Showing posts with label umahmate. Show all posts
Showing posts with label umahmate. Show all posts

Monday, June 14, 2010

Memanfaatkan hari minggu




aktiviti wiken saya: no no no bukan pergi pantai bukan pergi sungai gabai again or berehat-berehat bersama angin sepoi sepoi bahasa. gambar kat atas tu saja propa ja lebih..ngeeee :D



******************************************



Aktiviti wiken baru-baru ni adalahhhh......jeng jeng jeng


Sabtu : menonton menonton menonton menonton korean drama Cinderella's Stepsister.


Mula-mula bila tengok episod 4 and 5 beberapa mggu yang lepas-lepas-lepas kat KBS Astro kureng berminat sebab macam slow lembab yang amat kan. Mengantok ja. Tapi disebabkan memang dah donlod ada dalam toshi tersayang so tengok juga. Masa ep 1 biasa2 lagi belum tertarik. Bila masuk ep 2, 3 mula tertarik sebab Chun Jung Myung yang sebagai Hong Ki Hoon sangat la comey sweet bila dia senyum. kehkehkeh..


Oh tidak tidak itu pengaruh sampingan saja. Tertarik sebab dah mula rasa cerita ni best. Lepas tu terus tertarik tertarik nak tahu apa jadi. Punyala marathon. Dalam sehari dah tengok sampai episod 11. Sedih. Sebak. wuwuwuw.. Suka sangat tengok lakonan Moon Geun Young sebagai Eun Jo. Ekspresi muka dia. Takda perasaan, dingin. Tapi sangat tak suka tengok muka Seo Woo yang pegang watak as Goo Hyo Sun. Gila fake muka dia. Banyak mana dia buat pembedahan pun tak tau la. Bila senyum tu dah serupa apa lagi.



******************************************



Ahad: menonton menonton menonton movies with my lovely housemate/opismate cik ainPeanut at Alamanda, Putrajaya~ :D


Kami tengok ni


ohhh sungguh cair bila tengok prince Dastan senyum..kihkihkih. Prince of Persia best. Sungguh. Silalah pergi tengok kalau belum tengok lagi ye. *Ke aku je yang lambat tengok neh..hihihi*


& kami tengok ini jugak~



Karate Kid pun best jugak~ Kelakar. ^^



Jaden Smith sungguh cute comellll sangat sweet~ :))


Kesimpulannya wiken aku minggu ni asik menonton menonton menonton saja.. ngeee :D



p/s: alamak sudah Isnin: adoiiiyaiii malasnya nak p opis. Lepas ni kerja kerja kerja.. -_-

Saturday, February 6, 2010

hari sabtu hari minggu hari yang sudah lama tak ronggeng-ronggeng

hari ini hari sabtu. hari ini jalan2 ronggeng2 bersama housemate yg tercehanta. pagi2 lagi pukul 8 pg aku,ain,nisa sudah pergi pasar. beli ayam, ikan, sayur2, bahan2 dapur lah semuanya. Kemudian dah abes beli2, balik umah. Kemudian lebih kurang pukul 10.30 pagi kami pergi mid valley. fuyyooo sungguh ramai kereta wooo di atas jalan raya. adehhh semua nk trun kl la tu...


dipendekkan cerita setelah bersusah payah memerah keringat mencari parking cehh ;p aku ngan ain terus p beli tket wayang. nak tgk tooth fairy. seb bek masa tu org tak ramai lagi beratur. dapat la tgk tooth fairy kul 2 ptg. selepas itu, bla..bla..bla..bla..



