Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Friday, February 10, 2012

Ili + Khalis = Ilis Wedding

Ini cerita lama sudah tapi baru nak updet..hihi.


Sorang lagi ahli pending pearls dah selamat menamatkan zaman bujang..! Cinta dari zaman hingusan form 1 hingga ke jinjang pelamin. Kuat betul jodoh hampa dua noo :) Berkawan, berpisah mengejar cita-cita, berjumpa, berkawan semula, berkahwin! ^^ (oh ye aku kenal ili dari zaman hingusan sekolah rendah. khalis pulak dari zaman hingusan tingkatan 1)


Akad Nikah : 20.01.12

Bersanding (Langkawi) : 21.01.12

Sambut Menantu (Perlis) : 04.02.12


unique kan their wedding card? Like3!! :D


TAHNIAH untuk cik eh Puan Ku Ili Farhana & Encik Ahmad Khalis! ^^ Semoga jodoh kekal hingga akhir hayat :)




akad nikah. u look sooooo stunning babe! love ur baju! sgt chanteekkkk!


bergambar dengan pengantin ^^


sebahagian drpd pending pearls!
belakang : sarah, farah
depan : aishah, me, dayah, az


*******************************


Majlis Sanding : 21.01.12


perarakan masuk dewan. majlis bersanding at Dewan LIMA near Langkawi Airport.


us! ^^


ex-Maresmawi


pending pearls again! *nmpk tingginya aku lam pix ni* hikhik


*******************************


Khalis' side (Perlis) : 04.02.12

Sedihnya tak dapat nak join majlis sebelah Khalis. Me tak dapat cutiiii :( Kalau tak confirm bole jumpa Azliyani. sahabat baikku zaman sekolah dlu. Tak sangka pulak yanie pergi kenduri di perlis.. sedihnyaaaaaaa T_T


Last jumpa yanie dulu masa hari yanie&ajwad kahwin. Sekarang dah 2 anak yanie. Comelnyaaa keisha kakak & keisha adik!! oh ya, both her daughters name start with Keisha. Dats y keisha kakak & keisha adik :)

Sori naaa Khalis tak leh hadirkan diri p kenduri sebelah perlis..dah cuti panjang masa wedding hampa kat langkawi. so tak dapat nak apply lagi cuti..huu


Disebabkan aku tak p kenduri sebelah lelaki, nah aku tepek gambar dari jurugambar depa tampictures . awesome! good job tampictures!
Baju purple/maroon ili ni ayah dia beli kain di India. Cantik kan?? Like3!!! ^^




seriously semua baju ili sangat2 cantik! sukaaa sangat2!

semoga bahagia sampai anak cucu sampai akhir hayat ili & khalis! May both of u have a beautiful life together. :)

selamat berhoneymoon moon ke Bali !


Love,

Sunday, September 4, 2011

Ceritera Raya Lepas Raya

Salam hye uols~ Best tak rayaaa? Mine was biasa2 ja. Tak tau la pasaipa. But this time raya rasa cam tak raya jak. Baju raya pun sepasang ja + kemeja sehelai. Lain-lain tak rasa nak beli beria pun. Kasut pun pakai yang lama ja sebab still nampak mcm baru. HAHA. seriously this year raya sangat-sangat bersederhana. Bukan masa raya je.. menu berbuka sepanjang Ramadhan tahun ni pun sangat bersederhana (kecuali masa ai p berbuka kat Hotel la kan ehehe ;p)


Raya pertama tahun ni tak meriah macam tahun-tahun before ni kalau raya di Perlis. Maybe sebab tak semua adik-beradik ayah yang selalu beraya bersama awal pagi raya balik kampung. Or maybe lebih tepat lagi sebab semua kazen aku yang tahun lepas single tapi tahun ni pakat beraya dengan suami dan keluarga baru. *sigh* tinggallah aku yang masih single. haha. Sebab lain maybe sebab family aku tak cukup ahli. Adik aku keja so dia tak bole balik kampung. Adik sorang lagi pulak ptg raya dah balik langkawi sebab nak masuk keja. -_-



adik-ayah-mak-me
tak cukup 2 org


Raya kedua aku dah masuk keje. Nak kata tak best pun tak jugak. Sebab kalau tak keja lagi bosan kot. So kira nasib baik jugak la kot aku keja. haha. Serius aku dah tak betul. Selalunya hari raya ja mesti nak kna cuti ah. Mana bole keja. Tapi tahun ni terbalik pulak. Aiyoo tak paham dengan diri sniri. ekeke.


