Wednesday, November 9, 2011

Wordless Wednesday #7 - All-Time- Fav!


Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday #6 - 19.10.11



Hepi birthdAy to me!

yang ke? teeettt... dah 25 thn dah pun. :)


sweet ucapan dari ex-opismate! thanx Jama :)
(walaupunn atas ketas kita wat conteng-conteng je.. hihi ;p)


Friday, October 7, 2011

Tiba-tiba terfikirkan masa depan

Menyimpan menyimpan menyimpan wang!


Bestnya kalau kita ada duit yang banyak kan?





Petang tadi terima surat daripada PTPTN. Fuhhh dah banyak bulan gak aku stop bayaq sejak mula bayar tahun 2009. Nak kena start bayar balik ni. Nanti tak leh nak p melencong eh melancong pulak. wuuwuwuw tak mo la blacklist kan cheq naa. Lusa ni cheq start bayaq balik na. Hari ni tak bole bayaq pejabat pos tutup hari Jumaat. :(


eh kawan-kawan camna nak bayaq PTPTN secara online eh? ajaqkan sayaaa plisssss *wink*wink*


Nak start menabung menyimpan duit la dari sekarang. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan! :) Banyak benda dalam kepala otak ni yang nak di beli. Bila la agaknya nak boleh beli rumah ni. Umoq tak lama lagi tak berapa hari ja lagi nak genap 25 tahun. OMG! simpanan baru seciput. Tak bole jadi betul.


Walaupun bayang-bayang calon suami belum nampak lagi tapi perlu menyimpan dari sekarang jugak.. Manatau bila-bila masa ja jodoh sampai kan? Sekurang-kurangnya dah ada simpanan :) *eceh hanum dah mula pikir masa depan yang lebih sirius neh..hikhik terasa macam dah dewasa & matang ;p *


Kalau ada duit senangnya suka hati nak p jalan-jalan kan! Bila ada ja kawan-kawan or family ajak bercuti zaaappp! dengan cepat ja kita jawab 'YES! Nak ikut!' . Hahaha ni perabis duit namanya bukan menyimpan. Tapi dari menyimpan duit lah kita boleh pergi melancong kan. Bila melancong duit habis kemudian simpan semula. Kalau menyimpan ja tak mau melancong pun tak boleh gak. Kita kena jugak melancong tengok kehidupan luar baru minda terbuka tauuu.


Kita manusia ni tak pernah puas tak pernah rasa duit kita cukup kan. Hari-hari mesti ada orang merungut cakap takdak duit, takde duit teda duit kan. Akceli kita bukan takde duit tapi kekurangan duit. Kalau takdak duit tu zero kosong 1 sen pun takdop. Sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada. Menyimpan duit menyimpan jugak tapi jangan sampai ikat perut takmo makan ye kawan-kawan. Tak baik untuk kesihatan. Ingat tuu ye :)


Tata titi tutu. Jumpa lagi. :)


*pic from pokcik G

Tuesday, September 27, 2011

Holiday Pulau Langkawi | Car Rental | Accomodation | Island Hopping | Mangrove Tour | Pulau Payar

hye uols~! ^^

wanna holiday to Pulau Langkawi?

need Car/MPV/Van Rental? Accommodation?

wanna ask about island hopping? mangrove tour? snorkeling at Pulau Payar? Sunset Dinner Cruise?

can call directly to dis no: 0125405630 or emel me: milhanumhae@gmail.com

Thursday, September 22, 2011

Malamku...

hyeee semuaa~ :)

hari ni macam biasa bangun pagi p gheja balik sampai umah dah pukul 7.30mlm. hari ni terasa nak updet belog tapi tak tau nak merapu apa. aku memang gini. ketandusan idea *ecehhh padahal malas nak updet..kehkehkeh


sekarang ni kan uols, ai tengah baca novel Kasih Benar Kasih. baru mukasurat 120. syiokkkk la cita ni setakat aku baca ni la. comel ja Dinzley dok sakat-sakat Nura.hihi.


