Sunday, September 4, 2011

Ceritera Raya Lepas Raya

Salam hye uols~ Best tak rayaaa? Mine was biasa2 ja. Tak tau la pasaipa. But this time raya rasa cam tak raya jak. Baju raya pun sepasang ja + kemeja sehelai. Lain-lain tak rasa nak beli beria pun. Kasut pun pakai yang lama ja sebab still nampak mcm baru. HAHA. seriously this year raya sangat-sangat bersederhana. Bukan masa raya je.. menu berbuka sepanjang Ramadhan tahun ni pun sangat bersederhana (kecuali masa ai p berbuka kat Hotel la kan ehehe ;p)


Raya pertama tahun ni tak meriah macam tahun-tahun before ni kalau raya di Perlis. Maybe sebab tak semua adik-beradik ayah yang selalu beraya bersama awal pagi raya balik kampung. Or maybe lebih tepat lagi sebab semua kazen aku yang tahun lepas single tapi tahun ni pakat beraya dengan suami dan keluarga baru. *sigh* tinggallah aku yang masih single. haha. Sebab lain maybe sebab family aku tak cukup ahli. Adik aku keja so dia tak bole balik kampung. Adik sorang lagi pulak ptg raya dah balik langkawi sebab nak masuk keja. -_-



adik-ayah-mak-me
tak cukup 2 org


Raya kedua aku dah masuk keje. Nak kata tak best pun tak jugak. Sebab kalau tak keja lagi bosan kot. So kira nasib baik jugak la kot aku keja. haha. Serius aku dah tak betul. Selalunya hari raya ja mesti nak kna cuti ah. Mana bole keja. Tapi tahun ni terbalik pulak. Aiyoo tak paham dengan diri sniri. ekeke.


3hb9 aku p wedding kakak my bff iaitu kakak kpd cik ili Farhana. Aku p ngan cikgu Farah. First time p wedding kat Langkawi yang buat kat dewan. before ni semuanya kat umah ja. Dh la ramai ja orang-orang besar VIP/VVIP. Yang tak bestnya buat kat dewan ni nak amik gambar ngan pengantin terbatas sikit. So aku ngan cikgu farah wat hal sniri je. Tapi kami bertapa kat dewan tu lama jugak sebab tunggu cik Ili Farhana selesai tugas melayan pengantin makan beradab. Baru bole p kacau ili amik gambaq suma bagai hehe.


ni satu2nya pic dgn pengantin. ramai sgt org tunggu turn -_-
mekap dgn baju pengantin serius cantikkkk~


cik hanum & cik farah :)
pelamin sangat chanteekk ok. me loike it gabungan bunga2 biru putih tuu!


ini cik ili & en. kales bakal suami dia tahun dpn bulan Jan! :)

ili, tak sabaqnya nk tunggu wedding hang! ^^


pot pet pot pet klik sana klik sini amik gambaq pastu kami pun balik. sekian sahaja ceritera raya lepas raya saya. tamat sebab kehidupan kembali normal pagi bangun p gheja petang balik gheja. hiuhiuhiu~

ok. bye bye bye :)


Saturday, September 3, 2011

[Review Filem] - Hantu Bonceng

semalam pi tgk wayang dengan adik-adik & kawan-kawan. Nak tgk muvi yang fun ringan-ringan jek. so tengok hantu bonceng. Perghh tiket full. orang pun ramai jek kat cineplex langkawi. Tak penah-penah aku tgk ramai org cam semalam kat panggung langkawi. Maybe sebab tgh cuti raya. so ramai pelancong @ orang luar langkawi. memang sesak ah -_-


tak bestnya movie ni sosial. tak bagus untuk tontonan kanak-kanak.
movie ni memang menunjukkan kehidupan anak muda remaja yang sosial. merempit, masuk disco angguk-angguk goyang-goyang, gadoh, bukan muhrim duduk serumah, mengandung anak luar nikah, sihir err apa lagi ntah.

yang bestnya ok muvie ni mmg sempoi. gelak ja. yang lawaknya ada gak yg jerit terkejut bila scenes hantu juliana evans muncul. ahaha. kalau rasa boring bosan tak tau nak buat apa nak tgk movie yang ringan-ringan tak stress silalah p menonton hantu bonceng kalau uolls suka movie melayu la.


ok dah abes review yg simple2 jek. kesimpulannya aku gelak dekah-dekah.

Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya y'all :)


aisehh terkecik pulak ucapan eden ni..hihihi

kiki oh kiki di mana?



Kiki hilang dah 4 hari.
Rindunyaaa.
Kiki oh Kiki p manaaa?
Dah la hujan lebat ni kat Langkawi.
Kesiannya Kiki kat luar tu.
Mestii sejukkk :(
Ntah hidup ke tak ke makan ke tak.
Kikii T_T

p/s: ibu comey, ibu tompok, uncle black, tom ngan bubu rindu kiki tau. Balik laaa :(

Thursday, August 25, 2011

Kronologi Produk Penjagaan Wajah Saya

Cehh tajuk entri tak bole blahh kann. Skema ja rasa. Nak kronologi bagai pulak. ahaha.


Hmm tiba-tiba nak cakap pasal produk penjagaan muka yang penah aku guna selama bernafas di muka bumi ni..aisehhh. Akceli aku ni jenis lantak je la try guna apa pun. Tapi semuanya yang murah je lah. Tak dak lah yang mahal-mahal. Tak mampuuu eden nak beli. hikhik. Lagi satu aku ni jenis pilih produk sebab utama ialah jangan ada naik jerawat kat muka. Tak putih takpe ai tak kisah janji jerawat takde kulit halusssss je. hikhik~


Dulu masa zaman sekolah rendah darjah 6, aku masuk kawad kaki wakil umah sukan. Paham-paham je lah kan. Terbakaq gila vavi muka ni. Dah la kelam. Bertambahlah gelap lagi. memang betul-betul burn punya la muka ni. Al maklumlah Langkawi kan panassss.



So 1 hari tu mak aku suh aku pakai cream nivea kat atas ni b4 aku p latihan kawad. Best pulak rasa masa tu tepek kat muka HAHA. Tapi sikit-sikit jek la. Ok gak la cream ni. Eh ada lagi tak r cream muka ni? Dah tak penah pakai. Mak aku pun tak pakai dah sebab dia dah beralih arah ke jenama lain.


Pastu masa form 1- 3 aku tak pakai apa sangat kat muka ni. Cuci muka dengan air paip jek. Tapi kadang-kadang pakai gak la pencuci muka mak aku kalau aku balik umah *ohh aku dok asrama ye kawan-kawan. Kadang-kadang aku rembat pencuci muka mak aku bawa balik asrama. kihkihkih. Tapi selalunya yang dah nak abes la. Tak dak la amik yang baru. Masa tu tak silap aku mak aku pakai nivea. Tak ingat dah jenis nivea yang mana. So tak dapek nak tepek gambar. ;p




Pastu dah besaq sikit zaman sek menengah form 4 if tak silap aku pakai shurah. Tapi just pakai pencuci muka, toner dengan krim siang. Toner dengan krim siang tu kadang-kadang je pakai if rajin. Kalau tak rajin jangan harap la ai nak tonyoh kat muka ni..heee ;D Masa aku guna shurah, produk ni betul-betul baru keluar kat pasaran (if tak silap aku la). Lama gak aku pakai produk shurah ni. dan sangatlahh sesuai dengan kulit aku. Tapi biasalah lama-lama pakai mula lah nak beralih arah..muahaha


Masa kat matrik aku penah gak try try semula pakai nivea. Pakai selang-selang. Kejap-kejap aku pakai nivea. Dah habis aku beli pulak shurah. Pastu ntah la aku agak hilang ingatan sikit kat cni. ekeke. Tapi antara 2 produk ni la nivea and shurah. If aku pakai pencuci muka shurah, krim muka aku pakai nivea. ha vise versa la. Suka hati aku ja kan selang-selang tukar. haihss.




Pakai olay masa zaman jadi budak u 1st year. Tak sesuai. Naik jerawat kecik-kecik. My rumate yg tegur dia cakap ada naik jerawat kecik-kecik macam nak ada nanah tuu. Tapi yang tak serius la.. Terus tak pakai dah. stop. Padahal baru beli baru pakai dalam seminggu camtu la. Pastu seminggu tak pakai apa-apa jenis pencuci pun. Cuci dengan air paip je. Kemudian beli balik nivea. Lama gak aku pakai nivea. Sampai abis 1st year rasanya. Pastu muka back to normal. Syukur sangat-sangat.


