Saturday, January 24, 2015

SAYA KEMBALI

Assalamualaikum..


HI kawan-kawan! *lambai-lambaikan tangan sambil sengih kerang busuk*


Lamanya meninggalkan dunia blog. Last entri adalah pada May 2012. sekarang dah Januari 2015. Almost 3 tahun habaq hang. Berabuk bersawang usang teruk dah blog ni. Mesti makin banyak blogger blogger baru kan. Mesti ada macam-macam perubahan kan. Mesti ada benda-benda baru cara-cara baru untuk naikkan trafik blog kan. Macam-macam kan lagi la kan hehe.


Banyak sangat perkara yang berlaku dalam masa 3 tahun ni. Paling tak boleh lupa adalah peristiwa tahun lepas - yang pertama kali terjadi dalam hidup Nurul Hanum bt Abdul Halim. Nanti-nanti lah cerita apa dia noh. Sekarang kita mukadimah new entri untuk tahun baru 2015 hihi.


Tahun ni betul-betul terasa mahu berblog. Rinduuuuuu. Rindu nak meluah. Rindu nak menaip. Rindu nak mengelamun depan laptop. Rindu nak memuntahkan apa yang ada dalam isi hati. Rindu nak merasa duit Nuffnang kembali! hikhikhiks


Oklah untuk permulaan ni keras tangan lagi nak membebel. Ayat pun tunggang langgang ja rasa ni. Kita sambung next update occay.


SELAMAT BERTEMU KEMBALI!! *bajet femes bajet artis bajet ada orang baca puuiiii hahaa*


Monday, May 14, 2012

Jalan-jalan ke Medan Day 1 - Part 2

hai hai hai u olls~

ok mari kita sambung cerita percutian ke Medan lagi!

- geng Medan Trip -


Entry sebelum ni aku ada ceritakan mengenai  lawatan kami ke Istana Maimoon kan? ok jom kenali serba sedikit sejarah Istana Maimoon warisan Kesultanan Deli. Istana Mimoon ni dibangunkan oleh Sultan Makmun Al-Rasyid Perkasa Alamsyah. Dibina pada tahun 1888 oleh arkitek dari Itali. Istana Maimoon merupakan salah satu mercu yang terkenal di Medan. Seni bina istana ini banyak dipengaruhi oleh kebudayaan luar iaitu merangkumi kebudaayan Melayu, Islam, Sepanyol, India & Itali. Jom kita cuci mata lihat keindahan binaan dalam bangunan istana Maimoon.




Aku dengan Jama tak ketinggalan try baju diraja. Sepasang Rp20000 (lebih kurang RM8)

Pakai sat ja snap snap gambaq terus buka cepat-cepat baju ni sebab kejar masa.. tak sempat nak amik gmbaq kat kerusi besaq..wuwuwu :(

Selepas melawat istana Maimoon, kami bertolak ke Lake Toba. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Semasa dalam perjalanan ke Lake Toba, kami singgah di kilang kacang tumbuk iaitu PATEN. Macam-macam jenis kacang yang dijual di sini. Segala macam nama ada.. tang tang tung tung teng teng ting ting. Pelik-pelik kan nama? hehhehehe.. :D





ha macam-macam jenis kacang adaaa. Pilih-pilih :p


Lebih kurang pukul 4 petang kami bertolak ke Parapat. On da way ke Parapat, bus pulak pancit. haiyoooo. Tapi en Sehala cakap tu perkara normal sebab jarak jauh kan dari 1 tempat ke 1 tempat.. Jadi segala kelengkapan dah di bawa. So adik tukang tutup pintu ditugaskan utk tukar tayar. Semuanya dia buat sendiri. Akhirnya kami sampai di Parapat dalam pukul 8mlm (waktu Indonesia). Kami sampai pun dah malam so nak nampak pemandangan Lake Toba. Yang nampak cuma lampu-lampu ajeeeee. Tapi jalan di Lake Toba sangat la mengerunkan. Curam, sempit bengkang bengkok. Haih -_- 

Kami menginap di Siantar Hotel. Sampai saja terus makan sebelum check in. Iyolah masing-masing dah lapaq kann :D Makanan kat sini better dari di Restoran Minang Medan. Sedap! Suka sup dia. Eh tak tak suka sambal ikan yg dihidangkan. Sambal tu sedaappp. 


- ada lagi ni sebenaqnya tapi tak sempat snap pikir nak makan jeeee lapaqqq hehe - 


Dah selesai makan masing-masing dapat kunci bilik. Bilik aku dgn Jama no 116. Bilik not bad. Ok.