"bukan belum ada jodoh, tapi agaknya jodoh kau dah terlepas sebab kau terlalu memilih" - Razlan (KBK ms70)

gulp! tetiba terpk adakah jodoh aku dah terlepas? ehehehe


Dah dua hari aku baca novel KBK. tak tau la bila berjaya nak abis ni. Maklumlah malam-malam ja ada masa nak baca. Tu pun kalau aku tak tengok kDrama 49days.



before tidoq ja mesti amik masa tengok 49days 1 episod. best drama ni. nnt dah abes tengok aku review eh!


oh ha tu lah aktiviti malamku.. kalau bukan 49days, Kasih Benar Kasih.


bye bye uols~


Wednesday, September 21, 2011

Wordless Wednesday #5 - Bubu Si Nakal



kucing paling nakai + aktif yang amat kat umah.
suka gigit koyak ketas. suka makan apa saja yang tuan dia makan.
bila dia tidoq sunyiii je umah

Saturday, September 10, 2011

Mari mari LIKE me ;p

hye hye hai uols.. ^^

mari mari dengar sini semua! ai baru buat fan page. kuikuikui. Tengah bosan tak tau nak buat apa godek-godek laptop buka fb tiba-tiba gatal tangan create fan page. So timbullah fan page Kehidupan HanumHae. hikhik.

eh eh tak mau mengarang panjang-panjang mengarut lagi jom laaa uols Like my Fan Page yang ada kat sebelah tuuuuu.. kui3~

Thursday, September 8, 2011

Secret Garden Korean Drama

Ok nak review korean drama Secret Garden.




Actually dah abes tengok sehari before raya. Tapi yolah balik kampung walaupun ada tenet dari umah jiran belakang umah tok tapi tak dan ha mak nak updet noks... sibuk beraya (iyo iyo aja kan) ;p



Ini heroin! Han Ji-Won sebagai Gil Ra Im. Berperwatakan boyish tapi tetap natural cantik in her on way. Gil Ra Im ni seorang stuntwoman dalam Secret Garden. Ni first time rasanya aku tengok lakonan Han Ji Won. Suka. dia memang cantik even without make up. Jelesnya -_-


Kebanyakan uols yang gegirl mesti tertarik nak tengok drama ni sebab Hyun Bin kan? kan? kan? ecece ngaku cepat! hahaha.


Ackeli aku tak tau la pasaipa aku tengok ja hampir semua drama/movie lakonan Hyun Bin tapi tak pernah tertarik or tergila-gilakan dia. Maksud ai biasa2 ja la. Takde la obses gila vavi uols. Tapii ya Ampun comel kottt time Hyun Bin keanak-anakan dalam Secret Garden ni! childish gila and sooo cute. hakhak.


Tapi ai still nampak dia biasa2 gak. Aura dia tak kuat neh.. ekeke. Aku lebih suka tgk Director Im Jong Soo (Lee Philip). Hensem comel2 gtu muka dia. hihihi. Tak caya? Tengok ni..


kyyaaaaa cute kan? hensem pun iye gak..lalalala~pang!


Dah-dah enuff. Hanum dah start gedix.. Ok jom baca sinopsis Secret Garden from wiki!

"The drama tells the story of Kim Joo Won (Hyun Bin), an arrogant and eccentric CEO who maintains the image of seeming perfection, and Gil Ra Im (Ha Ji Won), a poor and humble stuntwoman whose beauty and body are the object of envy amongst top actresses. Their accidental meeting, when Joo Won mistakes Ra Im for actress Park Chae Rin, marks the beginning of a tense, bickering relationship, through which Joo Won tries to hide a growing attraction to Ra Im that both confuses and disturbs him. To complicate matters further, a strange sequence of events results in them swapping bodies"

To be honest i forced myself to watch 1st episode twice. Gila aku paksa gak tengok. Sebab 1st episode kan. Kasi can la kalau tak menarik beb. Masuk ja episod 3, aku dah tertarik dah. Tengok ja sampai tak tau nak benti..abis satu episod tengok episod seterusnya. Dah jadi marathon ha. ekekeke.



ha yang di atas tu pulak hero + heroin kedua.. Oska(kazen Joo Won) & Yoon Seul. Gil Ra Im peminat setia Oska. Oska ni penyanyi fofular. Yoon Seul pulak director MV. Ex-gf Oska & bakal menantu pilihan mak Joo Won. Tapi Oska ngan Yoon Seul ni baik. Tak berebut Joo Won / Ra Im. Masing-masing ego pendam perasaan konon-konon tak suka antara satu sama lain after break up. Tapi sebenaqnya masih suka lagi.


