Showing posts with label sengal. Show all posts
Showing posts with label sengal. Show all posts

Friday, May 4, 2012

Arghhhhh..!!

aku sangat excited nak pakai purple p gheja esok. 




Aku sangat excited sampai tak mau tunggu esok pagi baru nak iron baju so aku iron malam ni siap-siap. Aku sangat excited sebab mak blanja tudung baru kaler purple. Disebabkan terlampau excited *maybe* yang tak penah-penah aku iron tudung jenis tissot tiba-tiba aku terlebih rajin nak iron. Kerana terlebih excited akhirnya.... 

arghhhhh!! geramnyaa!! tak sempat nak buat apa-apa sekelip mata saja tudung purple kuuuuuuuuuu T___T




tudung baru kott.. tak sempat pakai lagii.. baru ja beli 3/4 jam yang lalu tiba-tiba begini akhirnya.. huhuhu
arghh geramnyaaa kitewww! nak nages tau takk.. KALAULAH boleh diputarkan kembali masa :(


ohh tudung purple kuuuuuu ;(


Friday, May 20, 2011

Silap 1 number punya pasal..


Haiyooo dah aku cakap dok habaq banyak kali salah number la beb. Wrong number. hadoi ngak paham bahasa btoi. Dari cara msg ko tu je dah tau kau orang asing. Hish!


Alkisahnya...

Aku nak p amik adik aku kat skolah ptg tadi. Dia outing. So aku pun msg la suh tggu kat tempat parking motor dlm kawasan skolah dia. Amik henset terus taip msg

"Tggu kat tempat parking motor" terus tekan send ke number 01*406****. Memang aku dah hafal dah number adik aku.


Adik aku tak reply tapi dia kol terus tny dah gerak ke belum. So aku tak syak apa-apa.


Then dah p amik adik aku, aku hantar dia p beli barang pastu adik aku nak p big apple. Oh ya aku bawa laptop sebab adik aku nak guna. Adik aku p Big apple, aku balik opis. Adik aku kol bagitau bateri laptop teda. Then aku mesej adik aku " Cas la kat big apple" terus send ke 01*406****. No respon kali ni.


Malam muncul...

Dapat msg dari no 01*406**** tanya "Hai buat pa ya"

Aku reply " awat mek adik" **pelik sungguh bahasa adik aku*

Then dia balas" Aku mau tnyak km duduk kt mna keja di sony k"

Dah berkerut-kerut dahi muka aku baca msg tu. Then tengok tilik balik number. OMG! salah number la! ingat adik aku. rupanya bukan. No adik aku 01*460****. Memang hampir sama gila number . Beza cuma 406 dgn 460. Dah la tu aku tak reply mesej dia dok kol sampai 4 kali berturut-turut. Pastu msg tny apsal tak angkat phone. Then aku msg cakap " Sorry wrong number, i tot u r my sis" *konon bajet bagus terus cakap BI noks kuikuikui pangg~

Tak paham bahasa jugak. Tanya aku keja di Sony sama dgn dia jugak ke bukan. haiyooo. Then aku reply secara agak kasar..err memang kasar kot

"Aku salah number la tadi. Aku bukan kerja d Sony. Salah number. Ok. Bye." huhu penat ulang ayat salah number.


SEb baik kali ni dia paham bahasa. Inilah padahnya bila tersalah tekan number. -_-


Wednesday, May 11, 2011

aku rindukan...



saat ini.tika ini.detik ini.
aku rindukan kota yang dipenuhi debu dan asap - KL.
aku juga rindukan bandar yang tidak sesak dan tenang - Putrajaya.
aku rindukan rumah bernombor 7.
aku rindukan KCN-kete cik Nisa.
aku rindukan masakan cik Ain.
aku rindukan suasana di hari minggu.
aku rindukan detik-detik aku berjalan kaki ke office.
aku rindukan bas tambang 50sen.
aku rindukan ketukan pintu jiran sebelah yang terlebih caring-tapi bukan caring kepada tuan belog.
aku rindukan komik & buku & novel di MPH-POPULAR.
ya paling aku rindu antara semua - menghabiskan duit membeli komik & novel - ya rindu-amat-sangat.



nuhan~
PMS, Langkawi
110511






p/s: stress sebab dah lama tak beli komik+novel dan bayar di kaunter bukannya online.



Friday, January 28, 2011

Setelah sekian lama...

