Showing posts with label wayang. Show all posts
Showing posts with label wayang. Show all posts

Saturday, September 3, 2011

[Review Filem] - Hantu Bonceng

semalam pi tgk wayang dengan adik-adik & kawan-kawan. Nak tgk muvi yang fun ringan-ringan jek. so tengok hantu bonceng. Perghh tiket full. orang pun ramai jek kat cineplex langkawi. Tak penah-penah aku tgk ramai org cam semalam kat panggung langkawi. Maybe sebab tgh cuti raya. so ramai pelancong @ orang luar langkawi. memang sesak ah -_-


tak bestnya movie ni sosial. tak bagus untuk tontonan kanak-kanak.
movie ni memang menunjukkan kehidupan anak muda remaja yang sosial. merempit, masuk disco angguk-angguk goyang-goyang, gadoh, bukan muhrim duduk serumah, mengandung anak luar nikah, sihir err apa lagi ntah.

yang bestnya ok muvie ni mmg sempoi. gelak ja. yang lawaknya ada gak yg jerit terkejut bila scenes hantu juliana evans muncul. ahaha. kalau rasa boring bosan tak tau nak buat apa nak tgk movie yang ringan-ringan tak stress silalah p menonton hantu bonceng kalau uolls suka movie melayu la.


ok dah abes review yg simple2 jek. kesimpulannya aku gelak dekah-dekah.

Sunday, May 22, 2011

[Review Filem] - Nur Kasih The Movie.

Salam 1 Malaysia semua ^^

Jam 9.45mlm 21 May 2011 ai dengan my mother p tengok Nur Kasih The Movie. Nak tengok Nur Kasih kena ajak mak ai ler. hihi. Apa2 pun jom layan OST Nur Kasih The Movie - Bertemu Cinta nyanyian Mila Jirin ni dulu. suka lagu ni! :)




Nur Kasih The Movie membuktikan betapa cintanya Adam (lakonan Remy Ishak) kepada Nur Amina ( lakonan Tiz Zaqyah). Betapa setianya Aidil (lakonan Fiz Fairuz) di sisi Adam & Nur Amina.


Nur Kasih The Movie banyak menyedarkan aku tentang keadaan sekeliling.
Ada 1 scene yg membuatkan aku berfikir - di mana seorang ustaz pakai jubah, pakai serban alim sangat tapi bila tengok keadaan kelas yang bercampur lelaki perempuan, tak menutup aurat, terus ustaz tu tak nak mengajar. Sebab haram katanya belajar agama bercampur lelaki perempuan tak menutup aurat. Tapi kalau luar je bertutup semua, di dalam hati diri individu tu kosong tak guna juga kan? Tapi niat tak menghalalkan cara bukan?

Suka ayat ni:
"Kalau mereka hanya mahu berdakwah pada orang-orang berilmu, orang-orang masjid, habis budak-budak yang cetek ilmu tu tanggungjawab siapa?" - Adam Hassan in NKTM


Aku tak sempat nak menangis mengalir air mata sebab dari 1 scene ke 1 scene terlalu cepat je aku rasa. Tak sempat nak feeling lebih-lebih dah tukar ke scene lain. HAHAHA. Maybe kekangan masa punca utama hal ni. Tapi tersentuh tu ada jugak. Sebak sikit-sikit jek.. ;p


Kelemahan - CGI kurang menarik, If u guys yang dah tengok Hikayat Merong Mahawangsa cakap CGI nya suck, NKTM lagi screwed up. Paling nampak sangat time kepala lelaki serban terbakar tu. Effect api nampak sangat tak real hehehe. Ok kelemahan NKTM dari segi CGI. Tapi bukan senang tau nak hasilkan CGI yang awesome!


Apa-apa pun, Nur Kasih The Movie - cerita yang penuh dengan pengajaran & nilai cinta, kasih sayang. Sinematografi yang cantik. Kekuatan skrip, jalan cerita bertambah best+awesome bila dilakonkan dengan berkesan oleh pelakon yang mantap.


Congrats Khabir Bhatia & crew Nur Kasih The Movie! ^^


Uollz shud go buy a ticket and watch this movie! Yes NKTM is Worth watching!