Tak sia-sia ok uols tengok 20 episode drama ni. Serius fun!. Ada ja scenes yang kita tak sangka. Lawak gila ok time hero ngan heroin tertukar badan. Especially bila tengok Hyun Bin jadi lembut. Aeygooo. Sakit perut tengok.


tengok lah Gil Ra Im yang nampak ala-ala jantan & Kim Joo Won yang kepit-kepit auuw tengah menahan nak terkucil hihi


tengok jari dia tu! kui3

Ha camna depa bole tertukaq badan? Semuanya bermula dari garden ni!


Aku suka ending drama ni. Tak da la cam ending semua drama yang pengakhiran cerita sama ja baik-baik belaka. Ending drama ni realistik. Bukan yang semua watak happy ending forever sunshine hidup bahagia selamanya but i suka ending drama ni. Not so cliche ending. If uols nak tau apa yang ai maksudkan ni uols kena tengok baru paham. hikhik





Ini kDrama Secret Garden masuk list dalam wajib tengok. I bet uols tak akan hate diz kind of entertaining and funny drama. Fuhh berbaloi-baloi ok 20 episode! Ai suggest uols to watch it! Silalah tengok kepada yang belum tengok :)


p/s: next drama : 49 days perhaps?

Sunday, September 4, 2011

Ceritera Raya Lepas Raya

Salam hye uols~ Best tak rayaaa? Mine was biasa2 ja. Tak tau la pasaipa. But this time raya rasa cam tak raya jak. Baju raya pun sepasang ja + kemeja sehelai. Lain-lain tak rasa nak beli beria pun. Kasut pun pakai yang lama ja sebab still nampak mcm baru. HAHA. seriously this year raya sangat-sangat bersederhana. Bukan masa raya je.. menu berbuka sepanjang Ramadhan tahun ni pun sangat bersederhana (kecuali masa ai p berbuka kat Hotel la kan ehehe ;p)


Raya pertama tahun ni tak meriah macam tahun-tahun before ni kalau raya di Perlis. Maybe sebab tak semua adik-beradik ayah yang selalu beraya bersama awal pagi raya balik kampung. Or maybe lebih tepat lagi sebab semua kazen aku yang tahun lepas single tapi tahun ni pakat beraya dengan suami dan keluarga baru. *sigh* tinggallah aku yang masih single. haha. Sebab lain maybe sebab family aku tak cukup ahli. Adik aku keja so dia tak bole balik kampung. Adik sorang lagi pulak ptg raya dah balik langkawi sebab nak masuk keja. -_-



adik-ayah-mak-me
tak cukup 2 org


Raya kedua aku dah masuk keje. Nak kata tak best pun tak jugak. Sebab kalau tak keja lagi bosan kot. So kira nasib baik jugak la kot aku keja. haha. Serius aku dah tak betul. Selalunya hari raya ja mesti nak kna cuti ah. Mana bole keja. Tapi tahun ni terbalik pulak. Aiyoo tak paham dengan diri sniri. ekeke.


3hb9 aku p wedding kakak my bff iaitu kakak kpd cik ili Farhana. Aku p ngan cikgu Farah. First time p wedding kat Langkawi yang buat kat dewan. before ni semuanya kat umah ja. Dh la ramai ja orang-orang besar VIP/VVIP. Yang tak bestnya buat kat dewan ni nak amik gambar ngan pengantin terbatas sikit. So aku ngan cikgu farah wat hal sniri je. Tapi kami bertapa kat dewan tu lama jugak sebab tunggu cik Ili Farhana selesai tugas melayan pengantin makan beradab. Baru bole p kacau ili amik gambaq suma bagai hehe.


ni satu2nya pic dgn pengantin. ramai sgt org tunggu turn -_-
mekap dgn baju pengantin serius cantikkkk~


cik hanum & cik farah :)
pelamin sangat chanteekk ok. me loike it gabungan bunga2 biru putih tuu!