Fuhhhhh akhirnya setelah sekian lama aku tukar header belog! Dah lama nak tukaq tapi well biasalah aku sangat malas nak mengedit memikir nak wat header camno. Ni pun sehabis simple sebabnya ai macam malas nak buang masa ai lama-lama dok ngadap laptop mengedit kuikuikui~


Untuk yang baru menjejak kaki ke belog ni, b4 ni header Kehidupan HanumHae yang ni...





Sekarang jeng jeng jeng 1, 2, 3 bertukar!




kehkehkeh still ai guna font yang sama untuk "Kehidupan HanumHae". Tapi bila tengok tengok telek punya telek; 'hmm tukaq la font' cam boring ja tengok kuikuiku. So ai pun geledah la semula adobe photoshop tukar font. So Hasilnya jeng jeng jeng 1, 2, 3 bertukar lagikk~!




amacam? ok tak?

erk tak cantik? simple sangat? wuwuwu takpelah cik hanum memang suka yang simple2 jek. okthnxbai :p


Tuesday, January 18, 2011

Awat Tukaq Tanpa Izin?






Hoh suka suki hati hang ja eh FB tukaq layout aku!

Semak.semak.semaks gila.

Saturday, October 30, 2010

nak ke takmo




err nak add ke takmo nak add ke takmo nak add ke takmo

add je la

ok add!

eh takmo la segannnn agagagagaga

ngoi la

add je biar la

ok add

eh tak jadi la cancel

sebab

segannnnnn

titik!




kihkihkihkih ni la aku. aku nak add tapi aku segan sbb?? tentu korang dah bleh agak kan..op kos la sebab ai suka diaaaaa HAHAHA
ai dah add tapi bole pulak ai cancel balik. cet poodah apa la. hihihiii
ermm nak add balik ke? *thinking*


add apakah? add fb insan ituuuu~~ ngeeee :D





Tuesday, June 22, 2010

Benci Bilang Cinta vs Princess Hours

hari sabtu 2 minggu yang lepas aku dok sorang-sorang kat umah. member-member umah semuanya p detim. tsk tsk aku gak kena tinggai dok umah sorang2. T_T


motip? saja suka suki hati ;p


untuk menghiburkan hati yang kna tinggai aku marathon korean drama [entri ni]. bila dah petang dalam pukul 6 macam tu aku buka tv. amik remote control tekan-tekan halakan ke tv. tup-tup kuar channel 104. Sinetron Benci Bilang Cinta.




Tak pernah tgk. Masa tu 1st time tengok. 5 minit tengok truih dapat detect sinetron benci bilang cinta tu versi indon princess hours a.k.a goong. Tapi sayangnya hero indon tu tak hensem. sorii aku tak minat. Bagi aku dia tak hensem macho jauh sekali apatah lagi kiut miut langsung tak sesuai hokhokhok. *pentingka explain sampai macam ni skali? kui3* Tapi aku suka heroin sinetron tu, Marshanda. Sungguh comel seperti aku. eh uppssss *tekup mulut dengan tangan* ;p


Aku tengok sinetron tu 15 minit ja. Bukan sebab hero tak hensem. Sebab aku kureng berminat tengok sinetron indon. Lepas tu aku buka youtube. Aku tengok princess hours. kehkehkeh~




Ya. Sinetron Benci Bilang Cinta menyebabkan aku rindu dekat prince shin. Aku rindu dekat shin Goon yang kadang-kadang belagak dingin teda hati perasaan. Aku rindu dekat Joo Ji Hoon. Disebabkan sinetron Benci Bilang Cinta penyakit lama mai balik. Penyakit dok ulang tayang tengok princess hour a.k.a goong. Kira ni dah masuk kali ke empat aku tengok. 1st time tengok memang tak skip langsung. 2nd time tengok skip sikit-sikit saja. Kali ketiga pun macam tu jugak. Kali keempat neh tengok part best-best saja. Part apalagi kalau bukan part yang ada Crown prince Joo Ji Hoon la. LOL!




Sangat tak boleh la tengok dia neh. tak boleh tengok dia belakon sebab macam amik dadah. Ketagih nak tengok dia saja.hahahahaha over di situ.




aigooooo Joo Ji Hoon. U r sooooo deym hot macho smart sweet cute miut la wehh. Ur smile really kills me. LOL!




yeszzaa. hang memang macho abes tahap petala kelapan lah bagi aku. tapi sayangnya aku kuciwa bila dapat tau hal kes dadah tu. haihss. malas nak ulas panjang-panjang hal ni. kalau hampa nak tau jugak p baca kat sini. apa-apa pun sekarang hang kat army kan. aku menunggu kepulanganmu wahai my prince. perghhh hanum dah gila mengom sengal.. panggg laju laju bagi sedaq balik~ theehee ;p



***************************************



2 Feb 2010 - dia p ARMY. 2 tahun uols! perghh lama gila siot. hope u'll become a better man after diz. :)

nak tahu lebih lanjut klik sini.



dia sudah botak dia sudah gemuk sket tapi saya tetap suka ;D


Joo Ji Hoon - pelakon lelaki korea yang mmg aku suka.

