Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, May 10, 2012

Umrah

salam u olls~ :)

ok kita stop sat ceritera ai ke Medan!

kemarin 9/5/12 - kul 12tghari kami sekeluarga hantar mak dgn ayah ke airport Langkawi. mak ayah saya pergi menunaikan umrah bersama rombongan Tabung Haji Travel Tours bermula 10/5/12 - 22/5/12.



at airport Langkawi
- sila klik pic utk lebih jelas lagi -


adik adik lelaki saya, tok, tok sedara & kazen yang tinggal di KL hantar mereka sampai ke KLIA jam 3pagi tadi. Saya tak ikut sebab di rumah takde sapa jaga kucing-kucing. Lagipun adik perempuan saya bersekolah. Lagipun saya tak bole la nanti drama airmata. Hantaq kat epot Langkawi pun dah berdrama Hanum ni. haihs apa laaaa! heuheuheu. ai bukan apa bila dah lama duduk dgn mak ayah ni so bila depa nak p almost 2 minggu ni terasa lamanyaaaa...


mereka daftar jam 8 pagi tadi di KLIA. saja adik-adik saya hantar awal pukul 3am ke KLIA sebab mak dgn ayah saya tak nak rushing kalut kalut. jam 11.45pg tadi mak ayah saya dah bertolak ke Jeddah. semoga mereka selamat pergi dan selamat pulang ke Langkawi, Kedah, Malaysia :)


Wednesday, April 4, 2012

040412 - Muhammad Dayyan Mifzal bin Mohammad Dzahir

Salam hai halluuuuu...


2.30pagi kemarin cousin ai mak bb a.k.a Puan Norhammimi Hamid sah selamat melahirkan putera sulung di Putra Medical Centre (PMC) Kedah. 6.16am tadi mak bb bbm ai 1st pic Yayan..


Tadaaaaaaa fresh from the womb!


alololo dok teriak.. ikut muka ibu dia :)


3.5kg. beratnyaa ini budak yayan.


dah balik kampung tok abah & maktok di Utan Aji.



congrats mimie & ed! ^^

Tuesday, February 28, 2012

Welcome to the world...


salam semuaaa ! :)

pagi tadi kul 10.50am my lovely kazen mawar dah selamat melahirkan her 1st baby! Congrats darling!


Malam tu dah dapat brita dia start sakit nak bersalin tapi still ok lagi. Esok tu 28 feb 2012 online ja cinta muka buku terus nampak status dari kazenku kak Melati Hani merangkap kakak kepada Mawar.


Huwaaaaa dah bersalin..! baby boy pulak tuuu. yang lagi syiok sama birthday dengan atoknyaaa..seb baik bukan lahir on 29/2/12. Kalau tak 4 tahun sekali la sambut birthday..hihi. Terus msg mawar minta dia send gambar baby. aku sgt excited kott. haha


Jeng jeng jeng kenalkan anak menakan cheq yang baru ! Muhammad As-Siddiq bin Anuar. 3.1kg. hoho besaq gak baby rupanya sebab mommy dia kecik je... nak tengok mama dgn abah As-Siddiq klik ini : entry wedding mawar&anuar



comeellnyaaa! welcome As-Siddiq! :) semoga jadi anak yang soleh. congrats mawar & anuar ! :)

Monday, August 9, 2010

Budak-budak takda gheja

Sementara tunggu paksu ngan ayu mai amik kami nak keluar p makan 4 orang budak ni yang tak tau nak buat apa masing-masing duduk depan lappy tayang muka sambil nak sengih tak berapa nak sengih malu dengan kamera agaknya..heh! Dan inilah hasilnya . . . .




testing testing 1 2 3


2 org yg bertudung hitam yang pulun lebih nak masuk muka


tengoklah gigi firdaus yang rongak ;p


bila semua nak ketawa kuat nilah hasilnya. -GAGAL- haih sapalah yang bergegar tu~


ummi mencuba membesarkan matanya hehe



ok da da da selamat malam dunia :)



motip entri? ;p


Monday, February 22, 2010

ke mana menghilang minggu ni?

baru sampai umah buka laptop laju-laju, taip entri lajuu-lajuuu cepat-cepat sebab mata sangat mengantuk, badan sangat letih kepala sudah pening mahu tido lagipun esok keja..tapi nak updet gak belog...hee~ :D


----kl-port dickson-melaka-johor-melaka-port dickson-kl-putrajaya----


itulah aktiviti budak hanum minggu ini....perjalanan yang tak dirancang..pergi ke johor sehelai sepinggang..ingatkan nak balik hari tapi tak sempat pulak..