"Semakin derita menghimpit kita, semakin dekat Allah menghampiri kita"



Monday, April 4, 2011

[Review Filem] - CUN arahan Osman Ali memang cun!

Salam 1 Malaysia semua! :)

malam Sabtu yang lalu aku, adik-adik aku & kazen aku p tengok wayang. Cerita apa lagi kalau bukan CUN! Excited je aku nak tengok movie ni lepas tengok ost CUN SELALU nyanyian hero & heroin filem ni sniri. Jom layan dengar ost ni dulu! ^^




CUN komedi romantik yang ringan dan mudah difahami. Menonjolkan kehidupan kampung berlatar belakangkan kawasan hijau bendang di utara.


Jalan cerita yang stereotaip tapi ada mesej yang hendak disampaikan. Aku suka gila vavi dengan CUN sebab pelakon-pelakon nampak ada kimia antara satu sama lain. Best je kehidupan depa. Penuh dengan kasih sayang. Tak nampak kekok.


Maya Karin as Luna; Wa tabik spring sama lu la sebab sirius slamber gila dok kampung tak nampak janggal lakonan. Slamber je main lumpur, kerbau, turun bendang, tak pakai kasut lari-lari panjat pokok semua. sukaaaa sangat! dah la CUN!

Remy Ishak cakap Kedah beb! Pandai naa orang Melaka cakap Utara. Ni salah satu sebab jugak aku p tengok CUN! Sebab cakap utara. kikikiki~

Lakonan Nadia Nisha sebagai Manis - seorang remaja yang istimewa (org kurang upaya) sangat sangat menyentuh hati ai beb! Menitis gak la ayaq mata ai part yang dia kena marah ngan atan pastu bawa diri tu.. opsss kantoi keluaq ayaq mata..hikhik ;p Tapi sirius awesome gila dia berlakon.


Aku suka gila Faezah Elai as Tom. Gila sempoi memang dia berjaya menghidupkan suasana.

Kartina Aziz a.k.a Tok Chah memang sempoi cun!

Part yang aku rasa 'alamak kena tutup mata kazen aku ni sebab kecik lagi ' time geli-geli drakula antara Jehan & Marsha. Geli usus naik bulu roma aku tengok scene geli-geli depa 2 atas katil tu. Gila dah la seksa ja baju. Aku tutup-tutup buka mata je nengok scene tu..muahaha

Kesimpulannya CUN memang cun! Karya arahan Osman Ali seorang yang membesar di Langkawi ni memang tak mengecewakan. Santai, ringkas, lawak, sedih tapi penuh dengan mesej.

Haaa apa tunggu lagi sila serbu panggung berdekatan anda sekarang! :D


Monday, June 14, 2010

Memanfaatkan hari minggu




aktiviti wiken saya: no no no bukan pergi pantai bukan pergi sungai gabai again or berehat-berehat bersama angin sepoi sepoi bahasa. gambar kat atas tu saja propa ja lebih..ngeeee :D



******************************************



Aktiviti wiken baru-baru ni adalahhhh......jeng jeng jeng


Sabtu : menonton menonton menonton menonton korean drama Cinderella's Stepsister.


Mula-mula bila tengok episod 4 and 5 beberapa mggu yang lepas-lepas-lepas kat KBS Astro kureng berminat sebab macam slow lembab yang amat kan. Mengantok ja. Tapi disebabkan memang dah donlod ada dalam toshi tersayang so tengok juga. Masa ep 1 biasa2 lagi belum tertarik. Bila masuk ep 2, 3 mula tertarik sebab Chun Jung Myung yang sebagai Hong Ki Hoon sangat la comey sweet bila dia senyum. kehkehkeh..


Oh tidak tidak itu pengaruh sampingan saja. Tertarik sebab dah mula rasa cerita ni best. Lepas tu terus tertarik tertarik nak tahu apa jadi. Punyala marathon. Dalam sehari dah tengok sampai episod 11. Sedih. Sebak. wuwuwuw.. Suka sangat tengok lakonan Moon Geun Young sebagai Eun Jo. Ekspresi muka dia. Takda perasaan, dingin. Tapi sangat tak suka tengok muka Seo Woo yang pegang watak as Goo Hyo Sun. Gila fake muka dia. Banyak mana dia buat pembedahan pun tak tau la. Bila senyum tu dah serupa apa lagi.