Donghae macam mana? Kata kesayangan? Kata suka dia? sukaaaaa jugakkkkkk. dia bukan pelakon laa. he is a korean pop singer. :D


ok. Karut mengarut T.A.M.A.T-- ;p

Monday, June 14, 2010

Memanfaatkan hari minggu




aktiviti wiken saya: no no no bukan pergi pantai bukan pergi sungai gabai again or berehat-berehat bersama angin sepoi sepoi bahasa. gambar kat atas tu saja propa ja lebih..ngeeee :D



******************************************



Aktiviti wiken baru-baru ni adalahhhh......jeng jeng jeng


Sabtu : menonton menonton menonton menonton korean drama Cinderella's Stepsister.


Mula-mula bila tengok episod 4 and 5 beberapa mggu yang lepas-lepas-lepas kat KBS Astro kureng berminat sebab macam slow lembab yang amat kan. Mengantok ja. Tapi disebabkan memang dah donlod ada dalam toshi tersayang so tengok juga. Masa ep 1 biasa2 lagi belum tertarik. Bila masuk ep 2, 3 mula tertarik sebab Chun Jung Myung yang sebagai Hong Ki Hoon sangat la comey sweet bila dia senyum. kehkehkeh..


Oh tidak tidak itu pengaruh sampingan saja. Tertarik sebab dah mula rasa cerita ni best. Lepas tu terus tertarik tertarik nak tahu apa jadi. Punyala marathon. Dalam sehari dah tengok sampai episod 11. Sedih. Sebak. wuwuwuw.. Suka sangat tengok lakonan Moon Geun Young sebagai Eun Jo. Ekspresi muka dia. Takda perasaan, dingin. Tapi sangat tak suka tengok muka Seo Woo yang pegang watak as Goo Hyo Sun. Gila fake muka dia. Banyak mana dia buat pembedahan pun tak tau la. Bila senyum tu dah serupa apa lagi.



******************************************



Ahad: menonton menonton menonton movies with my lovely housemate/opismate cik ainPeanut at Alamanda, Putrajaya~ :D


Kami tengok ni


ohhh sungguh cair bila tengok prince Dastan senyum..kihkihkih. Prince of Persia best. Sungguh. Silalah pergi tengok kalau belum tengok lagi ye. *Ke aku je yang lambat tengok neh..hihihi*


& kami tengok ini jugak~



Karate Kid pun best jugak~ Kelakar. ^^



Jaden Smith sungguh cute comellll sangat sweet~ :))


Kesimpulannya wiken aku minggu ni asik menonton menonton menonton saja.. ngeee :D



p/s: alamak sudah Isnin: adoiiiyaiii malasnya nak p opis. Lepas ni kerja kerja kerja.. -_-

Thursday, June 10, 2010

memori 11.11 malam :)

bila terpandang jam di lappy tepat 11.11 malam
membuatkan aku teringatkan dia
aku rindu saat kami berbalas mesej pada hari-hari tertentu
aku rindu saat bila mana kadang-kadang aku terlihat jam 11.11 malam
dan tidak lama kemudian secara kebetulan munculnya mesej dia


sumpah aku rindu saat itu
sungguh rindu!
memori terindah dalam hidup
walaupun ianya hanya dalam masa yang singkat
sungguh singkat.


sekarang kami tidak lagi berhubung
apa sebab aku sendiri tak pasti
mungkin kerna dia jauh nun di sana
jauh beribu batu


kadang-kadang tersenyum sendiri bila secara tak sengaja terlihat jam 11.11 malam
hingga kini setiap kali aku terpandang jam 11.11 malam aku teringatkan dia
aku harap sangat waktu itu munculnya khabar dari dia
tapi akhirnya hampa


ohh sungguh aku rindu memori itu
teramat rindu!




p/s: kamu, semoga berjaya dalam hidup :)



-gambar ihsan en.gugel image-

Monday, June 7, 2010

Selamat Pengantin Baru :)