3hb9 aku p wedding kakak my bff iaitu kakak kpd cik ili Farhana. Aku p ngan cikgu Farah. First time p wedding kat Langkawi yang buat kat dewan. before ni semuanya kat umah ja. Dh la ramai ja orang-orang besar VIP/VVIP. Yang tak bestnya buat kat dewan ni nak amik gambar ngan pengantin terbatas sikit. So aku ngan cikgu farah wat hal sniri je. Tapi kami bertapa kat dewan tu lama jugak sebab tunggu cik Ili Farhana selesai tugas melayan pengantin makan beradab. Baru bole p kacau ili amik gambaq suma bagai hehe.


ni satu2nya pic dgn pengantin. ramai sgt org tunggu turn -_-
mekap dgn baju pengantin serius cantikkkk~


cik hanum & cik farah :)
pelamin sangat chanteekk ok. me loike it gabungan bunga2 biru putih tuu!


ini cik ili & en. kales bakal suami dia tahun dpn bulan Jan! :)

ili, tak sabaqnya nk tunggu wedding hang! ^^


pot pet pot pet klik sana klik sini amik gambaq pastu kami pun balik. sekian sahaja ceritera raya lepas raya saya. tamat sebab kehidupan kembali normal pagi bangun p gheja petang balik gheja. hiuhiuhiu~

ok. bye bye bye :)


Friday, June 3, 2011

Kawan sekolah rendah saya sudah ada suami

Assalamualaikum hye hai hiii uolls~


Takmo taip panjang-panjang tengok gambar eh :)


Akad Nikah: 28May2011



Congratssss Puan Noorsafariah Bokhari & Encik Muhamad Afiq ^^
Wedding date: 29Mei2011.


Ohh ye noorsafariah a.k.a KC (kakchik) ni adalah kawan sekolah rendah aku dulu. Tak sangkanyaaaa kami dah besaq. dulu belemoih(comot) lagi orang utara cakap. La ni hot lagi gorgeous gitu. Awwww~*wink*wink* pang~

ini kawan-kawan sekolah rendah aku dulu.. sempat jumpa jugak kat kenduri KC.

aikk sapa yang baling bunga ni? hikhik

hantaran :)


CONGRATSSSSS kak chik! Semoga bahagia sampai akhir hayat. Cepat-cepat dapat baby yeee :)



Selamat Pengantin Baru juga kpd kawan-kawan yang kawen 28may, 29 may especially to Anura & Syakir, Genie & Pasangan. Sorry tak dapat nak hadirkan diri. Jauh~~ huhu.

Thursday, March 31, 2011

Azyan Zafirah main kawen-kawen

Hye semua :)


Congrats kepada my fren yang dah menjadi isteri tanggal 13 March 2011. Baru nak updet.. theheee :D



ni geng pending pearls! :)
*dalam gambar di atas, 3 orang masih single! :D
*tuan belog jek tak da lam gambaq sebab kerja jadi tak dpt nak join.. nanges!nanges! ;(

hope majlis kat perak nnt aku bleh join! :)



ini kek; hadiah dari kami! ^^


Selamat bernikah Puan Azyan Zafirah & encik suaminya Ahmad Shah. semoga kekal bahagia selamanya lamanya :)





p/s: after diz ily punya turn? or farah dlu? yg pasti bukan tuan belog.. hikhik


Thursday, January 27, 2011

Phew~

Phew lagikk~

tahun lepas sikit-sikit saja member yang melangkah ke alam lain. Tapi tahun ni aku dengan penuh yakin & pasti akan ramai gila babi kawan-kawan aku yang akan melangkah ke alam lain. iaitu alam PERKAHWINAN. Dan kesan daripada tu...




aku kena bertahan menadah telinga bermanis muka untuk menepis serta menangkis soalan-soalan cepu mas dari orang-orang sekeliling yang kadang-kadang terlebih ambil berat berbanding family aku sendiri. haihsss nasib nasib.


SELAMAT PENGANTIN BARU kepada kawan-kawan yang dah melangkah ke alam perkahwinan. Semoga bahagia kekal selamanya sampai syurga. Masih jauh lagi perjalanan. Ingatlah perkahwinan bukan pengakhiran tetapi permulaan kepada sebuah kehidupan.


-----> eh awat yang aku gila macam formal ja bahasa entri kali neh? muahahahaha ;p


** motip entri: tengah rajin nak menghapdet.
** sebab rajin menghapdet: 1)nmpak banyak sangat kad jemputan kawen kawan-kawan. 2) banyak sangat pix wedding kawan-kawan kat FB.


AMARAN: jangan tanya bila tuan belog punya turn sebab tuan belog tak dak jawapan. SEKIAN. ;p




Wednesday, July 14, 2010

Wedding dia~





gambar dari pokcik gugel~




09.07.10 - jam 10.15 malam Mawar Attailah Laila Muhammad Kharis sah menjadi isteri kepada Anuar bin Abdullah. My lovely kazen dah tak bujang lagi~!! :)))










10.07.10 - Majlis Perkahwinan. Tema Gold. Di saat- saat akhir dapat gak kami sedara mara sepupu sepapat berusaha mencari baju ala-ala gold or yellow! :D nak jugak ikut tema majlis. baru best! hikhik.


