Showing posts with label frenz. Show all posts
Showing posts with label frenz. Show all posts

Tuesday, June 22, 2010

Tag from AinDeLuvlyAngel :)

theeeheee gua sangat bosah ah arini. nak buat kerja pong malassss. jomm kita jawab tag!


aceli tag ni dah lama gila. serius dah lama. serius ok. ok serius dah lama. eh bapa banyak serius daa..panggg~! rasanya kena tag bulan 3 aritu kot. tapi dah janji dengan cik ainDeLuvlyAngel yang gua akan jawab jugak so kena jawab la jugakkk kan..janji mesti di tepati...cewahhh panggggg lagikk~


*******************************************


tag: soalan detektif era... betul@salah..??


1) siapakah diri anda di rumah?

saya along di rumah. kakak kpd 3 org adik-adik yang sengal. hiuhiuhiu~

2) siapakah diri anda di samping rakan?

kadang-kadang saya bole jadi seorang yang terlalu banyak bercakap sampai tak bleh benti dgn orang yang dah lama knal or yang baru knal kalau rasa ada kimia..chemistry orang kata. tapi kadang-kadang bole jadi seorang yang sangat sangat sangat lah pendiam tak kisah la dengan org yang dah lama kenal apatah lagi dgn yang baru knal.


3) 5 benda yg anda idamkan tp masih belum tercapai

* rumah
* kereta
* DSLR
* melawat Korea, Europe
* pegi konsert korean boy band..ngeee~ :D


4) siapakah nama pasangan anda

err... donghae! ngeh3~


5) ceritakan 5 perkara yg paling anda suka tentang pasangan anda

* cute!
* super duper cute! ;p
* his smile
*his style
* his dance


6) bila tarikh anda couple

ermm...


7) apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda

indah indah je semuanya..tiada pahit mahit.. lalala~


8) lagu tema cinta anda

loving u~ by dbsk


9)apa perubahan yg ingin anda lihat dari pasangan anda

......


10) tag 10 rakan yg lain

siapa-siapa yang rasa nak jawab silakan ye..heee :D



hikhikhik aceli kan cik ainDeLuvlyAngel, saya teda special bf.. bila tgk soalan 4 - 9 tu tadi ingat dah tak mo jawab dah tag ni. tapi takpa den jawab jugakkk..donghae tu pom bf saya jugak. knal tak donghae? kalau tak kenal tekan sini occay! :D


Monday, June 14, 2010

Memanfaatkan hari minggu




aktiviti wiken saya: no no no bukan pergi pantai bukan pergi sungai gabai again or berehat-berehat bersama angin sepoi sepoi bahasa. gambar kat atas tu saja propa ja lebih..ngeeee :D



******************************************



Aktiviti wiken baru-baru ni adalahhhh......jeng jeng jeng


Sabtu : menonton menonton menonton menonton korean drama Cinderella's Stepsister.


Mula-mula bila tengok episod 4 and 5 beberapa mggu yang lepas-lepas-lepas kat KBS Astro kureng berminat sebab macam slow lembab yang amat kan. Mengantok ja. Tapi disebabkan memang dah donlod ada dalam toshi tersayang so tengok juga. Masa ep 1 biasa2 lagi belum tertarik. Bila masuk ep 2, 3 mula tertarik sebab Chun Jung Myung yang sebagai Hong Ki Hoon sangat la comey sweet bila dia senyum. kehkehkeh..


Oh tidak tidak itu pengaruh sampingan saja. Tertarik sebab dah mula rasa cerita ni best. Lepas tu terus tertarik tertarik nak tahu apa jadi. Punyala marathon. Dalam sehari dah tengok sampai episod 11. Sedih. Sebak. wuwuwuw.. Suka sangat tengok lakonan Moon Geun Young sebagai Eun Jo. Ekspresi muka dia. Takda perasaan, dingin. Tapi sangat tak suka tengok muka Seo Woo yang pegang watak as Goo Hyo Sun. Gila fake muka dia. Banyak mana dia buat pembedahan pun tak tau la. Bila senyum tu dah serupa apa lagi.



******************************************



Ahad: menonton menonton menonton movies with my lovely housemate/opismate cik ainPeanut at Alamanda, Putrajaya~ :D


Kami tengok ni


ohhh sungguh cair bila tengok prince Dastan senyum..kihkihkih. Prince of Persia best. Sungguh. Silalah pergi tengok kalau belum tengok lagi ye. *Ke aku je yang lambat tengok neh..hihihi*


& kami tengok ini jugak~



Karate Kid pun best jugak~ Kelakar. ^^



Jaden Smith sungguh cute comellll sangat sweet~ :))


Kesimpulannya wiken aku minggu ni asik menonton menonton menonton saja.. ngeee :D



p/s: alamak sudah Isnin: adoiiiyaiii malasnya nak p opis. Lepas ni kerja kerja kerja.. -_-

Monday, June 7, 2010

Selamat Pengantin Baru :)

