Tuesday, June 15, 2010

Aiskrim oh Ice cream oh Eskrem



Bila godek-godek folder pictures dalam toshi terklik pulak folder time bergalok dari malam sampai ke pagi.. Pastu terjumpa pulak gambaq-gambaq neh..




isk tak ingat pulak nama kek eskrem ni.. eskrem coklat kek kot..ke eskrem kek coklat tak pun coklat kek eskrem..eh ha apa2 je la yang seumpama dengannya... theeheee :D



Ini pulak banana spring roll with aiskrim. ha cuba cari mana banana nya? hik3 banana di sebalik kulit popia tuuu.. sedapppp


Kalau teringin nak makan silalah p ke Haven Bukit Langat. :)


Ada kisah lucu masa order benda neh. Masing-masing dok bayangkan rupa bentuk banana spring roll with aiskrim. Masa tu tak terpikir pun spring roll tu apa..muahahaha. Masa banana spring roll with aiskrim ni sampai kami berempat (aku, aishah, sarah & ili) tercengang berpandangan sesama sendiri.


Hampir-hampir dah kami nak cakap "eh excuse me, rasanya kami tak order pun popia" tapi nasib baik dalam hati ja. Pastu masing-masing baru sedaq 'kebodohan' masing-masing. "Aparaaaa spring roll tu kan popia!" kehkehkeh



**********************************************




sori gambaq tak clear sebab amik dari fb yang di tagged oleh cik Rozy sengal


Sangat sedap sangat best desserts neh. Mango mountain serius sedap manis begitu best skali makan. Kiwi Volcano (if tak salah nama neh) masam-masam sket op kos la sebab kiwi kan tapi serius fantastik super sedap. Strawberry..err strawberry apa ntah nama tak ingat plak super masam tapi super best sedap. Yummy3!! :D




Ok lari sket dari skop aiskrim. Ni pula Soy bean jelly with strawberry. makanan nak menjaga kecantikan. sebab? sebab makan stoberi dengan soyaaaa~ heee :D Sapa yang suka makan soya kompom suka yang ni. sedappp jugak!


Sila lah try dessert ni semua kat Sweet Chat @ Times Square, KL.



**********************************************




Ah ha ice cream ni sangat sedapppp! makan dekat yogurt ice cream dekat Mines kalau tak silap. serius sedap. sungguh delicious!




Terasa meleleh-leleh ayaq liur sekarang neh lapaq eskremmm -_-



*motip entry? nak promote eskrem...ngeh3 ;p*



CONTEST: mirror mirror on the wall, who's the most beautiful ...

Wahhhh dah lama tak masuk sebarang contest..ngeee :D


3 hari lepas masa tengah jalan-jalan di dunia belog eceh terjumpa la contest ni.. tak ingat plak jumpa dari blog mana..huhu -_-






Tengok macam menarik ja. Nak try join sebab teringat ada 2 keping ja gambaq aku kat depan cermin yang aku amik sniri. Ohh aku bukan la seorang yang gila suka amik gambaq depan cermin.. Sebab tak reti..kehkehkeh


Ok jom penuhi syarat-syarat contest! :D


Kena jadi follower soclose2213



saya follower yang ke-139 :)


Kemudian tepek banner contest kat side bar with link contest until 18 June 2010




******************************


Ok jeng jeng jeng gambaq yang akan dipertaruhkan adalahhh eceh ayat tak bleh blah..hehe :D. Aceli aku sangat sangat sangat tak pandai amik gambar depan cermin. Kang ada la yang kabur la tak cantik la apa-apa lagi yang sewaktu dengannya. Kalu orang lain tolong amikkan takpa. Aku pandai untuk join masuk gak bagi nampak muka aku kat cermin tu..kehkehkeh. so gambar yang akan dipertaruhkan ni aku memang amik sniri depan cermin. 2 kali ni je aku penah amik. Try test cuba jaya amik sniri. ngeh3. ok la malas bebel panjang-panjang jom tengok gambar occay! :D


Oh ha lupa pulak gambar mestilah diambil sendiri depan cermin. Gambar tidak boleh cap ayam, original, kalau nak touch up dibolehkan. Yang penting gambar pemilik belog sahaja ye.. So jom tengok.. Taraaaaaaa~




Gambar 1st tu 1st time tangkap depan cermin. Cuba jaya amik depan side mirror. E eh side mirror pun cermin jugak kan? ngeee :D Masa tu tengah bosan tunggu orang so amik je gambar sendiri. kehkehkeh..

Gambar 2nd tu dekat kfc pavilion. Testing testing amik gambar depan cermin tempat basuh tangan. Time tu teda orang berani la amik..heheh


So camna? Ok tak? Harap2 diterima la noo..hihihi :)


p/s: kawan-kawan jom la join! hadiah menarik tau. ha kalau tak percaya jom tengok hadiah kat belog penganjur soclose2213

Monday, June 14, 2010

Memanfaatkan hari minggu




aktiviti wiken saya: no no no bukan pergi pantai bukan pergi sungai gabai again or berehat-berehat bersama angin sepoi sepoi bahasa. gambar kat atas tu saja propa ja lebih..ngeeee :D



******************************************



Aktiviti wiken baru-baru ni adalahhhh......jeng jeng jeng


Sabtu : menonton menonton menonton menonton korean drama Cinderella's Stepsister.