Haa bila dah ok elok semula bila kuar shopping mula la tangan ni gatal nak try pakai yang lain pulak. Suka betul aku ni kan nak cari masalah. ekeke. Try beli ponds. Yang percubaan punya. Tertarik sebab rasa cantik je pakaging dia. Warna pun pink-pink gegirl gtu..hikhik



Tapiiii huhu tak sesuai dengan kulit muka ai noks. Time ni naik jerawat je keje nya muka ni. Tak dak la naik serentak banyak sekaligus tapi naik sebijik-sebijik. Contohnya naik kat pipi belah kiri.. Pastu baru je nak baik naik pulak seketul kat pipi kanan. Naik yang tak berenti. Tapi naik sebijik sebijik. Paham tak? *ahaha gila nak explain jugakk kan.. Dah la muka aku ni jenis bila naik jerawat je mesti akan ada tinggal parut yang lambat gila vavi nak hilang. Walaupun aku tak picit-picit jerawat tu mesti akan ada la parut gak. :( sob sob


Last-last aku bagi set ni kat member aku yang pakai jenama ponds ni. Bye bye ponds. Pastu apalagi aku kembali semula kat Nivea masa ni. Nivea gak yang aku cari kann.. ehehe :)




Entah cam mana aku tak ingat bila masanya aku start pakai Garnier. Tapi yang pastinya masa produk ni baru ja ada kat pasaran. Tiba-tiba rasa nak try pakai. Terpengaruh ngan Fasha Sandha gak kot? muekeke. *ohh ai takdak la suka gila vavi or benci gila gila kat dia ni. biasa-biasa jek. Alhamdulillah sesuai sangat. Muka aku ni jenis yang berminyak. So bila pakai garnier memang rasa la perbezaan. Muka tak dak la berminyak walaupun seharian kat kampus. Serius best. Sesuai sangat. Masa tu pakai pencuci muka dengan krim je. Toner aku pakai nivea.. *kadang-kadang je bila rajin ;p


Tapi ntah macam mana dah habis toner nivea tu aku gatal tangan beli toner Ponds. Hish tertarik tul tau tengok Ponds. Padahal dah penah beli dan tak sesuai kan. Tapi degil beli gak. Bila pakai dalam seminggu macam tu perghh rasa best je kulit. Eh sesuai pulak aku guna toner ponds nii. Penin tul..agaga. Tapi serius kulit muka rasa best. Licin je dengan gabungan pencuci, krim muka garnier +toner ponds. Lama gak aku pakai sampai la habis belajar. Alhamdulillah :)



Tapi tu la aku ni tak serik kan.. nak mencuba jek ghejanya..hihi. Pas habis belajar, masa gheja aku penah pakai product Simple. Aku beli set percubaan. Mula-mula pakai rasa best licin je kulit. Cuma kulit kadang-kadang berminyak. Mungkin tak sesuai dengan jenis kulit aku. Masuk minggu kedua je muka dah nampak nak naik jerawat. Terus tak mau pakai dah. Pastu aku bagi kat housemate aku.


Last-last aku tukar balik. Sampai sekarang aku setia dengan mereka-mereka ini :


Thanks Garnier. Ponds tu jarang-jarang aku pakai sebab aku ni sangat la pemalas orangnya nak pakai Toner. Tapi tengs gak kat Ponds*toner je la. yang lain tak bole pakai..hewhewhew


kalau rajin sebulan sekali or dua bulan sekali aku akan tepek ni kat muka. Rasa freshh gilaaa ;p


Mak ai banyak jugak ye yang aku penah try pakai..kuikuikui. Ingatkan sikit jek. Tapi bila ingat-ingat balik rasanya aku pusing-pusing p mai tang tu gak. Shurah/Nivea/Garnier. ehehe ;p


Tapi Alhamdulillah jugak sebab kulit muka aku jenis yang takda masalah sangat. Syukur sangat-sangat. Cumanya aku ni tak putih cerah. Gelap gelap manis gituuu. hikhik.


Perasan tak? Tak penah lagi aku pakai yang mahal-mahal.. hmm nak try Nutox la bole tak? Sebab pengaruh si cantik manis @missfazura! ehehehe ;p


Dah dah hanum jangan nak mengada! pang~


p/s: arrggghh terbayang-bayang muka fazura. cantikknyaaa dia ;O
p/s: psssttt y'all pulak cam mana ye? jom la share! :)

p/s: all pics credit to abg google

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...