Wednesday, April 27, 2011

Tempat-tempat yang tak sempat di lawati di Phnom Penh

Hye semua~


Hmm banyak masa kami di habiskan di Siem Reap. No. Actually di dalam bus. Di atas jalan. 4D3N not enuf bila pergi just the two of us. Kalau pergi berempat yes rasanya cukup boleh pergi tempat lain sebab bole sewa 1 kete pergi Siem Reap. Tak payah naik bus sebab membazir masa membazir hari. Tapi pengalaman melancong ke Kemboja berdua dengan cik Rozy sangat-sangat berharga. :)


Ok actually di Phnom Penh juga ada banyak tempat yang boleh di lawati. Antaranya:



Ohhhh teringinnya nak pergi Killing Fields (USD2) ~ next time maybe? heuheuheuheu

Wat Phnom, Royal Palace, National Museum sempat amik gambar dari luar je. Ok la jugak tu kan. Central market jejak kaki sat ja tak sampai sejam.

Oh ye 1 lagi tempat pelancong suka pergi bila melawat Kemboja ni selain Phnom Penh & Siem Reap adalah Sihanoukville - pantai. OMG mesti cantik kan. Tak sempat pegi. Jauhhhhhh. Kalau ada extra day sempat jek. next time maybe? Pergi pantai tu jek. kihkihkih


Bercuti ke Phnom Penh : Part 6 - Bye-bye Cambodia

Salam uols~ :)

Hari terakhir di Cambodia!

Setelah kematu bontot selama 6 jam di dalam bus dari Siem Reap akhirnya kami sampai jugak di Phnom Penh. Kami hanya ada masa tak sampai 1 jam untuk beli barang di Central Market. Sebabnya kami kejar flight nak balik Malaysia. So time beli barang menghabiskan duit kat central market memang tak sempat snap gambar la. Nak beli barang pun susah sebab kalut-kalut kejar time. Ditambah pulak dengan kekalutan-cakap banyak Pakcik Salleh drebar kami. Aku just beli t-shirt, fridge magnet, keychain, kain pasang, shawl. Dah selesai beli itu ini kami bergegas ke airport.


Sampai airport Phnom Penh terus ke kaunter check in. Selesai. Terus tunggu depan gate.

*Oh ye jangan lupa sediakan USD25 masa c/in untuk PSC - Passenger Service Charge*


Ready to fly!


Bye2 Cambodia :)


pemandangan dari atas - Cambodia


Berlepas! Malaysia i'm back :)


Sunday, April 24, 2011

Bercuti ke Phnom Penh : Part 5

Salam uolls~ ^^

Ok mari mengupdet lagi. Kali ni tengok gambar banyak-banyak occay! Kali ni betul-betul akan muntah ungu pekat tengok lots of picas! :p


Seawal jam 7 pagi kami bertolak dari hotel untuk melawat Angkor. Kami mulakan dengan Banteay Srei yang terletak kira-kira 34km dari Siem Reap. hoho jauh jugakkkk.


Keadaan cuaca - hujan renyai2. Ada jugak banjir sikit-sikit jek kat sana-sini sebab dari malam tu sampai pagi hujan. Tapi alhamdulillah pagi tu hujan renyai2 sat ja pastu cuaca elok sampailah ke petang :)



Lebih kurang sejam perjalanan, kami sampai ke Banteay Srei. Kesemua temple yang kami lawati, Banteay Srei paling halus ukiran/buatannya berbanding angkor lain.



Kemudian ke Prasat Prey Roup kalo tak silap gua ler


paling sukaaaaaaa sebab tinggi! seriously suka panjat2 tangga yang curam tu. ingatkan yang lain2 pun tinggi macam ni gak tapi rupanya tak. ruginyaaa tak ambil gambar banyak2 kat cni -_-

cik rozy di angkasa. ekekeke ;p
best amik pic masa ni sebab orang tak ramai lagi. :)
Ok jommmm ke next angkor!

Next adalah Prasat Ta Prohm. besar-lumut hijau-landai-luas-ada pintu utara-selatan-kami hampir sesat. Mana tak sesatnya masuk ikut utara, keluar ikut selatan. serious tak tahu ada 2 pintu keluar masuk (-.-')


Kat sini pokok-pokok semuanya besarr sangat~

Kemudian kami ke Bayon.

sayangnya masa kat Bayon Temple ni bateri kamera mahal tinggal 1 bar je. terus rasa "alamak tak bestnya..yang tak semangatnya. Angkor Wat belum jejak lagi ni"

Jadi 1 bar bateri tu kami simpan untuk amik gambar di Angkor Wat. sebabnya kerana Angkor Wat adalah tujuan utama kami ke Siem Reap~ Seb baik la henset ai yang tak seberapa tu bole snap gambar.

Perjalanan di teruskan. Masa ni kami tak tahu dah kami melawat temple mana. Sebab terlalu banyak. Konpius dah nama-nama angkor/temple tu.heuheuheu~

if i'm not mistaken, this is Angkor Thom (Big Angkor/Great City). Sangat besar, luas kawasan ni. Ada banyak temple. Macam 1 kawasan City of Angkor.


next station is Angkor Wat! sebelum sampai di Angkor Wat jumpa pintu gerbang Angkor Thom



Dah sampai di Angkor Wat!


