Koleksi novel terbaru aku. 3minggu lepas, adik lelaki aku call dari Taiping tanya nak beli novel apa..alololo soo sweett kan? hihi. Kakak dia ni pantang di tanya ada ja nak beli padahal bertimbun lagi yang lum abes baca dah nak tmbah koleksi. Try search kat tenet ramai cakap novel ni best. aku pun suruh la adik aku belikan. tapi susah gak dia nak cari novel ni sebenaqnya. 2, 3 kedai gak la dia p kat taiping tu.. last2 dapat juga. thanx alang! :D
Aku lum habis baca lagi.. tapi setakat yang aku baca sekarang ni not bad. best! asik nak baca ja bagi habis. berjaga malam pun takpa.. suka ja
nah sinopsis untuk uols ~
Melanjutkan pelajaran ke Park Choi College membuka tirai kehidupan yang sebenar, buat Edasha Hanie. Status cucu jutawan di sembunyikan, penampilan biasa menjadi ejekan di kalangan pelajar-pelajar golongan elit di kolejnya.
“You sebenarnya tak layak belajar kat sini. Park Choi College ni cuma sesuai untuk orang bandar dan kaya macam kami je. Tengok pakaian you? Eiii…Kolotnya...” kata-kata yang di...lemparkan oleh Emma benar-benar membuatkan darah Edasha mendidih. Melampau! Memang nak kena cili mulut minah mat salih celup ini.
“You sebenarnya tak layak belajar kat sini. Park Choi College ni cuma sesuai untuk orang bandar dan kaya macam kami je. Tengok pakaian you? Eiii…Kolotnya...” kata-kata yang di...lemparkan oleh Emma benar-benar membuatkan darah Edasha mendidih. Melampau! Memang nak kena cili mulut minah mat salih celup ini.
‘Prince No Smile’ gelaran yang diberi pada jejaka tampan bernama Tengku Eismael Malik. Wajahnya beku, tiada senyuman yang terlakar dibibirnya itu. Pertemuan Tengku Esmael Malik dengan Edasha Hanie telah mengenalkan erti senyuman pada dirinya. Cinta hadir tanpa dipinta. Namun belum sempat dia meluahkan perasaan, takdir telah memisahkan mereka.
Edasha Hanie bingung, mengapa Tengku Eismael Malik bagaikan tidak mengenali dirinya? Adakah tempoh lima tahun itu telah melenyapkan terus namanya di kotak ingatan lelaki ini?
“Eis tak nak libatkan diri dengan perjanjian ni. Eis tak ada perasaan cinta pada Hanie dan Hanie pun sama. Betul kan Hanie?” “Tidak Eis! Aku sebenarnya cintakan kau sejak dulu lagi. Cuma kau yang belum tahu perasaan suci ini.” Rintih hati Edasha Hanie.
Kini Edasha Hanie akur, cinta Tengku Eismael Malik bukan lagi untuknya, jika sudah tersurat ketentuan Yang Maha Esa, dia reda menerimanya. Tetapi bukan semudah itu dia akan mengalah dengan lelaki yang perasan ‘macho’ ini.
“You ingat I nak sangat ke kat you? Bagi I you tak layak jadi isteri I pun. So, berhenti bermimpi di siang harilah Hanie…!”Edasha Hanie mengepal penumbuknya cuba menahan marah. ‘Memang nak kena mamat ni. Aku dah lama tak tumbuk orang.’
“Hey, you ingat I excited sangat ke dapat suami macam you. I pun ada maruah okay. You jangan ingat I diam selama ni, I lemah. Jangan nak perasanlah, macamlah kita tergilakan dia sangat, I tak pernah kemaruk kat you lah. Sebenarnya you yang kemaruk sangat kat I sebab itulah you kahwin dengan I bukannya Emma..!”
Alahai! Ribut sungguh cinta mereka, mudah-mudahan selepas ribut reda, cinta mereka akan bertaut semula. Di waktu itu, walau kulit muka dah berkedut, gigi dah rongak kasih sayang tetap utuh untuk selamanya.
Baca sinopsis pun dah memang rasa syiookk kan? Memang best! ada gak part2 yang lawak, tak masuk akal, geram, sedih, kuciwa. memang cukup rempah ratus la kesimpulannya..!
Jadi apa tunggu lagi dapatkan novel ni sekarang! :)
**joomm sambung baca...
2 comments:
Thank you dear :)Nantikan novel kedua nnti- Phidot
Post a Comment