05.06.2010 yang lepas, aku dan kawan-kawan p majlis kawen member sekolah kami. Member masa Mrsm Beseri Batch 18. Kami wat rombongan 3 bijik keta - ferrari, lamborghini, hummer. ha gila best kan keta kami. celuih tak celuih tu belakang kira. hokhok

Masa p kenduri kawen member ni jugak cam wat reunion kecik sbb dapat jumpa kawan-kawan yang dah bertahun-tahun tak jumpa. yelah ada yang last jumpa masa form 5 kot. sekarang masing-masing dah 24 tahun. so ada la dalam 6, 7 tahun tak jumpa. Lama tuuu.. eh malas pulak nak merapu menaip panjang-panjang. Jom kita tengok gambar dan biarkan gambar saja bercerita occay?!


*******************


Kesengalan kami sepanjang Majlis kenduri kawen Shuhada Abdullah a.k.a bab & Khomaini Ibrahim.



Kereta yang mengetuai rombongan. Bertolak ke rumah pengantin.
(berpuluh-puluh retake sbb nak bagi semua ahli2 keta nampak muka..hik3)


Keta dibelakang kami.


Keta dibelakang belakang kami


Dah sampai umah pengantin! :D


Sepanjang perjalanan dari kereta nak ke rumah pengantin kami gilak aktif hiperbola bergambar. Pantang ada yang tunjuk kamera. haha. Macam-macam kejadian lucu yang jadi. Ada yang hampir nak kna langgar motor(almaklumlah jalan sempit), ada yang nak terjatuh dalam sawah(excited nak bergambar), ada yang gagah nak masuk dalam gambar juga..haihss macam2 la kerenah kami semua sepanjang dok jalan kaki nak ke rumah bab.


Acara makan-makan. Jumpa kawan-kawan lama. Sungguh pulun excited! ngeh3


Time makan-makan pun sesi bergambar wajib.


Semasa kami tengah makan pengantin dijemur di tengah panas. Acara silat sedang berlangsung.


Dah habis makan dah habis sesi bersilat kita serbu pengantin! Apalagi bergambar time! heee :D




Dah macam sesi bersoal jawab dengan wartawan.


Kami yang tak mau bergerak dari pelamin sebab still ada kamera kamera yang mengambil gambar..kihkihkih


Dah bangun dari pelamin dah cakap "ok ok cukup" tapi terus posing bergambar bila ada yang pegang kamera balik menghala ke arah kami..mana bleh lepaskan peluang beb! lalala~


Tiba-tiba masa dok bergambar nampak kek pengantin.


Terus p ke kek nak bergambar. Bila kameraman dah di depan mata memang bergambar tak hengat orang sekeliling.


Anak-anak dara yang masih HOTT..miahaha


Ok tak cukup dalam rumah sampai ke luar pun kami bergambar. Pengantin lelaki entah hilang kemana dah time ni. Bagi peluang wife dia bergambar dengan sahabat-sahabat yang memang pantang nampak kamera..kuikuikui



Tengok la gelagat masing-masing. Tak kira kamera di bawah, kamera di angkat mesti nak bergambar. kihkihkih



Dah penat bergambar sana sini..sampai cik datin farah terpaksa cakap banyak-banyak kali "dah dah jom kawan-kawan mak aku kol dah ni" (dia kna balik awal sebab ada hal family) so kami pun berangkat la balik.


Sepanjang dok jalan kaki dari umah bab nak ke keta pun sesi bergambar tetap ada. ngeh3..


Dah macam suasana rombongan budak-budak p beraya 1 kampung pulak..hikhik






Mereka-mereka berempat yang di depan sedang tersengih tersenyum dengan penuh palsu sebab keta panas gilak kot time tu..demi bergambaq punya pasal sanggup tahan panas. Time ni dialog depa "wei cepat anas cepat panas ni tangan kami..jenuh dok tahan panas keta ni"


Dah nak balik~


Time ni lampu merah pun sempat lagi snap pix. heuheuheu



*****************************************



Tahniah Bab dan incik pasangan bab~! :D

Semoga kekal bahagia selamanya hingga ke syurga :)


***********************


Lepas balik dari umah bab, kami terus ke umah betong pulak. Ni geng budak laki punya plan. So kami layankan aje..ikut je sebab dah naik keta ngan mereka-mereka kan..lagipun 1 skolah jugak. Cuma tak kenal sangat..hehe









Tahniah Betong dan pasangan~! :D

Semoga kekal bahagia selamanya hingga ke syurga :)



p/s: gambar-gambar credit kpd Anas, Aishah, Yat, Adiez, Juhanis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...