******************************************



Ahad: menonton menonton menonton movies with my lovely housemate/opismate cik ainPeanut at Alamanda, Putrajaya~ :D


Kami tengok ni


ohhh sungguh cair bila tengok prince Dastan senyum..kihkihkih. Prince of Persia best. Sungguh. Silalah pergi tengok kalau belum tengok lagi ye. *Ke aku je yang lambat tengok neh..hihihi*


& kami tengok ini jugak~



Karate Kid pun best jugak~ Kelakar. ^^



Jaden Smith sungguh cute comellll sangat sweet~ :))


Kesimpulannya wiken aku minggu ni asik menonton menonton menonton saja.. ngeee :D



p/s: alamak sudah Isnin: adoiiiyaiii malasnya nak p opis. Lepas ni kerja kerja kerja.. -_-

Saturday, February 6, 2010

hari sabtu hari minggu hari yang sudah lama tak ronggeng-ronggeng

hari ini hari sabtu. hari ini jalan2 ronggeng2 bersama housemate yg tercehanta. pagi2 lagi pukul 8 pg aku,ain,nisa sudah pergi pasar. beli ayam, ikan, sayur2, bahan2 dapur lah semuanya. Kemudian dah abes beli2, balik umah. Kemudian lebih kurang pukul 10.30 pagi kami pergi mid valley. fuyyooo sungguh ramai kereta wooo di atas jalan raya. adehhh semua nk trun kl la tu...


dipendekkan cerita setelah bersusah payah memerah keringat mencari parking cehh ;p aku ngan ain terus p beli tket wayang. nak tgk tooth fairy. seb bek masa tu org tak ramai lagi beratur. dapat la tgk tooth fairy kul 2 ptg. selepas itu, bla..bla..bla..bla..



@The Spaghetti Farm~


time nk tgk wayang pun tiba.. jalan2 cari pakwe..ehhh no no no bukan, jalan2 cari hall..pastu kan..pastu kan..ada hal yg belaku..malas nk cita la kat cni sbb xtau nk explain camna..hahahahhaha.. tapi tragedi tu mmg membuatkan aku ngn ain cuak & hampir2 xleh tgk tooth fairy!! ampoonn ain!hee:D seb bek dpt tgk gak atas pertolongan abg yg sememangnya tak hensem. TQ ya abg itu..ngeh3~ tapi bila ingat2 balik serius lawak dowh kejadian tuuu..heheheee


tak payah la aku cerita pasal cita ni rasanya. sbb mesti kwn2 semua dah tgk kan ?kan? oh belom? xpe bole minta pokcik gugel ja tolong ceritakan. kan? weeee~ yang pastinya cita ni best. lawak sbb aku gelak.ngahahaha.



dah habis tgk tooth fairy, p jmpa cik nisa kat gardens.. ohh lupa pulak, cik nisa tak tgk tooth fairy sbb dia dah tgk, lagipon cik nisa ada temujanji dgn hairstylist..wahhh gtu :p. jalan2 lagi ronda2 shopping2 window shopping...jalan2..jalan2..makan2..ronda2..masuk kedai itu kedai ini, masuk toilet..pegi gardens, masuk balik mid..bla..bla..bla..bla...eh dah sampai umah pon malamnya..hehe~ kang kalo aku cita detail sgt entri ni panjang nk mampos cicah lantai plak bak kata cik epal.. hehe ;)


ok dah sampai umah bersih2kan diri semuanya cepat2 sbb pukul 9 malam ja aku, ain & nisa ada temujanji dgn artis! hohoho jangan main2..artis ok! artis! nak tau tak sapa? dgn umie aida beb! eizlan yusuff pon ada.. apa? kat mana? alaaaa depan tv la..tgk cita masyitah kat tv3 tu..heee~ :p