*tapi yang tak bestnya tak dapat nak snap gambar semua orang semua sedara mara..yang dapat snap ni suku pun tak sampai.. huhuu~ :( tapi takpa janji dapat jugak snap kan! :D*


meh kita tengok gambaq-gambaq yang ada naa. malas nak merapu mengarut meaip panjang-panjang..theeheee~ :D












************************





Selamat Pengantin Baru~
Semoga Bahagia Selamanya :)




p/s: pasni giliran sapa pulak? ngeh3~


Monday, June 7, 2010

Selamat Pengantin Baru :)

05.06.2010 yang lepas, aku dan kawan-kawan p majlis kawen member sekolah kami. Member masa Mrsm Beseri Batch 18. Kami wat rombongan 3 bijik keta - ferrari, lamborghini, hummer. ha gila best kan keta kami. celuih tak celuih tu belakang kira. hokhok

Masa p kenduri kawen member ni jugak cam wat reunion kecik sbb dapat jumpa kawan-kawan yang dah bertahun-tahun tak jumpa. yelah ada yang last jumpa masa form 5 kot. sekarang masing-masing dah 24 tahun. so ada la dalam 6, 7 tahun tak jumpa. Lama tuuu.. eh malas pulak nak merapu menaip panjang-panjang. Jom kita tengok gambar dan biarkan gambar saja bercerita occay?!


*******************


Kesengalan kami sepanjang Majlis kenduri kawen Shuhada Abdullah a.k.a bab & Khomaini Ibrahim.



Kereta yang mengetuai rombongan. Bertolak ke rumah pengantin.
(berpuluh-puluh retake sbb nak bagi semua ahli2 keta nampak muka..hik3)


Keta dibelakang kami.


Keta dibelakang belakang kami


Dah sampai umah pengantin! :D


Sepanjang perjalanan dari kereta nak ke rumah pengantin kami gilak aktif hiperbola bergambar. Pantang ada yang tunjuk kamera. haha. Macam-macam kejadian lucu yang jadi. Ada yang hampir nak kna langgar motor(almaklumlah jalan sempit), ada yang nak terjatuh dalam sawah(excited nak bergambar), ada yang gagah nak masuk dalam gambar juga..haihss macam2 la kerenah kami semua sepanjang dok jalan kaki nak ke rumah bab.


Acara makan-makan. Jumpa kawan-kawan lama. Sungguh pulun excited! ngeh3


Time makan-makan pun sesi bergambar wajib.


Semasa kami tengah makan pengantin dijemur di tengah panas. Acara silat sedang berlangsung.


Dah habis makan dah habis sesi bersilat kita serbu pengantin! Apalagi bergambar time! heee :D




Dah macam sesi bersoal jawab dengan wartawan.


Kami yang tak mau bergerak dari pelamin sebab still ada kamera kamera yang mengambil gambar..kihkihkih


Dah bangun dari pelamin dah cakap "ok ok cukup" tapi terus posing bergambar bila ada yang pegang kamera balik menghala ke arah kami..mana bleh lepaskan peluang beb! lalala~


Tiba-tiba masa dok bergambar nampak kek pengantin.


Terus p ke kek nak bergambar. Bila kameraman dah di depan mata memang bergambar tak hengat orang sekeliling.


Anak-anak dara yang masih HOTT..miahaha


Ok tak cukup dalam rumah sampai ke luar pun kami bergambar. Pengantin lelaki entah hilang kemana dah time ni. Bagi peluang wife dia bergambar dengan sahabat-sahabat yang memang pantang nampak kamera..kuikuikui



Tengok la gelagat masing-masing. Tak kira kamera di bawah, kamera di angkat mesti nak bergambar. kihkihkih



Dah penat bergambar sana sini..sampai cik datin farah terpaksa cakap banyak-banyak kali "dah dah jom kawan-kawan mak aku kol dah ni" (dia kna balik awal sebab ada hal family) so kami pun berangkat la balik.


Sepanjang dok jalan kaki dari umah bab nak ke keta pun sesi bergambar tetap ada. ngeh3..


Dah macam suasana rombongan budak-budak p beraya 1 kampung pulak..hikhik






Mereka-mereka berempat yang di depan sedang tersengih tersenyum dengan penuh palsu sebab keta panas gilak kot time tu..demi bergambaq punya pasal sanggup tahan panas. Time ni dialog depa "wei cepat anas cepat panas ni tangan kami..jenuh dok tahan panas keta ni"


Dah nak balik~


Time ni lampu merah pun sempat lagi snap pix. heuheuheu



*****************************************



Tahniah Bab dan incik pasangan bab~! :D

Semoga kekal bahagia selamanya hingga ke syurga :)


***********************


Lepas balik dari umah bab, kami terus ke umah betong pulak. Ni geng budak laki punya plan. So kami layankan aje..ikut je sebab dah naik keta ngan mereka-mereka kan..lagipun 1 skolah jugak. Cuma tak kenal sangat..hehe









Tahniah Betong dan pasangan~! :D

Semoga kekal bahagia selamanya hingga ke syurga :)



p/s: gambar-gambar credit kpd Anas, Aishah, Yat, Adiez, Juhanis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...