Tuesday, May 24, 2011

Keywords blog yang jarang ada pelawat

Salam 1 Malaysia semua :D


Entry ringan-ringan jek ni. Tak tahu nak menaip apa tapi gatal jek tangan ni nak mengupdet belog. hikhikhik


Emm tadi saja je buka nuffnang akaun tengok search keyword utk hari ini. Jeng jeng jeng




Hoho ramainya yang search nora elena novel. Ni mesti penangan Aaron Aziz eh tak tak mesti penangan Cerita Nora Elena tu sendiri kan kan? ngeeee~ ;p


Pemenang kedua berkaitan demam Nur Kasih. Ni semua gara-gara Nur Kasih The Movie. Tak tahu la review ai tu membantu ke tak. Tak pandai nak review-review ni. Belasah je. ekekeke


Seterusnya bercuti ke Siem Reap/Phnom Penh. Ha ni mesti gara-gara BIG SALE kat AirAsia kan? Hoho bagi aku tak de la murah sangat pun 'Big Sale' tu. Yes ada je tiket serendah 10sen tapi bila plus segala macam surcharge, segala tax bole mencapai ratus-ratus gak harga tiket. -_- Btw, sapa-sapa yang nak bercuti ke Siem Reap/Phnom Penh, YES! u shud go. Tengok budaya tempat orang lain kan? Sambil tu jangan lupa melawat tempat bersejarah Angkor Wat di Siem Reap. Harap-harap entri Phnom Penh ai membantu tak banyak sikit pun jadi la..ekekeke. Selamat Bercuti! ;D

[Lagu with lyrics] Stacy - Kisah Dongeng





ohhooo syahdunyaaaaa~ macam ada kena mengena je ngan tuan belog. okthxbai!



credit to: YunJimMie youtube channel

Sunday, May 22, 2011

7 Hari Mencintaiku - Siti Rosmizah


Novel baru saya! Akhirnya dah beli. Belum baca lagi. Masih elok berbalut. Harap-harap novel terbaru Siti Rosmizah ni pun tak mengecewakan. :) Novel beliau yang sebelum ni semuanya super best!




p/s: *sigh* yang ni pun baru setel 'Percaya Ada Cinta' tapi aku dah tambah lagi koleksi. hihi


[Review Filem] - Nur Kasih The Movie.

Salam 1 Malaysia semua ^^

Jam 9.45mlm 21 May 2011 ai dengan my mother p tengok Nur Kasih The Movie. Nak tengok Nur Kasih kena ajak mak ai ler. hihi. Apa2 pun jom layan OST Nur Kasih The Movie - Bertemu Cinta nyanyian Mila Jirin ni dulu. suka lagu ni! :)




Nur Kasih The Movie membuktikan betapa cintanya Adam (lakonan Remy Ishak) kepada Nur Amina ( lakonan Tiz Zaqyah). Betapa setianya Aidil (lakonan Fiz Fairuz) di sisi Adam & Nur Amina.


Nur Kasih The Movie banyak menyedarkan aku tentang keadaan sekeliling.
Ada 1 scene yg membuatkan aku berfikir - di mana seorang ustaz pakai jubah, pakai serban alim sangat tapi bila tengok keadaan kelas yang bercampur lelaki perempuan, tak menutup aurat, terus ustaz tu tak nak mengajar. Sebab haram katanya belajar agama bercampur lelaki perempuan tak menutup aurat. Tapi kalau luar je bertutup semua, di dalam hati diri individu tu kosong tak guna juga kan? Tapi niat tak menghalalkan cara bukan?

Suka ayat ni:
"Kalau mereka hanya mahu berdakwah pada orang-orang berilmu, orang-orang masjid, habis budak-budak yang cetek ilmu tu tanggungjawab siapa?" - Adam Hassan in NKTM


Aku tak sempat nak menangis mengalir air mata sebab dari 1 scene ke 1 scene terlalu cepat je aku rasa. Tak sempat nak feeling lebih-lebih dah tukar ke scene lain. HAHAHA. Maybe kekangan masa punca utama hal ni. Tapi tersentuh tu ada jugak. Sebak sikit-sikit jek.. ;p


Kelemahan - CGI kurang menarik, If u guys yang dah tengok Hikayat Merong Mahawangsa cakap CGI nya suck, NKTM lagi screwed up. Paling nampak sangat time kepala lelaki serban terbakar tu. Effect api nampak sangat tak real hehehe. Ok kelemahan NKTM dari segi CGI. Tapi bukan senang tau nak hasilkan CGI yang awesome!


Apa-apa pun, Nur Kasih The Movie - cerita yang penuh dengan pengajaran & nilai cinta, kasih sayang. Sinematografi yang cantik. Kekuatan skrip, jalan cerita bertambah best+awesome bila dilakonkan dengan berkesan oleh pelakon yang mantap.


Congrats Khabir Bhatia & crew Nur Kasih The Movie! ^^


Uollz shud go buy a ticket and watch this movie! Yes NKTM is Worth watching!




"Semakin derita menghimpit kita, semakin dekat Allah menghampiri kita"



Friday, May 20, 2011

Silap 1 number punya pasal..


Haiyooo dah aku cakap dok habaq banyak kali salah number la beb. Wrong number. hadoi ngak paham bahasa btoi. Dari cara msg ko tu je dah tau kau orang asing. Hish!


Alkisahnya...

Aku nak p amik adik aku kat skolah ptg tadi. Dia outing. So aku pun msg la suh tggu kat tempat parking motor dlm kawasan skolah dia. Amik henset terus taip msg

"Tggu kat tempat parking motor" terus tekan send ke number 01*406****. Memang aku dah hafal dah number adik aku.


Adik aku tak reply tapi dia kol terus tny dah gerak ke belum. So aku tak syak apa-apa.


Then dah p amik adik aku, aku hantar dia p beli barang pastu adik aku nak p big apple. Oh ya aku bawa laptop sebab adik aku nak guna. Adik aku p Big apple, aku balik opis. Adik aku kol bagitau bateri laptop teda. Then aku mesej adik aku " Cas la kat big apple" terus send ke 01*406****. No respon kali ni.


Malam muncul...

Dapat msg dari no 01*406**** tanya "Hai buat pa ya"

Aku reply " awat mek adik" **pelik sungguh bahasa adik aku*

Then dia balas" Aku mau tnyak km duduk kt mna keja di sony k"

Dah berkerut-kerut dahi muka aku baca msg tu. Then tengok tilik balik number. OMG! salah number la! ingat adik aku. rupanya bukan. No adik aku 01*460****. Memang hampir sama gila number . Beza cuma 406 dgn 460. Dah la tu aku tak reply mesej dia dok kol sampai 4 kali berturut-turut. Pastu msg tny apsal tak angkat phone. Then aku msg cakap " Sorry wrong number, i tot u r my sis" *konon bajet bagus terus cakap BI noks kuikuikui pangg~

Tak paham bahasa jugak. Tanya aku keja di Sony sama dgn dia jugak ke bukan. haiyooo. Then aku reply secara agak kasar..err memang kasar kot

"Aku salah number la tadi. Aku bukan kerja d Sony. Salah number. Ok. Bye." huhu penat ulang ayat salah number.


SEb baik kali ni dia paham bahasa. Inilah padahnya bila tersalah tekan number. -_-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...