  • kalau la aku d tempat masyitah lakonan umie aida tu aku xtahu la aku bole setabah itu atau tak.. dgn anak yang cacat, suami yg ntah apa2 abaikan anak bini, malu dgn keadaan anak dia yang cacat. mak mentua yang xsuka menantu & cucu. hipokrit pulak tu. cucu sendiri malu. tapi nak nama punya pasal bole pulak derma dekat anak2 yg senasib dgn cucu dia..haiii itulah dunia. last2 suami masyitah dapat balasan dia balik..lumpuh. pastu baru nyesal. trima anak bini balik.the end. ha camtula cita melayu cerekarama tv3, ending slalu wat aku geram sbb rasa cam ending tu nk cepat2 ja abes. mesti last2 ayat aku "loh itu ja?" "aik dah abes?"huuu~


dah abes cita masyitah ingat nak lepak2 lagi depan tv sbb kul 12.30 tghmlm ada movie seed of chucky kalo tak salah aku. tapi apakan daya mata ini sudah sgt mengantok sgt..nak angkat pon tak larat dah, nak blogwalking pun dah tak terdaya..almaklumlah arini kan aku bangun awal..lagipunejwljdFioBLqjmngtfzzZz.....

Sunday, January 3, 2010

Alahai Duhai Si Pari-Pari

ok saya tak bole tidoq. mari update blog lagi! :D

tahun baru 2010. wayang pertama yang aku tgk tahun 2010 ni adalah Duhai Si Pari-pari lakonan Que Haidar, Liyana Jasmay, Nabila Huda, Remy Ishak, Harun Salim Bachik & ramai lagi. aku tengok dengan adik and cousin aku d KLCC. Depa dua la dok kalut sgt nak tengok. Aku pun follow ja la. Lagipun ada pelakon feveret aku gak berlakon.Siapa?Alaa 2-2 pelakon utama cerita ni lor.





Duhai Si Pari-Pari --> Cerita yang agak slow. Aku siap tak larat menguap. sebab bosan. hampir tertido. Duduk kat kerusi pun tak diam.Pusing sana pusing sini. Dalam hati 'bila nak habis ni'. scene kelakar ada jugak.pecah perut jugak aku gelak.tapi bila tiba scene yang bosan..haihss..rasa nak keluar panggung.serius.tak tipu. apa? sampai hati cakap nak keluar panggung?ok kalau tak percaya sila pegi menonton sendiri ye..saya malas nak cakap lebih-lebih lagi..huhuhu~


p.s: tak sabar nak tunggu next movie, Legion.

Sunday, December 20, 2009

njoy time~


jumaat aritu trun kl ronggeng2 bersama2 leha, paroh n poyox d klcc. hajat d hati nak tgk new moon & avatar. setelah letih menunggu penat bratur dah nak smpai kaunter beli tket dah skali abg yg xberapa nak hensem tu ckp new moon kul 2ptg full. aisehhhh tensen. ramai lg yg xtgk new moon rupanya. ingtkn kami ja..huhuh kuciwa. then tukar, decide nk tgk cita the princess & the frog(TPTF) kul 1.30ptg. seb baik ada lagi kosong. itu pun seat dpan skali.hahaha lantak la jnji bole tgk.kui3..

suka hati tgk TPTF. chumel ja katak2 2 ekor tu tiana & prince naveen. Bila dah namanya cita disney, so bdk2 kecik kanak2 xyah ckp r, penuh panggung time tu. tp adik2 tetap xleh lawan kecomelan kami kakak2 yg kuit miut..ngee~ :p


tgk la chumell kan katak2 ni :p


then kul 6 ptg kami tgk avatar. perghhh best wooo. suma aksi ada. perang, lawak, sedih, ganaz & xlengkap la kalo xdak cintun2 kan..heee mmg complete set r. tp yg spoil sket muka2 avatar tu. gila xmenarik utk d tgk. kaler biru belang2 idung penyek. tp yg pasti cita ni mmg best. berbaloi2 la byr rm12 & kebas bontot2 lenguh kaki duduk lama2 dlm panggung. ha giler mahai kan 12hengget? seb baik best.mmg best la~!hee :D





ha tgk la xhensem & xcantik, tp cita ni sgt best!


ni 1st time tgk wayang 2 cita skali gus dlm ms 1 hari. thanx leha,paroh & yox. gler best wiken wlaupon kita xbole nk shopink..hakhak :p


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...