Monday, May 14, 2012

Jalan-jalan ke Medan Day 1 - Part 2

hai hai hai u olls~

ok mari kita sambung cerita percutian ke Medan lagi!

geng Medan Trip -


Entry sebelum ni aku ada ceritakan mengenai  lawatan kami ke Istana Maimoon kan? ok jom kenali serba sedikit sejarah Istana Maimoon warisan Kesultanan Deli. Istana Mimoon ni dibangunkan oleh Sultan Makmun Al-Rasyid Perkasa Alamsyah. Dibina pada tahun 1888 oleh arkitek dari Itali. Istana Maimoon merupakan salah satu mercu yang terkenal di Medan. Seni bina istana ini banyak dipengaruhi oleh kebudayaan luar iaitu merangkumi kebudaayan Melayu, Islam, Sepanyol, India & Itali. Jom kita cuci mata lihat keindahan binaan dalam bangunan istana Maimoon.




Aku dengan Jama tak ketinggalan try baju diraja. Sepasang Rp20000 (lebih kurang RM8)

Pakai sat ja snap snap gambaq terus buka cepat-cepat baju ni sebab kejar masa.. tak sempat nak amik gmbaq kat kerusi besaq..wuwuwu :(

Selepas melawat istana Maimoon, kami bertolak ke Lake Toba. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Semasa dalam perjalanan ke Lake Toba, kami singgah di kilang kacang tumbuk iaitu PATEN. Macam-macam jenis kacang yang dijual di sini. Segala macam nama ada.. tang tang tung tung teng teng ting ting. Pelik-pelik kan nama? hehhehehe.. :D





ha macam-macam jenis kacang adaaa. Pilih-pilih :p


Lebih kurang pukul 4 petang kami bertolak ke Parapat. On da way ke Parapat, bus pulak pancit. haiyoooo. Tapi en Sehala cakap tu perkara normal sebab jarak jauh kan dari 1 tempat ke 1 tempat.. Jadi segala kelengkapan dah di bawa. So adik tukang tutup pintu ditugaskan utk tukar tayar. Semuanya dia buat sendiri. Akhirnya kami sampai di Parapat dalam pukul 8mlm (waktu Indonesia). Kami sampai pun dah malam so nak nampak pemandangan Lake Toba. Yang nampak cuma lampu-lampu ajeeeee. Tapi jalan di Lake Toba sangat la mengerunkan. Curam, sempit bengkang bengkok. Haih -_- 

Kami menginap di Siantar Hotel. Sampai saja terus makan sebelum check in. Iyolah masing-masing dah lapaq kann :D Makanan kat sini better dari di Restoran Minang Medan. Sedap! Suka sup dia. Eh tak tak suka sambal ikan yg dihidangkan. Sambal tu sedaappp. 


- ada lagi ni sebenaqnya tapi tak sempat snap pikir nak makan jeeee lapaqqq hehe - 


Dah selesai makan masing-masing dapat kunci bilik. Bilik aku dgn Jama no 116. Bilik not bad. Ok.


Sekali buka tirai tadaaaaaaaa!! Wah ada balkoni! Mengadap Lake Toba ok!! Best best best gileerrr! Sangat rasa jakun rasa cam waaahhh suka sukanyaaaaa kitewwww :D

Tapi disebabkan malam bila amik gambaq tak nampak pun tasik sebab gelap jaaa. So tunggu esok tu baru snap gambaq. Cantik besttttt tauuuu :))


sukanya sukanyaaaaa! lompat-lompat gembira ^^ pangggg~


dari balkoni bilik. muka cik Jama yang hepi :D


Ok sambung lagi nanti di entri seterusnya perjalanan menyusuri Lake Toba - Pulau Samosir, Perkampungan Batak. Tunggu yeeeee :)



much love; 


Friday, May 11, 2012

Iklan - Renungan Bersama



ada paham ka? :D


Jalan-jalan ke Medan Day 1 - Part 1

salam hai hai uolls~

mari sambung ceritera percutian ke Medan, Indonesia!

setibanya kami di Polonia International Airport Medan, kami di sambut oleh staff Lovely Holidays. oh ya lupa pulak nak habaq sepanjang perjalanan, penginapan kami di Medan telah diuruskan oleh Lovely Holidays (seperti yang diberitahu oleh ketua group).

