Sunday, January 30, 2011

dekat tapi jauh



pertama kali aku nampak kelibatmu dari mejaku
hatiku terpaut
bukan kerna wajahmu
tapi kerna suara dan karismamu

berbulan sudah berlalu
tapi aku dan kau masih di takuk lama
asing.sunyi.sepi.

kau dan aku
bertembung usah di kira banyaknya
berselisih bahu tak terhitung acap kalinya
tapi kita tetap sama
dekat tapi jauh

ingin sekali bertegur sapa dengan mu
dapat hadiahkan sebuah senyuman sudah memadai
tapi ntah bila kan tiba peluang itu
dekat tapi jauh

nuhan~
270111



p/s: Saat ini tika ini waktu ini aku nak berjiwang. sapa rasa nak muntah hijau silakan.. ;p


Friday, January 28, 2011

Setelah sekian lama...

Fuhhhhh akhirnya setelah sekian lama aku tukar header belog! Dah lama nak tukaq tapi well biasalah aku sangat malas nak mengedit memikir nak wat header camno. Ni pun sehabis simple sebabnya ai macam malas nak buang masa ai lama-lama dok ngadap laptop mengedit kuikuikui~


Untuk yang baru menjejak kaki ke belog ni, b4 ni header Kehidupan HanumHae yang ni...





Sekarang jeng jeng jeng 1, 2, 3 bertukar!




kehkehkeh still ai guna font yang sama untuk "Kehidupan HanumHae". Tapi bila tengok tengok telek punya telek; 'hmm tukaq la font' cam boring ja tengok kuikuiku. So ai pun geledah la semula adobe photoshop tukar font. So Hasilnya jeng jeng jeng 1, 2, 3 bertukar lagikk~!




amacam? ok tak?

erk tak cantik? simple sangat? wuwuwu takpelah cik hanum memang suka yang simple2 jek. okthnxbai :p


Thursday, January 27, 2011

Phew~

Phew lagikk~

tahun lepas sikit-sikit saja member yang melangkah ke alam lain. Tapi tahun ni aku dengan penuh yakin & pasti akan ramai gila babi kawan-kawan aku yang akan melangkah ke alam lain. iaitu alam PERKAHWINAN. Dan kesan daripada tu...




aku kena bertahan menadah telinga bermanis muka untuk menepis serta menangkis soalan-soalan cepu mas dari orang-orang sekeliling yang kadang-kadang terlebih ambil berat berbanding family aku sendiri. haihsss nasib nasib.


SELAMAT PENGANTIN BARU kepada kawan-kawan yang dah melangkah ke alam perkahwinan. Semoga bahagia kekal selamanya sampai syurga. Masih jauh lagi perjalanan. Ingatlah perkahwinan bukan pengakhiran tetapi permulaan kepada sebuah kehidupan.


-----> eh awat yang aku gila macam formal ja bahasa entri kali neh? muahahahaha ;p


** motip entri: tengah rajin nak menghapdet.
** sebab rajin menghapdet: 1)nmpak banyak sangat kad jemputan kawen kawan-kawan. 2) banyak sangat pix wedding kawan-kawan kat FB.


AMARAN: jangan tanya bila tuan belog punya turn sebab tuan belog tak dak jawapan. SEKIAN. ;p




Saturday, January 22, 2011

Cenang Beach Langkawi








Pantai Cenang di waktu senja~


Wednesday, January 19, 2011

Belajar Menjahit 1

Halluuuu Assalamualaikum semua :)


Kemarin 18/01/11 - kelas menjahit dah bermula!


Sebelum aku mengarut panjang-panjang, jom kita tengok alatan menjahit dulu naaa..


Alatan menjahit beli dari cikgu. Murah ja. Semuanya 1 set di bawah ni hanya RM23 saja :) Jom tengok alatan menjahit yang di perlukan! :D



Mari berkenalan dengan alat jahitan di atas! :D

1- Pensil: melakar pola (pattern)

2- Jarum jahit tangan: menjahit perbagai jenis jahitan

3- Gunting benang: membuang lebihan benang pada kain semasa menjahit atau mengemas jahitan yang dah siap.

4- Tape/Tali pengukur: mengambil ukuran pada badan dan ukuran pada fabrik

5- Jarum peniti: untuk menyemat kain & kertas ketika memotong & menjahit artikel

6- Pembaris lengkung: untuk membentuk bahagian punggung & lengan

7- Pembaris Sesiku: Digunakan untuk membentuk sedut tepat.