@The Spaghetti Farm~


time nk tgk wayang pun tiba.. jalan2 cari pakwe..ehhh no no no bukan, jalan2 cari hall..pastu kan..pastu kan..ada hal yg belaku..malas nk cita la kat cni sbb xtau nk explain camna..hahahahhaha.. tapi tragedi tu mmg membuatkan aku ngn ain cuak & hampir2 xleh tgk tooth fairy!! ampoonn ain!hee:D seb bek dpt tgk gak atas pertolongan abg yg sememangnya tak hensem. TQ ya abg itu..ngeh3~ tapi bila ingat2 balik serius lawak dowh kejadian tuuu..heheheee


tak payah la aku cerita pasal cita ni rasanya. sbb mesti kwn2 semua dah tgk kan ?kan? oh belom? xpe bole minta pokcik gugel ja tolong ceritakan. kan? weeee~ yang pastinya cita ni best. lawak sbb aku gelak.ngahahaha.



dah habis tgk tooth fairy, p jmpa cik nisa kat gardens.. ohh lupa pulak, cik nisa tak tgk tooth fairy sbb dia dah tgk, lagipon cik nisa ada temujanji dgn hairstylist..wahhh gtu :p. jalan2 lagi ronda2 shopping2 window shopping...jalan2..jalan2..makan2..ronda2..masuk kedai itu kedai ini, masuk toilet..pegi gardens, masuk balik mid..bla..bla..bla..bla...eh dah sampai umah pon malamnya..hehe~ kang kalo aku cita detail sgt entri ni panjang nk mampos cicah lantai plak bak kata cik epal.. hehe ;)


ok dah sampai umah bersih2kan diri semuanya cepat2 sbb pukul 9 malam ja aku, ain & nisa ada temujanji dgn artis! hohoho jangan main2..artis ok! artis! nak tau tak sapa? dgn umie aida beb! eizlan yusuff pon ada.. apa? kat mana? alaaaa depan tv la..tgk cita masyitah kat tv3 tu..heee~ :p


  • kalau la aku d tempat masyitah lakonan umie aida tu aku xtahu la aku bole setabah itu atau tak.. dgn anak yang cacat, suami yg ntah apa2 abaikan anak bini, malu dgn keadaan anak dia yang cacat. mak mentua yang xsuka menantu & cucu. hipokrit pulak tu. cucu sendiri malu. tapi nak nama punya pasal bole pulak derma dekat anak2 yg senasib dgn cucu dia..haiii itulah dunia. last2 suami masyitah dapat balasan dia balik..lumpuh. pastu baru nyesal. trima anak bini balik.the end. ha camtula cita melayu cerekarama tv3, ending slalu wat aku geram sbb rasa cam ending tu nk cepat2 ja abes. mesti last2 ayat aku "loh itu ja?" "aik dah abes?"huuu~


dah abes cita masyitah ingat nak lepak2 lagi depan tv sbb kul 12.30 tghmlm ada movie seed of chucky kalo tak salah aku. tapi apakan daya mata ini sudah sgt mengantok sgt..nak angkat pon tak larat dah, nak blogwalking pun dah tak terdaya..almaklumlah arini kan aku bangun awal..lagipunejwljdFioBLqjmngtfzzZz.....

Monday, January 18, 2010

kisah seorang budak dan pisang kaki di pagi hari~


pagi-pagi tadi selepas selesai bersiap-siap nak ke opis, aku p dapur. ada cik ainPeanut. sembang-sembang pastu aku ternampak ada 2 biji durian.


aku: 'eh ada durian!'

ain: 'a'ah. pisang kaki pun ada'

aku: 'pisang kaki? mana?mana?'

ain: 'dalam peti sejuk'

aku: 'ohh eh?' tanpa berlengah-lengah lagi terus buka peti sejuk.



selepas buka peti sejuk..

aku: 'mana? tak nampak pun pisang kaki?'

ain: 'tuuuuu'

aku: 'mana?mana?' smbil tercari2 pisang kaki dgn membayangkan bentuk pisang

ain: 'niiiiii kan pisang kaki' sambil menunjuk kedudukan pisang kaki yang berada d dalam peti sejuk.

aku: 'hoh?? ni ke? ni ke pisang kaki? serius ni pisang kaki??' dgn muka yg sgt jakun tak tau sbb tak penah tgk pisang kaki..ngeee~ :D


iye.iya.iyolah.. sila ketawa kuat-kuat tepuk tangan kepada siapa2 yang tahu. saya mmg tak tahu rupa bentuk pisang kaki..ngeee~ ohh malunya..hokhokhok~


ini untuk tatapan mereka2 yang sama jakun seperti aku..ada ke?ke semua org tahu?hakhak~


ok ini adalah kulit durian. semua mesti knal kan.. :)





jeng jeng jeng..ini pisang kaki yg telah membuat aku jakun d pagi hari~cute pulak aku tgk.hik3.. camna bleh dpt nama pisang kaki ni?hee~


nak kata bentuk manggis pon ada. oren pun ada. paling sesuai menyerupai bentuk tomato kot.