Disebabkan sampai saja di airport ai dengan Jama terus ke kamar kecil (tandas), jadi kami berdua agak lambat menaiki bus. Akibatnya kami berdua dapat tempat duduk dibelakang sekali. Tapi tak jadi masalah sbb kami berdua je di tempat duduk belakang. So bole lejang-lejangkan kaki..heee =D


bus yang sangat comfortable! oh itu adalah tour guide kami yang sangat peramah suka bercerita En. Sehala (one way) hihi. Selain kami 20 orang rombongan di dalam bus, ada En Sehala tour guide, abg driver bus yang tak ingat nama, adik yang tugasnya buka tutup pintu. Jadi total adalah 23org sahaja.


ha ini adalah bus kami. Kalau di Malaysia kita panggil bas persiaran tapi dekat sana adalah Bus Pariwisata. Sebutan bas adalah b-u-s (bus) ye. itu adalah mr.Driver. Yang seorang lagi berkemeja merah yg tak nampak muka itu adalah adik buka tutup pintu bus. Sangat cepat service dia. Asal berenti sampai ke destinasi sepantas kilat pintu bas dah dibuka. ingat ai ja yang sedar rupanya semua org sedar cepat ja pintu dibuka :)

Semasa kami sampai di Medan pukul 12tghari masing-masing tengah kelaparan. Iyolah lunch time kan.. heehe :D. Jadi kami terus di bawa ke Restoran Minang. Masuk ja restoran, makanan semuanya dah terhidang.


Makanan bole tahan sedap. Oh ye kepada anda yang ke Medan jangan lupa try test cuba minum ais pokat (jus avocado)! Sedap! Rasa sikit2 macam mangga pun ada. Pekat. macam takda air. 


u olls shud try this ais pokat! org di medan tak panggil jus avocado. depa panggil ais pokat. sedap! :)

selesai makan kami bertolak ke Istana Maimoon warisan Kesultanan Deli yang terletak di ibukota Medan. Istana ini didominasi oleh warna kuning iaitu warna khas melayu. Ada pelbagai foto keluarga, perabot dan senjata tua di dalam istana.


Nantikan updet seterusnya di next entri mengenai Istana Maimoon. Serta jualan tang tang ting ting tung tung *apakebenda neh?*. Tunggguuuuu yeee :)


da da da da jumpa di next entry trip ke Medan Day 1 - Part 2 ~


Thursday, May 10, 2012

Umrah

salam u olls~ :)

ok kita stop sat ceritera ai ke Medan!

kemarin 9/5/12 - kul 12tghari kami sekeluarga hantar mak dgn ayah ke airport Langkawi. mak ayah saya pergi menunaikan umrah bersama rombongan Tabung Haji Travel Tours bermula 10/5/12 - 22/5/12.



at airport Langkawi
- sila klik pic utk lebih jelas lagi -


adik adik lelaki saya, tok, tok sedara & kazen yang tinggal di KL hantar mereka sampai ke KLIA jam 3pagi tadi. Saya tak ikut sebab di rumah takde sapa jaga kucing-kucing. Lagipun adik perempuan saya bersekolah. Lagipun saya tak bole la nanti drama airmata. Hantaq kat epot Langkawi pun dah berdrama Hanum ni. haihs apa laaaa! heuheuheu. ai bukan apa bila dah lama duduk dgn mak ayah ni so bila depa nak p almost 2 minggu ni terasa lamanyaaaa...


mereka daftar jam 8 pagi tadi di KLIA. saja adik-adik saya hantar awal pukul 3am ke KLIA sebab mak dgn ayah saya tak nak rushing kalut kalut. jam 11.45pg tadi mak ayah saya dah bertolak ke Jeddah. semoga mereka selamat pergi dan selamat pulang ke Langkawi, Kedah, Malaysia :)


Wednesday, May 9, 2012

Wordless Wednesday #15 - Kasut Kesayangan



selesa. selesa. sangat selesa bila di pakai!


Jalan-jalan ke Medan - Perjalanan Bermula

23/4/12 - seawal 6am bangun mandi bersiap. Breakfast nasi lemak, karipap dan teh panas.