ohh mcm mana bole pergi johor? hehe asalnya tumpang kazen nak p puduraya ja nak beli tiket bus utk balik minggu depan..last2 kazen ajak p johor sekali teman ipar dia pegi berubat...lagipun dia cakap nak balik hari..ikut saja lah...sampai saja johor last2 ustaz tu ada hal so kena pergi berubat keesokan hari...jadi terpaksalah tdo d johor...


walaupun aktiviti yang tak di rancang, tapi mmg best superb marvellous gila la minggu ni sbb p jalan2 byk tempat jugak.. tapi sayangnya xleh nak snap gambaq almaklumlah cheq xdak kamera, nset pon yang biasa2 ja..huu~ so mr.superman apa lagi..paham2 la naa! muahahahaha ;p



--> THANX sangat2 kepada kawan2 belog yang rajin berkunjung up trafik o klik2 nuff... esok saya melawat belog kawan2 pulak naa..malam ni sudah penat mahu zzzzzzzz~


selamat malam eh selamat pagi semua :)


Wednesday, February 10, 2010

siapa punya nih???


Raya Haji tahun lepas..tahun 2009 masa aku balik rumah aku terkezut yang amat tgk ada 5 objek kat belakang rumah aku..Untuk pengetahuan semua aku sangat fobia+alergi dengan objek ini. Sebab aku fobia? ok nnt aku story ye. sebab aku alergi adalah sbb aku rasa geli...haha alergi kah itu? :p Geli nak pegang badannya yang macam lembik-lembik tu..serius aku geli. Takat nak urut2 je tu bole la..Tu pun takut2...heh~!



1st time nampak kat blakang umah trus aku jerit..

"sapa punya ni?",
"kenapa ada benda ni kat umah kita??",
"xmau!xmau!"



dgr mmg kejam kan? tapi serius aku bukan tak suka sampai nak kecikkan hati depa. no no tak tak bukan. tapi mmg aku tak suka lah... dah la dgn bau2 yg sgt lah kadang2 'harum' tu kan? nak tau apa yang aku maksudkan?? sila scroll ke bwh ye..


**


**


**


**


**


**


**


**


**




inilah yg aku maksudkan.sekali 5 ekor ko! ha ambik! serius aku bising2..pastu mak aku cakap

"biaqla, comel apa depa"
"kesian nak buang, kecik2 lagi"


then aku hanya jawab "ok"
dah jawab ok tu bleh plak aku dok tgk gelagat2 depa ngan ibu depa. serius aku admit mmg comel gila! tapi aku tgk dari jauh ja la..nak p dekat jgn harap apatah lagi nak pegang..ok sila ketawa beramai2...miahahahaha~


adik dengan mak aku siap bagi nama lagi..black/si tam, garfield, comel dan tompok.
masing2 ada gelagat masing2..ni mak aku yg cita kat aku~

  • black - sangat suka mengalah..terutama time makan.
  • garfield- sgt garang. suka nak konker makanan sorang2 dia padahal selalu mak aku dah bahagi2 kan dah. lg 1 kalo dia jmp katak, dia suka main2 dgn katak smbil tampar2 bontot katak..sila bayangkan..ehehee :p
  • comel- sgt bijak&suka panjat2..kalo time lapar, dia cam jadi wakil adik-bradik yg lain menyelit masuk ikut tingkap sbb dia ja yang pandai menyelit(macam mana dia menyelit pon xtau la) then muncul kat ruang tamu sambil "meow,meow" ohh comellllnya~ :p
  • tompok - tompok ni pendiam+pemalu. :)

hallloooo halloooo comeynya..~ ini si comel & si tompok~



tapi masa aku balik cuti hari wilayah aritu, ibu depa dah xdak..hilang p mana pon xtau la..kesian tggal depa 4 bradik sj.. masing2 pon dah besar sket..tapi maapla aku xsnap plak gambaq2 depa dah besar..hukhuk~



ok.aku mengaku, aku dah bole terima. nasib baik korang comey yg amat tau!haha. tpi kalo nak suh aku pegang tu mmg tak la ye.sori.aku geli+takot kot..haha. dah bole trima kehadiran depa kat umah pon dah ok kan.. :) tapi kadang2 aku bising juga kalo ada terbau busuk2 kalo depa poo, dari blakang umah. sbb dulu aku sangat suka bising bila bau busuk tu datang dari umah jiran yang sekarang ni dah pindah..