Fuhh tak percayanya seharian tu kami melawat 7-10 temple. Akceli ada banyak lagi. Kami cuma melawat sebahagian saja. Never imagine angkor sangat besar! Rasa nak tercabut kaki berjalan. Seb baik pakai kasut bertutup. Tak dapat bayang orang-orang yang pakai kasut bertumit. hoho.

Warning! Do not wear high heels when u visit the Angkor

Angkor Wat yang terakhir dalam list melawat kami.

5 ptg kami bertolak balik ke hotel. Sampai je hotel, mandi-bersiap terus pergi Old Market (depan hotel jek-pukul 8malam dah tutup). Beli souvenir sket2.

Esoknya bangun awal nak bertolak balik ke Phnom Penh! *kematu lagi bontot duduk dalam bus*



Wednesday, April 20, 2011

Bercuti ke Phnom Penh : Part 4

Salam uols :)


Amaran : ENTRY INI PANJANG CICAH LANTAI BAK KATA CIK EPAL


Fuuhhhh lamanya tak updet belog. Maap ye. Terlalu sibuk. Tertangguh nak updet entry melawat Angkor kat Siem Reap. Ok jangan membuang masa. Mari updet cepat-cepat! ^^


Setelah kematu bontot duduk dalam bus selama 6 jam dari Phnom Penh ke Siem Reap, kami selamat sampai ke stesen bus Siem Reap pukul 3pm. Dari stesen bus nak ke pekan Siem Reap agak jauh gak. Kami naik tuk-tuk mencari tempat penginapan. Semuanya pakcik Salleh yang suggestkan (kami tak bole lariiii dari dia sebab dia dah setia tunggu kat stesen bus Siem Reap). Kami menginap di Tan Kang Angkor Villa Hotel. Kali ni hotel dia much more better than hotel kat Phnom Penh. Seriously sangat-sangat comfortable berbanding hotel kat Phnom Penh. Padahal harga sama je; USD15 1 night.



Tan Kang Angkor Villa Hotel


besar kan! rasanya 2 kali ganda bilik yang kami menginap di Phnom Penh.


toilet~~


selesai letak barang kami turun semula untuk bersiap-sedia nak tengok Sunset di Angkor Phnom Bakheng.


Oh ha b4 tu kami singgah makan di Muslim Restaurant. USD4 untuk Seafood Fried Rice & Chicken Fried Rice + 2 air kosong. Tapi nasi kat muslim restaurant tak bole lawan dengan nasi pataya di Halal Restaurant di Phnom Penh. Banyak & sedap.


nasi goreng ayam.


4 ptg - dah selesai makan kami bertolak ke Ticket Booth untuk beli tiket nak melawat Angkor. sampai di ticket booth 4.30 petang. Masa kami sampai orang tak ramai lagi. Pukul 5 petang baru kaunter tiket di buka. Oh ye kalau beli tiket start 5 pm, tiket tu available dari petang 5 pm hari ini sehingga 5 pm esok. :)


sunyi. Kaunter belum buka.


ini tuk tuk yang kami naik.


masa ni dah banyak rombongan yang sampai


orang dah start beratur. jom beratur jugakk! :D


Nak masuk melawat tengok Angkor ada pass yang tersendiri. Setiap pass akan ada gambar kita. Haaa jangan main-main. So setiap Angkor akan ada check point yang akan check pass kita. Kalau tak ada or tak bawa or tercicir tak boleh masuk ye melainkan wat pass baru. Pass melawat terbahagi kepada 3 : One Day Pass (USD20), 3 Days Pass (USD40), One week Pass (USD60). Visit time: 5.30am - 5.30pm


Kami op kos la beli yang one day pass jek kan. Beli 3 days pass melampau nanti tertinggal flight. heuheuheuheu~


Jadi perjalanan melawat Angkor bermula!


kedai kat cni kebanyakannya tak halal ye. so kami bawa bekal roti dari Malaysia. itu pun tinggal2 keping jek ;(



Dah sampai!


Jenuh nak mendaki naik atas baru sampai Phnom Bakheng. Semata-mata nak tengok sunset punya pasal -_-'


Dah Nampak Phnom Bakheng. Dah sampai.


Kemudian nampak ini. Tingginya! Curamnya! -_''

gambar insan En. G

cuak je nak naik ni tau. tapi gagah je. redah je melawan takut.hikhik



Dah sampai puncak! yeay! q(^_^)p


sangat ramai orang


pemandangan dari atas.


SUNSET! :)


masa ni dah xde sunset. sesi ambil gambar banyak-banyak sampai muak.


Ok dah nak malam gelap. Jom balikkkkk~


Sambung next entry trip ke Angkor lain pulak ye termasuk Angkor Wat!^^


p/s: panjang kan entri ni? muntah ijau uweeekkkk weekkk~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...