superb wiken with u guys!! Seriously!



p/s: hari ini hari ahad. hanya lepak-lepak di rumah sambil membuat kerja. i hate to do office work on sunday!!

p/s: aceli post ni dah lama tapi terlupa nak publish.

Sehari Tak Akan Lengkap Jika Tidak...

halluuuuuuu semua :)

minggu ni mood rajin nak mengupdate blog. walaupun masa dok mengupdet belog hati tak tenteram tak tenang sebab kerja banyak gila lagi yang belum setel tapi kalau dah mood nak updet belog muncul layannnnkan aje! tihtihtih~


Apa yang sehari tak akan lengkap jika tidak....? Sebenaqnya nak habaq kat hampa-hampa semua, la ni pagi petang siang malam di opis atau di rumah aku mesti wajib akan dengaq lagu-lagu ni..kalau tak dengaq dalam sehari rasa tak complete..haha over hiperbola nyah di situ. eh tapi sungguh aku mesti kena dengaq hari-hari woooo sampai lebam! :D


Lagu apakah yang termasuk carta? Mari teruskan pembacaan.. heee~


Lagu 1: Tell Me Goodbye - Big Bang

suka suka suka gila dengan lagu ni. hari-hari mesti ulang dengar. video klip yang hot jugak menambah perisa lagi untuk aku nak terus mendengar melihat menengok. hakhak. super duper best tak jemu. serius. :)



Lagu 2: Without U - 2PM

ohhh super hot sexy mereka di bawah-bawah air ujan itu. lalalala~



Lagu 3 : I Did Wrong - 2AM

1st time dengar lagu ni terus jatuh suka.



Lagu 4 : Love Light - C.N Blue

Love light - Lovely song! Bagi aku lagu ni sangat sangat lovely. sudah jatuh hati sama ini lagu. :)



Lagu 5 : Susun Silang Kata - Aizat

Aku suka lagu Aizat yang baru ni. best. sedap di dengar.



Lagu 6 : Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir AF8

weeeewiittttt. ni lagu baru yang baru tersenarai dalam list. Aku suka dengar single terbaru shahir ni. Bila tengok diari AF, suka betul tengok gelagat Shahir. Malu-malu tapi pak lawak jugak rupanya. Renungan Shahir fuhhh mencairkan betul. kalau dia tengah renung aku depan2 haihss tak tau la. tak ketahuan tak keruan la jadinya. hik3
Tahniah Shahir juara AF8! :)




Ni semua adalah lagu-lagu yang kalau aku tak dengar satu hari tak sah. hari- hari aku mesti dengar sampai lebam! ngeeeee~ :D

Wednesday, May 19, 2010

Picnic.Berkelah.

halluuuuuu semua~ :)


lamanya cik hanum tak update blog kan..heee bukan apa malas nak update plus segala macam aktiviti or cerita yang nak di update tu ketiadaan gambar dalam simpanan penulis. so terus jadi tak dak mood nak update..hahaha alasan! cehhh poodah! theeheee~


ok sekarang mau update aktiviti cik hanum owner belog pada minggu lepas. minggu lepas hari sabtu 15/5/2010 aku serta rakan-rakan merancang untuk pergi berkelah atau dalam bahasa omputihnya picnic! *eh eh awat ayat skema semacam ja ni?* muahahaha


kenapa kami p picnic? ohh saja suka-suka menghiburkan hati yang rasanya dah lama tak jumpa sungai tak p berkelah. theeeheeee :D


perjalanan bermula seawal jam 7.30pagi dengan 4 buah keta berkonvoi ke ulu langat. setibanya di separuh perjalanan muncul pula sebijik peugeot menyertai rombongan kami. *eh eh macam laporan berita pulak* vrooooommmm...vrooommm...vrommmmm perjalanan di teruskan.. akhirnya tibalah kami di tempat yang di tuju~!!


taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

ini tempat kami berkelah.. sungai gabai waterfall~! :)


di sebabkan nak duduk kat tempat atas sebab tak mau mandi air kencing orang(haha konon alasan) jadi kna mendaki tangga yang gila banyak nak mampus. longlai abes kaki~ -_-


sampai saja kat atas mencari port untuk meletak barang-barang. bila dah jumpa kemudian apa lagi get ready untuk membakar! hehe

abg madi berusaha menghidupkan api.. azwan a.k.a butet saja yang menunjukkan wajah.

yeay! api berjaya di hidupkan! :) - nampak tak api? heee~



ok kita biarkan saja mereka-mereka si lelaki memasak membakar segala macam makanan yang ada. kasi can la sama lelaki-lelaki itu memasak. kat umah bukan rajin pom..hakhak..
manakala, si gadis-gadis pula menuju ke sungai untuk mandi..yeahaaa~!


ohh air ini sangat sejuk woooo!

seronoknya bergalok di dalam air :D



bila sejuk gedik-gedik tahap petala kelapan di dalam air, perut pun berdondang sayang minta di isi.


taraaa... makanan kami~! :D (aceli suku pun tak sampai. makanan kami sgt banyak! hoho)







habis makan, masuk berendam dalam air balik. lapar. naik makan. habis makan. rendam semula. lapar. makan. itu je la aktiviti kami sampai petang.. heee :D


ok.dah puas mandi *aceli xpuas lagi mandi, tapi tak kan nak berendam sampai malam kot?huhu* kemudian kemas-kemas barang dengan berat hati. ya, kami sudah mahu pulang! bye bye sg.gabai~


yippiiiii! yeay! *err abg madi awat tak lompat?*




p/s: thanx paroh, thanx rozy sebab ajak cheq p bergalok berpicnic bersama. wiken yang sgt superb best! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...