ini cik ili & en. kales bakal suami dia tahun dpn bulan Jan! :)

ili, tak sabaqnya nk tunggu wedding hang! ^^


pot pet pot pet klik sana klik sini amik gambaq pastu kami pun balik. sekian sahaja ceritera raya lepas raya saya. tamat sebab kehidupan kembali normal pagi bangun p gheja petang balik gheja. hiuhiuhiu~

ok. bye bye bye :)


Saturday, September 3, 2011

[Review Filem] - Hantu Bonceng

semalam pi tgk wayang dengan adik-adik & kawan-kawan. Nak tgk muvi yang fun ringan-ringan jek. so tengok hantu bonceng. Perghh tiket full. orang pun ramai jek kat cineplex langkawi. Tak penah-penah aku tgk ramai org cam semalam kat panggung langkawi. Maybe sebab tgh cuti raya. so ramai pelancong @ orang luar langkawi. memang sesak ah -_-


tak bestnya movie ni sosial. tak bagus untuk tontonan kanak-kanak.
movie ni memang menunjukkan kehidupan anak muda remaja yang sosial. merempit, masuk disco angguk-angguk goyang-goyang, gadoh, bukan muhrim duduk serumah, mengandung anak luar nikah, sihir err apa lagi ntah.

yang bestnya ok muvie ni mmg sempoi. gelak ja. yang lawaknya ada gak yg jerit terkejut bila scenes hantu juliana evans muncul. ahaha. kalau rasa boring bosan tak tau nak buat apa nak tgk movie yang ringan-ringan tak stress silalah p menonton hantu bonceng kalau uolls suka movie melayu la.


ok dah abes review yg simple2 jek. kesimpulannya aku gelak dekah-dekah.

Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya y'all :)


aisehh terkecik pulak ucapan eden ni..hihihi

kiki oh kiki di mana?



Kiki hilang dah 4 hari.
Rindunyaaa.
Kiki oh Kiki p manaaa?
Dah la hujan lebat ni kat Langkawi.
Kesiannya Kiki kat luar tu.
Mestii sejukkk :(
Ntah hidup ke tak ke makan ke tak.
Kikii T_T

p/s: ibu comey, ibu tompok, uncle black, tom ngan bubu rindu kiki tau. Balik laaa :(

Thursday, August 25, 2011

Kronologi Produk Penjagaan Wajah Saya

Cehh tajuk entri tak bole blahh kann. Skema ja rasa. Nak kronologi bagai pulak. ahaha.


Hmm tiba-tiba nak cakap pasal produk penjagaan muka yang penah aku guna selama bernafas di muka bumi ni..aisehhh. Akceli aku ni jenis lantak je la try guna apa pun. Tapi semuanya yang murah je lah. Tak dak lah yang mahal-mahal. Tak mampuuu eden nak beli. hikhik. Lagi satu aku ni jenis pilih produk sebab utama ialah jangan ada naik jerawat kat muka. Tak putih takpe ai tak kisah janji jerawat takde kulit halusssss je. hikhik~


Dulu masa zaman sekolah rendah darjah 6, aku masuk kawad kaki wakil umah sukan. Paham-paham je lah kan. Terbakaq gila vavi muka ni. Dah la kelam. Bertambahlah gelap lagi. memang betul-betul burn punya la muka ni. Al maklumlah Langkawi kan panassss.



So 1 hari tu mak aku suh aku pakai cream nivea kat atas ni b4 aku p latihan kawad. Best pulak rasa masa tu tepek kat muka HAHA. Tapi sikit-sikit jek la. Ok gak la cream ni. Eh ada lagi tak r cream muka ni? Dah tak penah pakai. Mak aku pun tak pakai dah sebab dia dah beralih arah ke jenama lain.