8- Tracing Wheel: untuk menanda di atas fabrik dengan menggunakan kertas karbon(tracing paper)

9- Kapur Penanda: digunakan untuk menanda di atas fabrik

10- Penetas: Alat untuk menetas benang pada pakaian yang telah dijahit

11- Sekoci & bobin case: benang digulung di dalam sekoci dan diletakkan ke dalam bobin case.



ini adalah tracing paper.

OH ha jangan lupa GUNTING! sgt penting. Gunting ni khas untuk memotong kain sahaja.





***********************************************************************



Pelajaran pertama di hari pertama:

Cara membuat kain 'A' Line. Belajar amik ukuran, asas melakar, dan jugak memotong kain. Fuhh terketaq2 nak potong kain. Mula-mula belajaq utk budak yang tak reti macam aku ni cikgu galakkan beli kain cotton. Senang sebab tak licin tak bergerak-gerak so tak terpesong ukuran nnt.hikhik. So 2 hari b4 kelas p KAMDAR cari kain cotton!


Ha ini kain aku untuk klas pertama ni.



kaler pepel! akceli pepel soft soft gtu. tapi dlm pic ni nmpak pepel gelap sket.


Harap2 jadi la kain aku ni nanti. Pertama kali nak buat kain sniri. Fighting hanum!q(^_^)p Nanti dah siap i publishkan tunjuk kat uols ok! *tu pun kalau jadikk.. kehkehkehkeh*


Da da da jumpa lagi d next entry!

Tuesday, January 18, 2011

Awat Tukaq Tanpa Izin?






Hoh suka suki hati hang ja eh FB tukaq layout aku!

Semak.semak.semaks gila.

Saturday, January 15, 2011

Mangrove Tour Langkawi

ai ai ai kamuuuuuuu semuaaa :)

bila mood rajin terlampau dah mai untuk mengupdet belog ha sampai tak tau nak menaip mengarut apa pun tetap tercongok gak dok pikiaq nak updet apa ekekekeke ;p

kalau time MALASSSSSS ya ampun ko bagi la aku dok melangut tengok skrin pun aku wat dunno jek tetap tak mau updet blog..hikhik :D

eh hmm nak updet pasal apa ha?

ha i've got an idea! ting!




dengar cni semua orang-orang siber..! eceh! hehe..

ha meh cni nak story pasal Mangrove Tour di Langkawi. Akceli ni aktiviti masa 20.10.2010.

Kalau kawan-kawan semua p Langkawi jangan lupa p tour melihat paya bakau a.k.a Mangrove Tour. Sangat menarik tau! sebab apa menarik? ha teruskan bacaan anda semua naaaa :D

ok, kenderaan utama nak pergi mangrove adalah ini!


speedboat ni ada yang kecik, sederhana & besar. yang kecik max 8 org, sederhana max 10 org dan besar max 15 org! dapat naik speedboat sangat fun ohh!



jeng jeng jeng pengembaraan di atas air bermula! oh ye kami semua adalah seramai 10 org + 1 budak kecik. tengok betapa beraninya kami naik speedboat tanpa pakai life jacket. hehe anda-anda jgn risau sebabnya life jacket ada je di beri tapi kami-kami ni ketegaq tak mau pakai sbb rasa mcm tak best. kuikuikui



tapiiii baru ja speedboat bergerak beberapa langkah ke depan, kami di arahkan untuk pakai life jacket sebabnya ada jpj laut di depannnn.lol! ni umpama naik kereta tak pakai tali pinggang keledar nnt kena tahan dek pak polisi. jadi nak tak nak kna pakai life jacket ok.







tengoklah pemandangan sepanjang perjalanan. tenang dan damai kan! :)



ok ini adalah Gua Kelawar a.k.a Bat Cave! nak masuk dalam gua kelawar ni hanya bayar RM1 saja. ha ada 1 insiden kat gua kelawar ni. masa turun dari bot, dah nmpak signboard 'DILARANG BAWA MAKANAN', tapi aku tak sedar kat tangan pegang potato chips. sebaik saja trun dari speedboat.....



si monyet 1 & si monyet 2 telah melompat dan merampas potato chips dari tangan ku! aaaaaaaaaaaaaaaaa menjerit la apa lagi! adoiii pantang betul depa tgk makanan.



