Monday, February 9, 2015

Kuatlah Wahai Hati


Penyebab perpisahan itu menyakitkan
Peritnya rasa sakit itu YaAllah
Ditinggalkan tanpa pesan
Dibuang begitu saja tanpa belas
Harapan yang diberi hanya mainan
Peritnya rasa sakit itu YaAllah
Aku tahu semua yang terjadi pasti ada keindahan disebaliknya...


Perpisahan itu lebih mendekatkan aku kepadaMu
Perpisahan itu mengajar aku untuk lebih menghargai diri sendiri
Perpisahan itu mengajar aku mengenali siapa lawan siapa kawan
Perpisahan itu mendidik aku untuk menjadi seorang pemaaf
Perpisahan itu mengajar aku untuk berani berkata TIDAK dan YA pada tempatnya
Perpisahan itu menjadikan aku lebih kuat dan matang
Perpisahan itu membuat aku belajar akan sesuatu iaitu REDHA&IKHLAS.


Jujur tiada benci dan dendam dalam diri ini..
Tetapi yang ada hanyalah sakit...sakit yang tak terjangkau dek akal fikiran
Hanya doa yang kutitipkan bila rindu datang
YaAllah kuatkan hati ini


YaAllah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang,
Lembutkan Hatinya,
Buangkan segala kejahatan dalam dirinya,
Hilangkan egonya,
Berilah kepadanya kebahagian yang dicarinya,
Bahagianya Bahagiaku
Dia insan pertama yang pernah hadir dan berada dalam hati ini
Terima Kasih YaAllah untuk rasa bahagia itu walaupun seketika...yang aku sendiri kabur sama ada ianya ikhlas atau sebaliknya..
Wahai Hati, Be Strong. Walaupun luka parah kita kena kuat!



* kusangkakan panas berpanjangan tetapi hujan diiringi kilat petir datang. tetapi percayalah akan adanya pelangi selepas hujan :)



by HanumHalim
23Jan2015 - dalam kaunter di meja opis yang bersepah

Saturday, January 24, 2015

SAYA KEMBALI

Assalamualaikum..


HI kawan-kawan! *lambai-lambaikan tangan sambil sengih kerang busuk*


Lamanya meninggalkan dunia blog. Last entri adalah pada May 2012. sekarang dah Januari 2015. Almost 3 tahun habaq hang. Berabuk bersawang usang teruk dah blog ni. Mesti makin banyak blogger blogger baru kan. Mesti ada macam-macam perubahan kan. Mesti ada benda-benda baru cara-cara baru untuk naikkan trafik blog kan. Macam-macam kan lagi la kan hehe.


Banyak sangat perkara yang berlaku dalam masa 3 tahun ni. Paling tak boleh lupa adalah peristiwa tahun lepas - yang pertama kali terjadi dalam hidup Nurul Hanum bt Abdul Halim. Nanti-nanti lah cerita apa dia noh. Sekarang kita mukadimah new entri untuk tahun baru 2015 hihi.


Tahun ni betul-betul terasa mahu berblog. Rinduuuuuu. Rindu nak meluah. Rindu nak menaip. Rindu nak mengelamun depan laptop. Rindu nak memuntahkan apa yang ada dalam isi hati. Rindu nak merasa duit Nuffnang kembali! hikhikhiks


Oklah untuk permulaan ni keras tangan lagi nak membebel. Ayat pun tunggang langgang ja rasa ni. Kita sambung next update occay.


SELAMAT BERTEMU KEMBALI!! *bajet femes bajet artis bajet ada orang baca puuiiii hahaa*


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...