Pastu masa form 1- 3 aku tak pakai apa sangat kat muka ni. Cuci muka dengan air paip jek. Tapi kadang-kadang pakai gak la pencuci muka mak aku kalau aku balik umah *ohh aku dok asrama ye kawan-kawan. Kadang-kadang aku rembat pencuci muka mak aku bawa balik asrama. kihkihkih. Tapi selalunya yang dah nak abes la. Tak dak la amik yang baru. Masa tu tak silap aku mak aku pakai nivea. Tak ingat dah jenis nivea yang mana. So tak dapek nak tepek gambar. ;p




Pastu dah besaq sikit zaman sek menengah form 4 if tak silap aku pakai shurah. Tapi just pakai pencuci muka, toner dengan krim siang. Toner dengan krim siang tu kadang-kadang je pakai if rajin. Kalau tak rajin jangan harap la ai nak tonyoh kat muka ni..heee ;D Masa aku guna shurah, produk ni betul-betul baru keluar kat pasaran (if tak silap aku la). Lama gak aku pakai produk shurah ni. dan sangatlahh sesuai dengan kulit aku. Tapi biasalah lama-lama pakai mula lah nak beralih arah..muahaha


Masa kat matrik aku penah gak try try semula pakai nivea. Pakai selang-selang. Kejap-kejap aku pakai nivea. Dah habis aku beli pulak shurah. Pastu ntah la aku agak hilang ingatan sikit kat cni. ekeke. Tapi antara 2 produk ni la nivea and shurah. If aku pakai pencuci muka shurah, krim muka aku pakai nivea. ha vise versa la. Suka hati aku ja kan selang-selang tukar. haihss.




Pakai olay masa zaman jadi budak u 1st year. Tak sesuai. Naik jerawat kecik-kecik. My rumate yg tegur dia cakap ada naik jerawat kecik-kecik macam nak ada nanah tuu. Tapi yang tak serius la.. Terus tak pakai dah. stop. Padahal baru beli baru pakai dalam seminggu camtu la. Pastu seminggu tak pakai apa-apa jenis pencuci pun. Cuci dengan air paip je. Kemudian beli balik nivea. Lama gak aku pakai nivea. Sampai abis 1st year rasanya. Pastu muka back to normal. Syukur sangat-sangat.


Haa bila dah ok elok semula bila kuar shopping mula la tangan ni gatal nak try pakai yang lain pulak. Suka betul aku ni kan nak cari masalah. ekeke. Try beli ponds. Yang percubaan punya. Tertarik sebab rasa cantik je pakaging dia. Warna pun pink-pink gegirl gtu..hikhik



Tapiiii huhu tak sesuai dengan kulit muka ai noks. Time ni naik jerawat je keje nya muka ni. Tak dak la naik serentak banyak sekaligus tapi naik sebijik-sebijik. Contohnya naik kat pipi belah kiri.. Pastu baru je nak baik naik pulak seketul kat pipi kanan. Naik yang tak berenti. Tapi naik sebijik sebijik. Paham tak? *ahaha gila nak explain jugakk kan.. Dah la muka aku ni jenis bila naik jerawat je mesti akan ada tinggal parut yang lambat gila vavi nak hilang. Walaupun aku tak picit-picit jerawat tu mesti akan ada la parut gak. :( sob sob


Last-last aku bagi set ni kat member aku yang pakai jenama ponds ni. Bye bye ponds. Pastu apalagi aku kembali semula kat Nivea masa ni. Nivea gak yang aku cari kann.. ehehe :)




Entah cam mana aku tak ingat bila masanya aku start pakai Garnier. Tapi yang pastinya masa produk ni baru ja ada kat pasaran. Tiba-tiba rasa nak try pakai. Terpengaruh ngan Fasha Sandha gak kot? muekeke. *ohh ai takdak la suka gila vavi or benci gila gila kat dia ni. biasa-biasa jek. Alhamdulillah sesuai sangat. Muka aku ni jenis yang berminyak. So bila pakai garnier memang rasa la perbezaan. Muka tak dak la berminyak walaupun seharian kat kampus. Serius best. Sesuai sangat. Masa tu pakai pencuci muka dengan krim je. Toner aku pakai nivea.. *kadang-kadang je bila rajin ;p


Tapi ntah macam mana dah habis toner nivea tu aku gatal tangan beli toner Ponds. Hish tertarik tul tau tengok Ponds. Padahal dah penah beli dan tak sesuai kan. Tapi degil beli gak. Bila pakai dalam seminggu macam tu perghh rasa best je kulit. Eh sesuai pulak aku guna toner ponds nii. Penin tul..agaga. Tapi serius kulit muka rasa best. Licin je dengan gabungan pencuci, krim muka garnier +toner ponds. Lama gak aku pakai sampai la habis belajar. Alhamdulillah :)