Sekali buka tirai tadaaaaaaaa!! Wah ada balkoni! Mengadap Lake Toba ok!! Best best best gileerrr! Sangat rasa jakun rasa cam waaahhh suka sukanyaaaaa kitewwww :D

Tapi disebabkan malam bila amik gambaq tak nampak pun tasik sebab gelap jaaa. So tunggu esok tu baru snap gambaq. Cantik besttttt tauuuu :))


sukanya sukanyaaaaa! lompat-lompat gembira ^^ pangggg~


dari balkoni bilik. muka cik Jama yang hepi :D


Ok sambung lagi nanti di entri seterusnya perjalanan menyusuri Lake Toba - Pulau Samosir, Perkampungan Batak. Tunggu yeeeee :)



much love; 


Friday, May 11, 2012

Iklan - Renungan Bersama



ada paham ka? :D


Jalan-jalan ke Medan Day 1 - Part 1

salam hai hai uolls~

mari sambung ceritera percutian ke Medan, Indonesia!

setibanya kami di Polonia International Airport Medan, kami di sambut oleh staff Lovely Holidays. oh ya lupa pulak nak habaq sepanjang perjalanan, penginapan kami di Medan telah diuruskan oleh Lovely Holidays (seperti yang diberitahu oleh ketua group).

Disebabkan sampai saja di airport ai dengan Jama terus ke kamar kecil (tandas), jadi kami berdua agak lambat menaiki bus. Akibatnya kami berdua dapat tempat duduk dibelakang sekali. Tapi tak jadi masalah sbb kami berdua je di tempat duduk belakang. So bole lejang-lejangkan kaki..heee =D


bus yang sangat comfortable! oh itu adalah tour guide kami yang sangat peramah suka bercerita En. Sehala (one way) hihi. Selain kami 20 orang rombongan di dalam bus, ada En Sehala tour guide, abg driver bus yang tak ingat nama, adik yang tugasnya buka tutup pintu. Jadi total adalah 23org sahaja.


ha ini adalah bus kami. Kalau di Malaysia kita panggil bas persiaran tapi dekat sana adalah Bus Pariwisata. Sebutan bas adalah b-u-s (bus) ye. itu adalah mr.Driver. Yang seorang lagi berkemeja merah yg tak nampak muka itu adalah adik buka tutup pintu bus. Sangat cepat service dia. Asal berenti sampai ke destinasi sepantas kilat pintu bas dah dibuka. ingat ai ja yang sedar rupanya semua org sedar cepat ja pintu dibuka :)

Semasa kami sampai di Medan pukul 12tghari masing-masing tengah kelaparan. Iyolah lunch time kan.. heehe :D. Jadi kami terus di bawa ke Restoran Minang. Masuk ja restoran, makanan semuanya dah terhidang.


Makanan bole tahan sedap. Oh ye kepada anda yang ke Medan jangan lupa try test cuba minum ais pokat (jus avocado)! Sedap! Rasa sikit2 macam mangga pun ada. Pekat. macam takda air. 


u olls shud try this ais pokat! org di medan tak panggil jus avocado. depa panggil ais pokat. sedap! :)

selesai makan kami bertolak ke Istana Maimoon warisan Kesultanan Deli yang terletak di ibukota Medan. Istana ini didominasi oleh warna kuning iaitu warna khas melayu. Ada pelbagai foto keluarga, perabot dan senjata tua di dalam istana.


Nantikan updet seterusnya di next entri mengenai Istana Maimoon. Serta jualan tang tang ting ting tung tung *apakebenda neh?*. Tunggguuuuu yeee :)


da da da da jumpa di next entry trip ke Medan Day 1 - Part 2 ~


Thursday, May 10, 2012

Umrah

salam u olls~ :)

ok kita stop sat ceritera ai ke Medan!

kemarin 9/5/12 - kul 12tghari kami sekeluarga hantar mak dgn ayah ke airport Langkawi. mak ayah saya pergi menunaikan umrah bersama rombongan Tabung Haji Travel Tours bermula 10/5/12 - 22/5/12.



at airport Langkawi
- sila klik pic utk lebih jelas lagi -


adik adik lelaki saya, tok, tok sedara & kazen yang tinggal di KL hantar mereka sampai ke KLIA jam 3pagi tadi. Saya tak ikut sebab di rumah takde sapa jaga kucing-kucing. Lagipun adik perempuan saya bersekolah. Lagipun saya tak bole la nanti drama airmata. Hantaq kat epot Langkawi pun dah berdrama Hanum ni. haihs apa laaaa! heuheuheu. ai bukan apa bila dah lama duduk dgn mak ayah ni so bila depa nak p almost 2 minggu ni terasa lamanyaaaa...


mereka daftar jam 8 pagi tadi di KLIA. saja adik-adik saya hantar awal pukul 3am ke KLIA sebab mak dgn ayah saya tak nak rushing kalut kalut. jam 11.45pg tadi mak ayah saya dah bertolak ke Jeddah. semoga mereka selamat pergi dan selamat pulang ke Langkawi, Kedah, Malaysia :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...