oi oi oi dah rampas makanan orang berlepak riang gembira suka hati eh ko wahai monyet.



ok abaikan monyet2 tu. mari kita teruskan perjalanan ke gua kelawar!



ambil gambar dlu seblom masuk ke dalam gua kelawar yang gelap!



ini adalah gua kelawar. akceli banyak gila kelawar tapi disebabkan terlalu asyik dok berborak terlupa nak snap gambaq kelawar. ada sekeping je tu pun xbrapa clear.



err nmpak tak kelawar2 yang banyak tu? kalau tak nampak sila klik gambar untuk tumbesaran ye. kalau tak nampak gak tak tau la eden nak bantu camna lagi.heuheuheu~



perjalanan di teruskan lagi...



dengan menaiki speedboat.



kemudian jumpa ini! cuba lihat bentuk batu tu. err macam bentuk muka firaun? eh yeke?



Pulau Kasut. Agungnya ciptaan ALLAH kan.



signboard KILIM GEOFOREST PARK



damainya tengok laut... sukaaaa sangat! :)



sepanjang perjalanan ada banyak sangat kapal-kapal layar yang didiami atau yang ditinggalkan buat sementara waktu oleh mat mat salleh atau orang putih.



ok next station adalah Fish Farm!



feed the stingray! ikan pari ni sangat besar tau. ai tukang amik gambar je. tak berani nak bagi makan takut dia gigit.ngeeeee~



err tak ingat nama apa. siput harimau kot if tak salah.heeehe



banyakkk sangat spesies ikan kat cni



ikan sumpit!



selepas melawat fish farm, perjalanan diteruskan lagi..



next is Crocodile Cave. apaaa buaya? chup chup chup. rilek2 ye. teda buaya pun di sini. gila mampos kau kalau ada buaya. sumanya dia NGAP nanti. heheh! Ini hanyalah gua yang menyerupai bentuk muka buaya. ha nampak tak gambar kat atas tu? ada rupa buaya kan? err tak ke? cuba tengok telek betul2.. ;D









perjalanan kami menyusuri paya bakau. sangat cantik alam semulajadi. tenang lagi mendamaikan. sukaaaaaa sangat! ^_^

selepas menyusuri paya bakau, tibalah part yang di tunggu semua. Tak lain tak bukan adalah...



Eagle Feeding! haaaaa sangat banyak burung helang tau! time ni boatman tengah mengisarkan kulit ayam di enjin boat utk di beri kat burung helang. kiranya time lunch depa burung-burung helang la masa ni. sangat banyakkk tau burung helang masa ni..









burung helang dah p jauhh..



burung helang dah makan, sekarang time kami pula makan. perot masing-masing dah berkeroncong, bunyi rock suma ada.



dah sampai di Floating Restaurant.



masa kami sampai belum ada group dari boat lain lagi.



motip gambar? nak tunjuk menu di papan belakang tuuu~ ;p



sementara tunggu makanan sampai, as usual amik gambar dulu! tgk laut hijau je. sangat cantik tau pemandangan kat sini.



yeay! makanan dah sampai.



ada udang goreng tepung



ada udang bakar juga! tomyam & air oren. yummmy!
bila dah makan.kenyang.perut buncit.masa untuk balik.



akhirnya kami selamat sampai ke jeti. bye2.

sangat-sangat pengalaman yang berharga tau pergi mangrove tour. best gila waaa cakap sama lu! kena experience dengan mata kepala sendiri baru tau best ke tak best. nak lagi best amik pakej sharing sebab ada guide and ada lagi tempat lain yang akan di lawati selain di atas. yang ai pergi ni ai amik pakej private boat. so agak limited sikit.


sebab apa ai amik pakej private boat? sebab save budget sikit maa. if ada bajet lebih boleh la pergi mangrove tour ni. sebabnya pakej ni untuk sharing RM125(dewasa), RM80(kanak-kanak). Harga sharing termasuk lunch. Bagi pakej private boat pulak harga bergantung kepada jenis max persons in 1 boat. Range harga dalam RM250 & ke atas tak termasuk makan.

Jadi tunggu apa lagi? Rancanglah percutian anda ke Langkawi! :D


Ha amik kau panjang lebar pulak entri aku ni. Kan dah habaq awai-awai tadi kalau tengah ada mood panjang lebar la entry ai. kalau tengah MALASSS huh jangan harap. ngeh ngeh ngeh ;p

Jumpa lagi d next entry! Bye2! ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...