05.06.2010 yang lepas, aku dan kawan-kawan p majlis kawen member sekolah kami. Member masa Mrsm Beseri Batch 18. Kami wat rombongan 3 bijik keta - ferrari, lamborghini, hummer. ha gila best kan keta kami. celuih tak celuih tu belakang kira. hokhok

Masa p kenduri kawen member ni jugak cam wat reunion kecik sbb dapat jumpa kawan-kawan yang dah bertahun-tahun tak jumpa. yelah ada yang last jumpa masa form 5 kot. sekarang masing-masing dah 24 tahun. so ada la dalam 6, 7 tahun tak jumpa. Lama tuuu.. eh malas pulak nak merapu menaip panjang-panjang. Jom kita tengok gambar dan biarkan gambar saja bercerita occay?!


*******************


Kesengalan kami sepanjang Majlis kenduri kawen Shuhada Abdullah a.k.a bab & Khomaini Ibrahim.



Kereta yang mengetuai rombongan. Bertolak ke rumah pengantin.
(berpuluh-puluh retake sbb nak bagi semua ahli2 keta nampak muka..hik3)


Keta dibelakang kami.


Keta dibelakang belakang kami


Dah sampai umah pengantin! :D


Sepanjang perjalanan dari kereta nak ke rumah pengantin kami gilak aktif hiperbola bergambar. Pantang ada yang tunjuk kamera. haha. Macam-macam kejadian lucu yang jadi. Ada yang hampir nak kna langgar motor(almaklumlah jalan sempit), ada yang nak terjatuh dalam sawah(excited nak bergambar), ada yang gagah nak masuk dalam gambar juga..haihss macam2 la kerenah kami semua sepanjang dok jalan kaki nak ke rumah bab.


Acara makan-makan. Jumpa kawan-kawan lama. Sungguh pulun excited! ngeh3


Time makan-makan pun sesi bergambar wajib.


Semasa kami tengah makan pengantin dijemur di tengah panas. Acara silat sedang berlangsung.


Dah habis makan dah habis sesi bersilat kita serbu pengantin! Apalagi bergambar time! heee :D




Dah macam sesi bersoal jawab dengan wartawan.


Kami yang tak mau bergerak dari pelamin sebab still ada kamera kamera yang mengambil gambar..kihkihkih


Dah bangun dari pelamin dah cakap "ok ok cukup" tapi terus posing bergambar bila ada yang pegang kamera balik menghala ke arah kami..mana bleh lepaskan peluang beb! lalala~


Tiba-tiba masa dok bergambar nampak kek pengantin.


Terus p ke kek nak bergambar. Bila kameraman dah di depan mata memang bergambar tak hengat orang sekeliling.


Anak-anak dara yang masih HOTT..miahaha


Ok tak cukup dalam rumah sampai ke luar pun kami bergambar. Pengantin lelaki entah hilang kemana dah time ni. Bagi peluang wife dia bergambar dengan sahabat-sahabat yang memang pantang nampak kamera..kuikuikui



Tengok la gelagat masing-masing. Tak kira kamera di bawah, kamera di angkat mesti nak bergambar. kihkihkih



Dah penat bergambar sana sini..sampai cik datin farah terpaksa cakap banyak-banyak kali "dah dah jom kawan-kawan mak aku kol dah ni" (dia kna balik awal sebab ada hal family) so kami pun berangkat la balik.


Sepanjang dok jalan kaki dari umah bab nak ke keta pun sesi bergambar tetap ada. ngeh3..


Dah macam suasana rombongan budak-budak p beraya 1 kampung pulak..hikhik






Mereka-mereka berempat yang di depan sedang tersengih tersenyum dengan penuh palsu sebab keta panas gilak kot time tu..demi bergambaq punya pasal sanggup tahan panas. Time ni dialog depa "wei cepat anas cepat panas ni tangan kami..jenuh dok tahan panas keta ni"


Dah nak balik~


Time ni lampu merah pun sempat lagi snap pix. heuheuheu



*****************************************



Tahniah Bab dan incik pasangan bab~! :D

Semoga kekal bahagia selamanya hingga ke syurga :)


***********************


Lepas balik dari umah bab, kami terus ke umah betong pulak. Ni geng budak laki punya plan. So kami layankan aje..ikut je sebab dah naik keta ngan mereka-mereka kan..lagipun 1 skolah jugak. Cuma tak kenal sangat..hehe









Tahniah Betong dan pasangan~! :D

Semoga kekal bahagia selamanya hingga ke syurga :)



p/s: gambar-gambar credit kpd Anas, Aishah, Yat, Adiez, Juhanis :)

Sunday, May 23, 2010

Bergalok dari malam sampai ke pagi tak hengat dunia bersama kawan-kawan yang sengal.

halluuuuu semua :)

gilak tajuk panjang nak mampos. ngeh3~

Jumaat & Sabtu (21.05&22.05) baru-baru ni aku bergalok bersama kawan-kawan sekolah menengah dulu. Bergalok bersama sarah, aishah, ili, & farah.