@--> Ohhh lupa plak..meh aku cite sbb aku fobia ngan kucing.. masa aku kecik2 dulu aku ada sejarah yang tak best dengan kucing ni...nak tau apa? macam segan plak nak cerita..tapi xpa cerita jugak lah.. dah janji kan..haha.. ok masa kecik2 dlu kat umah ada meja makan yang kna duduk bersila..aku kalo time makan mmg tak kan bersila la..aku suka lunjurkan kaki..tiba2..ngap!! waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... arghhhh!sakitnya! nak tau apa? objek tu geget aku!ciiisskek btol..dah la kaler itam pekat..jiran aku punya..serius aku teriak gila2 nak mampos punya..huhu~


oh korang gelak kan aku kuat2 eh...babap kang~ :p

end~

Wednesday, February 3, 2010

Akhirnya sudah berpunya~


AMARAN: ini entry bergambar~




taaraaaaa~ ini aku!


oh bukan2 bukan aku yg sudah berpunya tapi abg kazenku yang sudah berpunya skrg...heee~ :D


300110-berlangsungnya majlis perkahwinan my kazen, hasnizar wif pilihan hatinya surihayani.. if anda2 semua nak tahu mereka berdua adalah pasangan duda & janda..so majlis pun secara kecil-kecilan & besederhana saja :)


mari kita biarkan gambar sahaja yg bercerita ok :)



abg jat & kak suri~



wif kak suri's daughter-si nonis yg banyak mulut banyak cakap sungguh comel :)



aku si gelap & kazenku si cerah~ :D



kazenku & en.tunang dia yg gila nak bergambar dgn katil pengantin..tak saba2 la tu..haha :P



ok itu saja. malas mau upload gmbar2 lain lg..padahal gambar sikit saja pon sbnarnya..ngee~


Sunday, January 24, 2010

~hannan haikal~

Selamat Hari Jadi~!! hari ini 24/01/2010 genaplah umonya menjadi 19 tahun. uishh mcm tak percaya ja dia dah 19 tahun. rasa mcm kecik ja lagi. dlu masa dia sekolah menengah aku ingat dia sekolah rendah lagi.hik3..

siapa yang aku maksudkan?
taraaaa~



oh no no no.tidak tidak.ini bukan boifren aku. ini adalah adik lelaki ku.

uppsss apa?nak berkenalan? haha.ohh ini adik saya, namanya mohammad hannan haikal b. abdul halim mcm nak wat karangan pulak..ngee~ skrg sudah genap 19 tahun. tapi kalau p jalan2 mana2 pun org akan ckp aku adik dia..muahahahaha.. biasalah kakak dia kan awet muda..wakaka.

haikal a.k.a mek alang ni (aku suka panggil dia mek alang) sangat pandai dalam bab2 bertukang,benda2 kreatif, seni. aku ingat lagi masa aku 1st year kat ums dlu, mak aku ada pos barang. dalam tu ada hadiah dari alang sempena besday aku, dia ukir sabun jadi nama aku "hanum". ohh aku sangat suka+terharu masa tu. aku nak letak kat blog ni tapi sabun ukiran nama aku tu ada kat umah pulak. tapi yang sedihnya sabun tu dah patah 2..huuu~sedihnya T_T

kalau bab-bab nak mengemas umah time2 raya la slalunya, mulut aku mesti punya wajib akan sebut "mek alang, jom tolong angkat ni", mek alang, nnt tolong buang ni", "mek alang tolong vacuum tangga", mek alang itu,mek alang ini la kesimpulannya.. kui3~

mek alang pulak suka cakap dekat aku "along, belanja", "along, topap", "along, ada duit tak?", pastu sejak2 dah masuk kolej ni dia suka cakap "along, nnt tgk la alang jadi bos along..hahaha".. cehh ada hati :p

kecik2 dlu sangatla buaih(nakal). aku ingat lagi masa dia kecik dlu ada katak mati kat jalan kwsn umah kami, slamber badak dia ja p amik katak tu dok usik2 org..haha.. penah anak ular sawa masuk umah time kami kecik2 dlu, ayah aku tak bunuh. letak dalam bekas besar, tutup dengan penutup yang di tindih dengan bata. masa tu haikal ni kecik lagi. dia p tanya kat ayah aku "apa ni ayah?", ayah aku yang dah tau perangai dia ni, mula la risau gak siap pesan "jangan angkat bata ni tau. jangan main ni. ini ular" pendek kata segala jenis haiwan binatang la mau kalau boleh dia nak pegang sentuh.. haihhss


hmm..apa lagi r? ohh cukuplah sampai sini saja aku membebel pasal adik aku ni. kalau aku tak stop membebel entri ni panjang berjela pula kang.hahaha.