9am kami bertolak ke Airport Penang menaiki van hiace. Sementara nak tunggu check-in bag apa lagi camwhore sana sini la jawabnya...kehkehkeh




Bila dah boring kami jalan-jalan sekitar dalam bangunan airport Penang. Masa tu airport Penang masih dalam renovation. lebih kurang 1 jam setengah kemudian ketua group iaitu mak ndak imah panggil. Dah chek-in rupanya. yeay! ^^



ai tak check-in bag pun sbb ai bawa ni jeeeee :D

Flight sepatutnya jam 11.05am delay selama 15minit. Setelah terasa lama menunggu akhirnya... ready to take off! :D


Lebih kurang 12tghari (waktu Indonesia) kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Medan, Indonesia.


amboi amboi seronot yeee Mira & Jama dah selamat sampai Medan!


Welcome To Medan! :D

da da da ta ta ti ti tu tu sekian ~


Nantikan updet seterusnya - Day 1 di Medan! 

Tuesday, May 8, 2012

Jalan-jalan ke Medan - sesi Pengenalan

hai hai u ollss~

ada tak yang ternanti-nanti updet percutian ai ke Medan? kuikuikui perasaan betul tauuu ai ni...kan? bukan apa tak sempat nak updet.. gambar pulak banyak yang shaking gegar gegar..spoil mood nak updet tauuu huhu... haih almaklumlah guna kamera biasa-biasa jee.. :D


saja suke hati suke letak sekadar hiasan :))


ok lah mari-mari ai mulakan ceritera percutian ai ke Medan ye! Sebenarnya Trip ke Medan (23/4 - 26/4/12) ni diaturkan oleh sepupu mak ai iaitu mak ndak Imah. Kami semuanya seramai 20 org yang kesemuanya dari Langkawi *ha bukan 2 org je macam trip ke Phnom Penh tu..hikhik*. Ni jugak sebenarnya 1st time ai ikut rombongan yang diaturkan oleh mak ndak ai. Ha nak tau berapa ratus harga pergi balik untuk seorang? Jeng jeng jeng RM750 seorang untuk 4H3M termasuk :

- tiket feri dari Langkawi - Kuala Perlis
- tiket bus dari Kuala Perlis - Penang
- flight tiket dari Penang - Medan
- flight tiket balik dari Medan - Penang - Langkawi
- penginapan sepanjang di Medan ( 1 bilik 2 orang)
- pengangkutan sepanjang di Medan
- Makan sebanyak 9 kali semasa di Medan
- Airport tax service

Ha murah taakkkkk? Bagi ai murah sebab cuma bawa duit belanja jeeeeeee. Yang lain-lain tak payah pikir sebab dah termasuk dalam kos trip percutian :)

Ai ajak my ex-opismate cik Jamaliza! Nak ajak mak ngan ayah ai, depa dah penah p. Nak ajak adik dia sekolah. so ai ajak cik Jama! seb baik dia trus ckp ON! Bole dok 1 bilik ngan dia. yeay! ^^



22/4/12 - dalam feri dari Langkawi - Kuala Perlis


 Kami naik bus Mara Liner dari Kuala Perlis - Penang.


***** Tik tok tik tok vroomm vroommm bus berjalan masa bergerak sampailah kami di Teluk Kumbar, Penang! *****


Sebelum bertolak ke Medan keesokan pagi (23/4/12) kami bermalam 1 malam di Pusat Latihan Sukan Air Unit Sukan, Penang.


Nantikan entri seterusnya perjalanan trip ke Medan bermula! :)


Friday, May 4, 2012

Arghhhhh..!!

aku sangat excited nak pakai purple p gheja esok. 




Aku sangat excited sampai tak mau tunggu esok pagi baru nak iron baju so aku iron malam ni siap-siap. Aku sangat excited sebab mak blanja tudung baru kaler purple. Disebabkan terlampau excited *maybe* yang tak penah-penah aku iron tudung jenis tissot tiba-tiba aku terlebih rajin nak iron. Kerana terlebih excited akhirnya.... 

arghhhhh!! geramnyaa!! tak sempat nak buat apa-apa sekelip mata saja tudung purple kuuuuuuuuuu T___T




tudung baru kott.. tak sempat pakai lagii.. baru ja beli 3/4 jam yang lalu tiba-tiba begini akhirnya.. huhuhu
arghh geramnyaaa kitewww! nak nages tau takk.. KALAULAH boleh diputarkan kembali masa :(


ohh tudung purple kuuuuuu ;(


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...