ni kedudukan pisang kaki di dalam peti sejuk masa aku buka pg td....taraaaaa~






sekian sahaja kisah seorang budak jakun d pagi hari~ :D


Thursday, December 17, 2009

penantian 20 tahun berakhir :)


Malaysia 1-0 Vietnam

Penantian Malaysia selama 20 tahun pingat emas bola sepak Sukan Sea berakhir dgn kemenangan malaysia menewaskan vietnam 1-0. wahh mcm reporter melaporkan berita sukan pulak. :p

akhirnya young tiger menang! pheeewiiittttt!

sgt teruja.berbaloi menjerit2 terpekik2 kat umah ngan cik ain td. walaupun cik shasha xda sbb dah balik kampung halaman, umah tetap bahkan lebih gamat bergegar occay!kikikiki~

yg kelakarnya cuak2 teragak2 ja nak jerit gol tu..ingtkan xgol dah td..pastu bila sedar.. eh gol..! gol! yeay gol! lalalala joget2.gooolll! hahahaha^^

congrats skuad bola sepak bawah 23 thn negara!! :D

we win! malaysia win! :)

Monday, December 14, 2009

bola itu bulat.bulat itu bola~


Malaysia 3-1 Laos

perghhhhh Malaysia menang! weeewiitttt. yuuhuuuu! congrats! *clap!clap!
aku ngn housemate aku yg 2 org tu (perlu ke tak aku mention nama mereka2? xpyh la kan housemate2ku..ngee~)terjerit2 kat umah. nasib awak la jiran seblah kalo kami buat bising. kami mmg macam ni. xbleh control2 tgk bola. kui3 :p

yeezzzzzaaaa Malaysia dapat p final.
tak sabaq nak tgk final. Malaysia vs Vietnam final bola sepak Sukan Sea. hope pasukan harimau belang menang~!

go go young tiger! ^^

p.s: eh sejak bila aku excited sgt2 psl bola ni? ya itu aku. kdg2 aku mmg terlebih excited yg amat kalau melibatkan semi-final o final :)

Friday, December 11, 2009

nak cerita jugak~

ok.skrg pukul 1245. bru balik dr kl, p makan nasi lemak ayam berempah, steambot, restoran apa ntah nm tmpat tu xingat plak.maap la no lupa ingatan :D mata dah ngantok sebenaqnya ni. tp mcm ada sumthing gak nk post kat blog ni. Tp..sat2..dia ilang plak dh..ok2 dia mai balik..ok.aku..

erm..ish ilang balik. adoii xkira rs nak taip gak. sat2 tggu2 ada ni ada! ada bnda aku nak bgtau ni. ish otak kosong la plak rasa. mn ilang abes abc ayat2 lam otak aku ni.pheeww~

ha dapat dah dapat dah..tahan2 mata jgn tdoq lg walaupun ngantok letih tahap gaban dah ni.. ha ok td ms p mkn2 then km pun sembang2 la hal2 kes penah kna rompak, hal benda2 halus, kisah2 seram..pastu masa naik keta plaksdhuyfg wjKtQMspmb qijd zzzzzzzz.....~

Thursday, December 3, 2009

Gasoline Cafe @Seri Kembangan


Kejadian pada 021209

Planning dgn kwn2 opismate housemate ku nk p mkn2 kat gasoline. Gasoline? Apa ke peliknya nama? Nama gas plak tu. Semuanya makanan bergas ke kat café tu?Hoho. Bukan bukan.Gasoline adalah sebuah café yg ada makanan2 Western, Hong Kong, Japanese, Chinese. Design café ni berunsurkan komik. Mmg untuk remaja mcm aku ni..hokhok

Aku, nisa ngan ain bertolak dr umah kul 8mlm. P amik rizal kat umah dia. Asik2 msg tny jumpa x jalan BENAR. Takut km sesat la tu.hoho. Kami terer tau area2 jln KL Selangor ni.oit ketuk kepala sket, jln pun xcam,terer kununn~

Bla..bla..bla...vrooommm..vroommmmnn keta jln..