Tapi tu la aku ni tak serik kan.. nak mencuba jek ghejanya..hihi. Pas habis belajar, masa gheja aku penah pakai product Simple. Aku beli set percubaan. Mula-mula pakai rasa best licin je kulit. Cuma kulit kadang-kadang berminyak. Mungkin tak sesuai dengan jenis kulit aku. Masuk minggu kedua je muka dah nampak nak naik jerawat. Terus tak mau pakai dah. Pastu aku bagi kat housemate aku.


Last-last aku tukar balik. Sampai sekarang aku setia dengan mereka-mereka ini :


Thanks Garnier. Ponds tu jarang-jarang aku pakai sebab aku ni sangat la pemalas orangnya nak pakai Toner. Tapi tengs gak kat Ponds*toner je la. yang lain tak bole pakai..hewhewhew


kalau rajin sebulan sekali or dua bulan sekali aku akan tepek ni kat muka. Rasa freshh gilaaa ;p


Mak ai banyak jugak ye yang aku penah try pakai..kuikuikui. Ingatkan sikit jek. Tapi bila ingat-ingat balik rasanya aku pusing-pusing p mai tang tu gak. Shurah/Nivea/Garnier. ehehe ;p


Tapi Alhamdulillah jugak sebab kulit muka aku jenis yang takda masalah sangat. Syukur sangat-sangat. Cumanya aku ni tak putih cerah. Gelap gelap manis gituuu. hikhik.


Perasan tak? Tak penah lagi aku pakai yang mahal-mahal.. hmm nak try Nutox la bole tak? Sebab pengaruh si cantik manis @missfazura! ehehehe ;p


Dah dah hanum jangan nak mengada! pang~


p/s: arrggghh terbayang-bayang muka fazura. cantikknyaaa dia ;O
p/s: psssttt y'all pulak cam mana ye? jom la share! :)

p/s: all pics credit to abg google

Saya Join Cabutan Bertuah Kaspersky 2012



Syarat-syarat sangat simple ABC. Bole klik sini

Tarikh Tutup : Belum Ada.

Nak tag mereka-mereka:


u olls yang nak join pun bolee. Joommm!


p/s: TQ abg cool ajak ai join contest ni :)

Entri saja-saja


dah pukul 1.25 pagii.. hujan lebat pulak tuuu.. bestnya kalau tidoq~


tapiiii kaannn... aku tak bole tido lom ngantok. grrr mata ni cerah boolatt pulak. golek sana golek sini baca novel pun tak berjaya gak nak tidoq.


last-last amik laptop. Pasang cable. On laptop. sambungkan external Buffalo Merahku. Search Secret Garden folder.



Ha puas hati tak boleh tidoq layan Korean Drama. Lagiii la tak tidoq aku pagi ni..ekekeke. Tapi takpe esokkk cutiiiii.. weeee ^^


Nonton Secret Garden sambil makan Honey Tears Cookies.. yummmyyyhhh ;p



mak cakap : "Kalau nak makan biskut raya makan jek. Jangan tunggu raya sebab confirm time raya tak berapa nak layan sangat biskut raya ni... ehehe"


masa updet entri ni sambil dengar lagu Perpisahan Ini by 1st Edition ft Aizat. sedapnyaa lagu ni :)





ermm ok. Da da da nak sambung tengok secret garden. nite nite y'all. eh morning semua heeehe ;D

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday #4


jumpa ni masa jalan-jalan cari baju baru~

Monday, August 22, 2011

Hijau Oh Jade Oh Hijau Jade~

Salam u olls~

Cantik kan hijau Jade? Me like it! Tapi kan tapi kan tapi kan seswai ker dengan kulit ai yang PUTIH ni? hmm..wutever~



