Friday, May 11, 2012

Jalan-jalan ke Medan Day 1 - Part 1

salam hai hai uolls~

mari sambung ceritera percutian ke Medan, Indonesia!

setibanya kami di Polonia International Airport Medan, kami di sambut oleh staff Lovely Holidays. oh ya lupa pulak nak habaq sepanjang perjalanan, penginapan kami di Medan telah diuruskan oleh Lovely Holidays (seperti yang diberitahu oleh ketua group).

Disebabkan sampai saja di airport ai dengan Jama terus ke kamar kecil (tandas), jadi kami berdua agak lambat menaiki bus. Akibatnya kami berdua dapat tempat duduk dibelakang sekali. Tapi tak jadi masalah sbb kami berdua je di tempat duduk belakang. So bole lejang-lejangkan kaki..heee =D


bus yang sangat comfortable! oh itu adalah tour guide kami yang sangat peramah suka bercerita En. Sehala (one way) hihi. Selain kami 20 orang rombongan di dalam bus, ada En Sehala tour guide, abg driver bus yang tak ingat nama, adik yang tugasnya buka tutup pintu. Jadi total adalah 23org sahaja.


ha ini adalah bus kami. Kalau di Malaysia kita panggil bas persiaran tapi dekat sana adalah Bus Pariwisata. Sebutan bas adalah b-u-s (bus) ye. itu adalah mr.Driver. Yang seorang lagi berkemeja merah yg tak nampak muka itu adalah adik buka tutup pintu bus. Sangat cepat service dia. Asal berenti sampai ke destinasi sepantas kilat pintu bas dah dibuka. ingat ai ja yang sedar rupanya semua org sedar cepat ja pintu dibuka :)

Semasa kami sampai di Medan pukul 12tghari masing-masing tengah kelaparan. Iyolah lunch time kan.. heehe :D. Jadi kami terus di bawa ke Restoran Minang. Masuk ja restoran, makanan semuanya dah terhidang.


Makanan bole tahan sedap. Oh ye kepada anda yang ke Medan jangan lupa try test cuba minum ais pokat (jus avocado)! Sedap! Rasa sikit2 macam mangga pun ada. Pekat. macam takda air. 


u olls shud try this ais pokat! org di medan tak panggil jus avocado. depa panggil ais pokat. sedap! :)

selesai makan kami bertolak ke Istana Maimoon warisan Kesultanan Deli yang terletak di ibukota Medan. Istana ini didominasi oleh warna kuning iaitu warna khas melayu. Ada pelbagai foto keluarga, perabot dan senjata tua di dalam istana.


Nantikan updet seterusnya di next entri mengenai Istana Maimoon. Serta jualan tang tang ting ting tung tung *apakebenda neh?*. Tunggguuuuu yeee :)


da da da da jumpa di next entry trip ke Medan Day 1 - Part 2 ~


6 comments:

Pinat said...

haaa.. ai baru dapat bace trip medan u cik hanum! hehehe..

encik sehala @ one way? hahahaha.. tersengih aku baca :p

Anonymous said...

salam


Saya nak tanya..awak ada tak simpan lagi contact no Lovely holidays tu?Maaf ya bertanya..Saya search dr google dan terbace blog awak pasal trip ke medan. Hope awak tak kisah.
email audraliza3186@yahoo.com..tq

Anonymous said...

Salam, sy pun nk tnya pasal lovely holidays. ok tak servisenyer..

Anonymous said...

hi,sy pun nak tahu details tentang lovely holidays,boleh?

nicky said...

butuh sewa mobil di medan?
klik http://www.medanstarrentacar.com/

radleyvahle said...

Mango Casino & Hotel - Mapyro
상주 출장샵 mango-casino-and-hotel- › mango-casino-and-hotel- 3131 Las Vegas Blvd 논산 출장샵 S, Las Vegas, NV 89109. The 문경 출장안마 Strip. 보령 출장마사지 Directions · (702) 770-7711. Call Now · More Info. Hours, 의왕 출장안마 Accepts Credit Cards,  Rating: 3.7 13 reviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...