Ok. Skrg misi mencari kat mn gasoline cafe. Aku xtau sbb aku xgugel2 tgk map pun. Nisa ckp dia ada gugel skali ja. Ok bole la tu. hoho nk p tmpat yg xpenah p tp xnak gugel cr jln. ketuk kepala skali lg~ngek. Ok cr punya cr rupanya dlm Heritage Village gasoline cafe ni.

Ni 1st time nk mkn kat cni. Eh kenapa pilih gasoline cafe? Ok pilih cafe ni sbb cik leha ckp bole tahan la mknan kat ctu.Tempat sgt nice n cantik. Ala-ala Arab gtu. Tp dia p mkn kat Times Square la. Kat seri kembangan sama gak ka??hmm..*thinking* Eh sapa leha ni? Tiba2 ja nm dia muncul. Ok ni leha kwnku. Iklan sebentar..ngeh3..

-ni cik leha. kwnku ms d umskal smpai skrg-
wei aku sj nk bg hang glemer.hokhok~

Jejak ja kaki..jeng2..hoh? cam ni ka tempat dia? Dlm hati *xmcm Arab pun kat cni* Ok mmg tempat lepak remaja. Mmg ada lukisan2 komik. Tirai2. Meja yang kna duduk bersimpuh bersila. Tp rsnya kat times cantik kot ckp mcm penah p ja aku ni..hee~ Ok menu smpai. Mak ai byk tul jenis makanan n minuman!Xtau nk mkn apa nk minum apa. Lama tau pilih apa yg nk d mkn. Seb baik pilih menu tick sniri, kalo x mmg jenuh la waiter dok tggu nk amik pesanan. Hee~ :D Ha tgk la menu2nya..ni bru 2 page ok.



Dah pilih2, sementara tggu mknan smpai. Sesi bergambar berlaku. As usual! Ngeh3..

Eh sat2..ada aku habaq x sebab nk p mkn2 kat gasoline ni? Rsnya cam xda kot kan. Ok p mkn ni sbb ala2 nk celebrate besday cik nisashasha yg ke 21 pd 22nd nov 09. Mmg sengaja celebrate lmbt. Bg peluang nisa celebrate ngan member2 dia yg lain dlu. ececeh~

Ok. Makanan smpai..Nyum2..

makan..makan..minum..bergambar..makan..minum..makan..bergambar..abes mkn bergambar..bergambar..ngeh3

Ok la mls nk karang lg. Dh lama xwat karangan. Otak beku dh xtau nk keletuk keletak keyboard keypad nk taip apa. Senang cita tgk ja la gmbaq2 kat bwh ni ok. hehe :p


-strawberry+kiwi+mango jelly soda (S) RM6-
*ni air yg aku order, ada jelly2, masam manis rs air ni*

-black pepper chicken chop RM12.90-
*ayam nipis ok. xmcm kat Langkawi..haha nak jugak. sgt xpuas mkn sbb nipis. tp rs dia bole la d trima, aku suka sayur tu sedap :p*

-aku dan makanan minumanku-

aksi-aksi b4 makan

aksi-aksi after makan
*suka gambaq ni! tp syg blurr..haihhss~*

ain-cik yg memilih tempat

rizal-en.yg jumpa gasoline ni wujud kat seri kembangan

nisa-birthday girl~

selamat hari Tambah Umo cik shasha~
selamat hari meningkat umo
selamat hari bertambah level umo
selamat hari tua kesimpulannya.. kikiki~(ampon!) :p

hanumhae

p.s: nk p mkn kat cni bole teda masalah. tp rsnya better p mkn kat tempat yg lagi puas kalo nk mkn western food. Kalo just nak lepak2 minum2 rsnya tempat ni sesuai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...