Eh kenapa tajuk Hijau Jade? Cer cite cer cite~

We all pending pearls nak pegi kenduri member 1st october ni kat Penang. So cik farah md subi suggest pakai baju color merah. Sebab nampak hot dan gojes katanya. Tapi kesian pulak kat cik ili Farhana sebab dia cakap banyak gambar dia pegi kenduri kawen pakai color merah. So she suggest hijau jade. Memang cantik color ni kaannn. So aku dengan kawan-kawan pending pearls plan nak pakai hijau jade masa majlis kawen tu nanti. We oll memang selalu gitu. If tak ikut tema majlis, kami wat tema kami sendiri. Pakai same color or color lebih kurang sama. Bila amik gambaq perghhhh cunnnyaaa! pang~


Tapi kannn mana nak cari Hijau Jade ni? Macam susah jek T__T. Takpe usaha lagi. Kena usaha cari lagi kat setiap kedai yang ada. Ke kawan-kawan ada suggestion nak dapatkan kat mana? Beli online pun takpe lagi senang! ehehe


2nd color if susah nak cari hijau jade, electronic blue..ni pun cantikkk gak ^^



Hmm harap-harap jumpa la hijau jade. If tak we all kena pikir color lain selain merah. If tak jumpa gak belasah je color apa pun. Jangan sampai membebankan cik Sarah Fathillah pesan :)


Da da da jumpa lagi next entri~


Sunday, August 21, 2011

Rahsia Tandatangan

Ohh kenyangnyaaaa ^_^


Eh hye semuaa~ Masa tengah kemas-kemas newspaper yang berlambak kat umah, mata terus ja terjumpa paper ni ...

M2 mingguan Malaysia 14.08.11

Apalagi tangan terus stop mengemas, baca newspaper. Haha punyalah tajuk menarik tertarik kan. Nak tau jugak rahsia tandatangan sendiri kan. Tapi sebelum tu meh ai senaraikan 8 rahsia tandatangan kat blog ni. Nanti newspaper ni di buat bungkus nasi lemak hilang habis maklumat. Baik ai masukkan dalam entri di blog kehkehkeh =D


~~ 8 Rahsia Keunikan Tandatangan ~~


1. Satu garisan di bawah
- seorang yang sangat yakin dan mempunyai personaliti hebat tetapi agak pentingkan diri sendiri.


2. Satu titik di bawah
- seorang yang simple dan tenang tetapi senang hilang kepercayaan apabila dikhianati.


3. Dua titik di bawah
- seorang yang romantik tetapi mudah bertukar pasangan serta lebih memilih kecantikan dan mudah menarik perhatian orang lain.


4. Tanpa garisan dan titik di bawah
- seorang yang seronok dengan kehidupan dengan cara sendiri tetapi krang memberikan perhatian pada pandangan orang.


5. Tiada kaitan dengan nama
- seorang yang sentiasa berusaha kelihatan bijak dan yakin dengan kebolehan diri sendiri tetapi suka berselindung dan tidak mengambil pandangan orang lain.


6. Berkaitan ejaan nama tetapi sukar dibaca
- seorang yang kreatif dan cerdi k tapi malas berfikir panjang serta mudah menukar pandangan atau idea.


7. Huruf tidak bersambung
- seorang yang suka berfikir, sangat mengambil berat, tidak pentingkan diri sendiri, sanggup berkorban apa saja untuk orang lain, tetapi cepat mengalah dan mudah serik.


8. Mengikut ejaan nama dengan huruf yang jelas
- seorang yang baik hati, boleh sesuaikan diri dengan siapa saja dalam apa juga keadaan atau urusan, tegas dengan pendapat sendiri dan ada semangat yang tinggi.


Haa nak tau tuan belog punya identiti berdasarkan tandatangan? 1 + 2 + 8. Ha pandai-pandai la uolls tafsir ye ai macam mana. U olls punya pulak macam mana?


K da da da da. Bye ~ ;p


p/s: sumber daripada mingguan Malaysia M2 14.08.11, penulis: Hafizahril Hamid

Thursday, August 18, 2011

Prosecutor Princess Korean Drama


Yeayyy! Akhirnya berjaya gak aku habiskan drama ni setelah pelbagai rintangan halangan yang melanda..ecehhh.. *clap*clap*


Eh? Bukan aku mention dalam post b4 ni yang aku nak tengok Secret Garden kan? Ehehe tak jadi sebab tak complete lagi donlod so aku godek-godek external aku nak tengok movie apa. Last-last decide nak tengok Prosecutor Princess..and guess what? Tak sia-sia tau! Really interesting drama!