Jumaat malam, aku, sarah, aishah & ili makan-makan at malinja. After makan-makan at malinja, kami gerak ke tempat lepak lain sbb malinja was so crowded with macam-macam orang. As usual kan. So Ili decide nak bawa jalan-jalan p Bukit Langat. Ok lah tu sebab aku pun tak penah p bukit Langat malam-malam. Tengok Kuala Lumpur. Kat Bukit Langat kami lepak-lepak at Hevan. Borak-borak, makan minum, amik gambaq, gossips. kihkihkih..




Then farah called sarah, dia ada kat murni. So kami bergerak pulak p murni. Kami sampai murni around 3 am, minum-minum sambil berbual lagi dengan farah & her frens.





Then farah ajak p umah dia sebab nak tunjuk econ. Gilo semata-mata nak tunjuk econ occay?! Ceit poodah! hahaha tapi kami p jugak sebab tak mau menghampakan cik farah dengan harapan nak p tengok econ jaa..Tapiiiii..


Dah sampai kat umah a.k.a hostel dia, kami sambung borak-borak lagi sampai ke pagi. Punya la bergossipsssss..miahahahha. Pas subuh baru tidoq sebab farah tak bagi kami tdoq teman dia sebab kul 9 pagi dia ada meeting. So dia cakap "ni kalau hampa tdoq jawabnya aku pun tdoq jugak nanti terlepas meeting." hoho hampeh btoi. Tapi tak kira kami tdoq jugak. Then jawabnya kul 11 pagi baru bangun bertolak balik ke umah ili d Taman melawati.


Punya dasat sampai terlepas plan nak p breakfast kat Damansara..huhu -_-


But..It was a superb wiken with u guys!! Seriously!



p/s: hari ini hari ahad. hanya lepak-lepak di rumah sambil membuat kerja. i hate to do office work on sunday!!

p/s: aceli post ni dah lama tapi terlupa nak publish.

Wednesday, May 19, 2010

Picnic.Berkelah.

halluuuuuu semua~ :)


lamanya cik hanum tak update blog kan..heee bukan apa malas nak update plus segala macam aktiviti or cerita yang nak di update tu ketiadaan gambar dalam simpanan penulis. so terus jadi tak dak mood nak update..hahaha alasan! cehhh poodah! theeheee~


ok sekarang mau update aktiviti cik hanum owner belog pada minggu lepas. minggu lepas hari sabtu 15/5/2010 aku serta rakan-rakan merancang untuk pergi berkelah atau dalam bahasa omputihnya picnic! *eh eh awat ayat skema semacam ja ni?* muahahaha


kenapa kami p picnic? ohh saja suka-suka menghiburkan hati yang rasanya dah lama tak jumpa sungai tak p berkelah. theeeheeee :D


perjalanan bermula seawal jam 7.30pagi dengan 4 buah keta berkonvoi ke ulu langat. setibanya di separuh perjalanan muncul pula sebijik peugeot menyertai rombongan kami. *eh eh macam laporan berita pulak* vrooooommmm...vrooommm...vrommmmm perjalanan di teruskan.. akhirnya tibalah kami di tempat yang di tuju~!!


taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

ini tempat kami berkelah.. sungai gabai waterfall~! :)


di sebabkan nak duduk kat tempat atas sebab tak mau mandi air kencing orang(haha konon alasan) jadi kna mendaki tangga yang gila banyak nak mampus. longlai abes kaki~ -_-


sampai saja kat atas mencari port untuk meletak barang-barang. bila dah jumpa kemudian apa lagi get ready untuk membakar! hehe

abg madi berusaha menghidupkan api.. azwan a.k.a butet saja yang menunjukkan wajah.

yeay! api berjaya di hidupkan! :) - nampak tak api? heee~



ok kita biarkan saja mereka-mereka si lelaki memasak membakar segala macam makanan yang ada. kasi can la sama lelaki-lelaki itu memasak. kat umah bukan rajin pom..hakhak..
manakala, si gadis-gadis pula menuju ke sungai untuk mandi..yeahaaa~!


ohh air ini sangat sejuk woooo!

seronoknya bergalok di dalam air :D



bila sejuk gedik-gedik tahap petala kelapan di dalam air, perut pun berdondang sayang minta di isi.


taraaa... makanan kami~! :D (aceli suku pun tak sampai. makanan kami sgt banyak! hoho)







habis makan, masuk berendam dalam air balik. lapar. naik makan. habis makan. rendam semula. lapar. makan. itu je la aktiviti kami sampai petang.. heee :D


ok.dah puas mandi *aceli xpuas lagi mandi, tapi tak kan nak berendam sampai malam kot?huhu* kemudian kemas-kemas barang dengan berat hati. ya, kami sudah mahu pulang! bye bye sg.gabai~


yippiiiii! yeay! *err abg madi awat tak lompat?*




p/s: thanx paroh, thanx rozy sebab ajak cheq p bergalok berpicnic bersama. wiken yang sgt superb best! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...