abaikan gambar kesengalan aku dgn adik aku masa tgh dok tggu pizza tak sampai-sampai


haikal, selamat hari jadi.selamat hari umoq makin bertambah. belajar rajin2. jangan malas-malas. bawa motor jangan laju-laju. cuti2 panjang jangan lupa balik umah. ada duit lebih sedekah sket kat along..ehhh?? bukan along ka dok bagi duit kat alang?haha



p/s: haikal, nak kna bg hadiah jugak kah? tak payah la noo..muahahaha

Thursday, January 14, 2010

peminat lagu mila-jika kau ubah fikiran.

ok sebelum aku tdo mari kita berkenalan dengan budak ini peminat setia lagu mila-jika kau ubah fikiran. budak ini namanya qaseh nur darissa binti shahrul shah. 9 bulan. anak kazenku a.k.a anak sedara aku la kan.. sangat banyak kerenah. malam-malam tak suka dekat orang, nak mama dia saja. tapi kalau nampak org lain siap-siap pakai cantik-cantik sibuk pulak dia nak org tu..nak ikut la tu..hoho tak mau bawa la..ngeee~ :p

ok kenapa aku kata peminat setia lagu mila-jika kau ubah fikiran?

pertama, time tengah2 teriak(ni bahasa utara iaitu menangis) kalau muncul lagu jika kau ubah fikiran trus diam. mata tak berkelip-kelip tgk videoklip lagu jika kau ubah fikiran kat astro.


comel kan budak yang semakin bijak & nakal ni? mcm mak sedara dia iaitu aku...ngeeeee~ :p

bila tengah best sedap2 suap dia makan, muncul ja lagu jika kau ubah fikiran trus ..no..no..no..bukan benti makan, terus makan juga tapi mata tgk tv sambil mulut nganga2 tunggu makanan. bole bayang tak maksud aku? bole kan?bole kan? alaa bole kan? hahaha sgt comel ok!

muncul ja lagu mila-jika kau ubah fikiran kalau dia tgh berdiri time ni mula la gedik-gedik goyang kepala kaki nak menari sama. nasib baik tak pandai cakap lagi. kalau tak mmg bingit sakit telinga la nak dgr dia menyanyi. hahaha.

bila muncul ja lagu mila-jika kau ubah fikiran kat tv kalau kita lindung dia, halang dia dari tgk ha mula la kepala dia pusing sana pusing sini, duduk tak diam. kalau kita trus jugak halang dia, nnt dia akan tgk muka kita pastu wat muka sebek sedih dia tu..alololololo mohon simpati la tu. hahaha padan muka. weeekkk~:p


ok sekian saja laporan update belog dgn cerita peminat lagu jika kau ubah fikiran nyanyian mila.



ha ni gambar masa qaseh baru brp bulan ntah. tak ingat. saja letak utk tatapan semua nak tunjuk betapa belonnya qaseh masa kecik-kecik dulu..haha mcm la skrg tak belon dah, tapi tak sebelon masa kecik-kecik dlu....alaaaa rindunya kat qaseh~ :(





p/s: ohh mataku sudah mengatuk. hari ini mahu tido awal. gud nite semua...zzzz~

Friday, December 18, 2009

hepi besday mak.Salam Maal Hijrah 1431

she was born on 18.december.1957..

selamat hari jadi yg ke-52 tahun mak~! :)

dlu slalu buat kad besday sendiri.tulis2 ayat2 jiwang menyentuh hati perasaan.nak buat lagi mcm tu.tp sgt bz dan xsempat.xsempat nak create kad sniri.hepi besday mak.sayang mak.sayang sangat2.sori xbalik umah mggu ni walaupun cuti sbb pulus kureng nak balik.hehehe.lgpun mak nk mai kl kan minggu depan??jd x jd x?jd laaaaa...huu~


*******************

Salam Maal Hijrah 1431~

salam Maal Hijrah buat semua muslimin & muslimat.

teringat zaman ms skolah dlu.mesti ada perarakan.ceramah agama.pertandingan nasyid.rinnduuuuunya~!

hmm..tahun baru.apa azam baru?azam lama sudah tercapai kah?ke nak mencari seorang lelaki yg bernama azam?upppsssss..ngeh3~


update(20.12.09)! ok dh jmpa azam~! uppss bkn azam keazaman tahun baru but azzam dari idola kecil 2.adoii smart btoi la azam.comey ada gaya.ish awatla baru 12tahun?haihhss...

Thursday, December 3, 2009

hepi Anniversary mak & ayah :)


Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan yg ke 25thn to my beloved mak & ayah :)
~03December1984~


p.s: gmbar d atas d ambil d UMS,Kota Kinabalu, Sabah semasa majlis konvo aku 240808~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...