Akceli kalau nak tau dah setahun drama ni ada lam external. Tapi baru sekarang tengok. Honestly aku paksa diri aku untuk tengok 1st episode 2 kali. Salah satu sebab aku paksa gak diri aku tengok drama ni sebab baju-baju yang heroin dengan si Jenny kawan baik Lawyer Seo pakai cantik-cantik jek. High heels pun cantikkk sangat. Makin lama jalan cerita drama ni pulak makin menarik. Banyak btol unpredictable scenes. Masa tengok drama ni ada je ayat yang keluaq dari mulut aku...

"ooo mmm geee?!"
"yaka?"
"eh sapa dia ni?"
"hoh apa jadi lepas ni?"
"NOOO!"
"hensemnyeeee" >_<
"alaaa kawaiii"


Mesti dah ramai yang tau sinopsis drama ni kan? Tapi tak kira nak tepek gak.. Ni sinopsis dari wiki.. ai malas nak karang ayat sniri.. kikiki~

..Ma Hye Ri is a woman with an excellent memory and ability to focus, which allowed her to pass the bar exam with ease. Despite her talents, she is more interested in being fashionable and dislikes hard work so she is far from being an ideal prosecutor and has doubts about her suitability for her job. Through her conflicts with senior colleages and struggles with difficult cases, however, Hye Ri gradually matures into a brilliant prosecutor with a sense of duty and justice..


sweetkannn kasut nii :))

Aku sangat suka bila scenes main character drama ni..kawaiiii sangat. Babak romantik antara heroin + hero dalam drama ni pun cute jek..


Kim So Yeon - Park Shi Hoo

Ma Hye Ri Seo In Woo.. amazing ending. LOVE!



love the ending between prosecutor Yoon Se Jun & Prosecutor Jin Jung Sun. cute! :D


"you have to let go of the past for the future to come"


One of da best KDrama 2010! ^^ **ok memang aku ketinggalan ;p


For those yang lom tengok lagi drama ni, if nak something different.. not so cliche romantic korean drama..bolela tengok Prosecutor Princess. Berbaloi-baloi. :)


OST drama ni pun best..

- Fly High by SHINee -



- Goodbye My Princess by Monday Kiz -



p/s: pasni memang aku tengok Secret Garden pulak. **ish memang ketinggalan aku ni. Drama 2011 bila nak tgk? ekekeke

Sunday, August 14, 2011

Ramadhan ke-13 : Berbuka di De Baron Langkawi

Salam semua.. :)


Kemarin 13 Ogos 2011 aku ngan farah berbuka puasa sama2. Farah pilih nak berbuka di De Baron Resort. Aku on ja. Bukan nak mengebat berbuka di Hotel, tapi malas nak menunggu di kedai-kedai makan. Yolah time2 bulan puasa ni sure lambat kan nak tunggu turn. Huhu. Lagipun berbuka di hotel banyak juadah. Suka hati hang la nak makan banyak mana pun. theheee ;D


Ni 2nd time aku berbuka di hotel. 1st time Ramadhan ke-5 di Seaview Hotel dengan kawan-kawan opis. Company support ai ikut jee..ehehe. Tapi tak sempat nak snap pic sebab lambat sampai..


Ok lah malas nak celoteh panjang-panjang lagi...Layankan aje gambar-gambar yang aku sempat snap ni yeee...


penuh meja..hehe. Tomato ituuu sedappp manis jek. Nasi minyak+ayam masak merah+daging rebung tuu sedapp :) TAPI kerabu dia kurenggg~ yang lain-lain ok-ok jee..


sabar cikgu farah sabaarr~


pemandangan luar


dah malam masa ni


labu-labi stall - mee,bihun,koey teow goreng


bihun goreng tu sedaaapppp berbanding mee rebus.. nom nom nom nom~


eksrem goreng! yummy!


koey teow goreng sedaapp tapi tak habis sebab tak larat dah..perut dah penuh sangat-sangat.


p/s: teringin nak berbuka di 5 * hotel such as Westin, Mutiara Burau Bay, Sheraton. ada org nak support tak? ekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...