Sunday, January 30, 2011

dekat tapi jauh



pertama kali aku nampak kelibatmu dari mejaku
hatiku terpaut
bukan kerna wajahmu
tapi kerna suara dan karismamu

berbulan sudah berlalu
tapi aku dan kau masih di takuk lama
asing.sunyi.sepi.

kau dan aku
bertembung usah di kira banyaknya
berselisih bahu tak terhitung acap kalinya
tapi kita tetap sama
dekat tapi jauh

ingin sekali bertegur sapa dengan mu
dapat hadiahkan sebuah senyuman sudah memadai
tapi ntah bila kan tiba peluang itu
dekat tapi jauh

nuhan~
270111



p/s: Saat ini tika ini waktu ini aku nak berjiwang. sapa rasa nak muntah hijau silakan.. ;p


Friday, January 28, 2011

Setelah sekian lama...

Fuhhhhh akhirnya setelah sekian lama aku tukar header belog! Dah lama nak tukaq tapi well biasalah aku sangat malas nak mengedit memikir nak wat header camno. Ni pun sehabis simple sebabnya ai macam malas nak buang masa ai lama-lama dok ngadap laptop mengedit kuikuikui~


Untuk yang baru menjejak kaki ke belog ni, b4 ni header Kehidupan HanumHae yang ni...





Sekarang jeng jeng jeng 1, 2, 3 bertukar!




kehkehkeh still ai guna font yang sama untuk "Kehidupan HanumHae". Tapi bila tengok tengok telek punya telek; 'hmm tukaq la font' cam boring ja tengok kuikuiku. So ai pun geledah la semula adobe photoshop tukar font. So Hasilnya jeng jeng jeng 1, 2, 3 bertukar lagikk~!




amacam? ok tak?

erk tak cantik? simple sangat? wuwuwu takpelah cik hanum memang suka yang simple2 jek. okthnxbai :p


Thursday, January 27, 2011

Phew~

Phew lagikk~

tahun lepas sikit-sikit saja member yang melangkah ke alam lain. Tapi tahun ni aku dengan penuh yakin & pasti akan ramai gila babi kawan-kawan aku yang akan melangkah ke alam lain. iaitu alam PERKAHWINAN. Dan kesan daripada tu...




aku kena bertahan menadah telinga bermanis muka untuk menepis serta menangkis soalan-soalan cepu mas dari orang-orang sekeliling yang kadang-kadang terlebih ambil berat berbanding family aku sendiri. haihsss nasib nasib.


SELAMAT PENGANTIN BARU kepada kawan-kawan yang dah melangkah ke alam perkahwinan. Semoga bahagia kekal selamanya sampai syurga. Masih jauh lagi perjalanan. Ingatlah perkahwinan bukan pengakhiran tetapi permulaan kepada sebuah kehidupan.


-----> eh awat yang aku gila macam formal ja bahasa entri kali neh? muahahahaha ;p


** motip entri: tengah rajin nak menghapdet.
** sebab rajin menghapdet: 1)nmpak banyak sangat kad jemputan kawen kawan-kawan. 2) banyak sangat pix wedding kawan-kawan kat FB.


AMARAN: jangan tanya bila tuan belog punya turn sebab tuan belog tak dak jawapan. SEKIAN. ;p




Saturday, January 22, 2011

Cenang Beach Langkawi








Pantai Cenang di waktu senja~


Wednesday, January 19, 2011

Belajar Menjahit 1

Halluuuu Assalamualaikum semua :)


Kemarin 18/01/11 - kelas menjahit dah bermula!


Sebelum aku mengarut panjang-panjang, jom kita tengok alatan menjahit dulu naaa..


Alatan menjahit beli dari cikgu. Murah ja. Semuanya 1 set di bawah ni hanya RM23 saja :) Jom tengok alatan menjahit yang di perlukan! :D



Mari berkenalan dengan alat jahitan di atas! :D

1- Pensil: melakar pola (pattern)

2- Jarum jahit tangan: menjahit perbagai jenis jahitan

3- Gunting benang: membuang lebihan benang pada kain semasa menjahit atau mengemas jahitan yang dah siap.

4- Tape/Tali pengukur: mengambil ukuran pada badan dan ukuran pada fabrik

5- Jarum peniti: untuk menyemat kain & kertas ketika memotong & menjahit artikel

6- Pembaris lengkung: untuk membentuk bahagian punggung & lengan

7- Pembaris Sesiku: Digunakan untuk membentuk sedut tepat.

8- Tracing Wheel: untuk menanda di atas fabrik dengan menggunakan kertas karbon(tracing paper)

9- Kapur Penanda: digunakan untuk menanda di atas fabrik

10- Penetas: Alat untuk menetas benang pada pakaian yang telah dijahit

11- Sekoci & bobin case: benang digulung di dalam sekoci dan diletakkan ke dalam bobin case.



ini adalah tracing paper.

OH ha jangan lupa GUNTING! sgt penting. Gunting ni khas untuk memotong kain sahaja.





***********************************************************************



Pelajaran pertama di hari pertama:

Cara membuat kain 'A' Line. Belajar amik ukuran, asas melakar, dan jugak memotong kain. Fuhh terketaq2 nak potong kain. Mula-mula belajaq utk budak yang tak reti macam aku ni cikgu galakkan beli kain cotton. Senang sebab tak licin tak bergerak-gerak so tak terpesong ukuran nnt.hikhik. So 2 hari b4 kelas p KAMDAR cari kain cotton!


Ha ini kain aku untuk klas pertama ni.



kaler pepel! akceli pepel soft soft gtu. tapi dlm pic ni nmpak pepel gelap sket.


Harap2 jadi la kain aku ni nanti. Pertama kali nak buat kain sniri. Fighting hanum!q(^_^)p Nanti dah siap i publishkan tunjuk kat uols ok! *tu pun kalau jadikk.. kehkehkehkeh*


Da da da jumpa lagi d next entry!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...