Mula-mula bila tengok episod 4 and 5 beberapa mggu yang lepas-lepas-lepas kat KBS Astro kureng berminat sebab macam slow lembab yang amat kan. Mengantok ja. Tapi disebabkan memang dah donlod ada dalam toshi tersayang so tengok juga. Masa ep 1 biasa2 lagi belum tertarik. Bila masuk ep 2, 3 mula tertarik sebab Chun Jung Myung yang sebagai Hong Ki Hoon sangat la comey sweet bila dia senyum. kehkehkeh..


Oh tidak tidak itu pengaruh sampingan saja. Tertarik sebab dah mula rasa cerita ni best. Lepas tu terus tertarik tertarik nak tahu apa jadi. Punyala marathon. Dalam sehari dah tengok sampai episod 11. Sedih. Sebak. wuwuwuw.. Suka sangat tengok lakonan Moon Geun Young sebagai Eun Jo. Ekspresi muka dia. Takda perasaan, dingin. Tapi sangat tak suka tengok muka Seo Woo yang pegang watak as Goo Hyo Sun. Gila fake muka dia. Banyak mana dia buat pembedahan pun tak tau la. Bila senyum tu dah serupa apa lagi.



******************************************



Ahad: menonton menonton menonton movies with my lovely housemate/opismate cik ainPeanut at Alamanda, Putrajaya~ :D


Kami tengok ni


ohhh sungguh cair bila tengok prince Dastan senyum..kihkihkih. Prince of Persia best. Sungguh. Silalah pergi tengok kalau belum tengok lagi ye. *Ke aku je yang lambat tengok neh..hihihi*


& kami tengok ini jugak~



Karate Kid pun best jugak~ Kelakar. ^^



Jaden Smith sungguh cute comellll sangat sweet~ :))


Kesimpulannya wiken aku minggu ni asik menonton menonton menonton saja.. ngeee :D



p/s: alamak sudah Isnin: adoiiiyaiii malasnya nak p opis. Lepas ni kerja kerja kerja.. -_-

Thursday, June 10, 2010

memori 11.11 malam :)

bila terpandang jam di lappy tepat 11.11 malam
membuatkan aku teringatkan dia
aku rindu saat kami berbalas mesej pada hari-hari tertentu
aku rindu saat bila mana kadang-kadang aku terlihat jam 11.11 malam
dan tidak lama kemudian secara kebetulan munculnya mesej dia


sumpah aku rindu saat itu
sungguh rindu!
memori terindah dalam hidup
walaupun ianya hanya dalam masa yang singkat
sungguh singkat.


sekarang kami tidak lagi berhubung
apa sebab aku sendiri tak pasti
mungkin kerna dia jauh nun di sana
jauh beribu batu


kadang-kadang tersenyum sendiri bila secara tak sengaja terlihat jam 11.11 malam
hingga kini setiap kali aku terpandang jam 11.11 malam aku teringatkan dia
aku harap sangat waktu itu munculnya khabar dari dia
tapi akhirnya hampa


ohh sungguh aku rindu memori itu
teramat rindu!




p/s: kamu, semoga berjaya dalam hidup :)



-gambar ihsan en.gugel image-

Monday, June 7, 2010

Selamat Pengantin Baru :)

05.06.2010 yang lepas, aku dan kawan-kawan p majlis kawen member sekolah kami. Member masa Mrsm Beseri Batch 18. Kami wat rombongan 3 bijik keta - ferrari, lamborghini, hummer. ha gila best kan keta kami. celuih tak celuih tu belakang kira. hokhok

Masa p kenduri kawen member ni jugak cam wat reunion kecik sbb dapat jumpa kawan-kawan yang dah bertahun-tahun tak jumpa. yelah ada yang last jumpa masa form 5 kot. sekarang masing-masing dah 24 tahun. so ada la dalam 6, 7 tahun tak jumpa. Lama tuuu.. eh malas pulak nak merapu menaip panjang-panjang. Jom kita tengok gambar dan biarkan gambar saja bercerita occay?!


*******************


Kesengalan kami sepanjang Majlis kenduri kawen Shuhada Abdullah a.k.a bab & Khomaini Ibrahim.



Kereta yang mengetuai rombongan. Bertolak ke rumah pengantin.
(berpuluh-puluh retake sbb nak bagi semua ahli2 keta nampak muka..hik3)


Keta dibelakang kami.


Keta dibelakang belakang kami


Dah sampai umah pengantin! :D


Sepanjang perjalanan dari kereta nak ke rumah pengantin kami gilak aktif hiperbola bergambar. Pantang ada yang tunjuk kamera. haha. Macam-macam kejadian lucu yang jadi. Ada yang hampir nak kna langgar motor(almaklumlah jalan sempit), ada yang nak terjatuh dalam sawah(excited nak bergambar), ada yang gagah nak masuk dalam gambar juga..haihss macam2 la kerenah kami semua sepanjang dok jalan kaki nak ke rumah bab.


Acara makan-makan. Jumpa kawan-kawan lama. Sungguh pulun excited! ngeh3


Time makan-makan pun sesi bergambar wajib.


Semasa kami tengah makan pengantin dijemur di tengah panas. Acara silat sedang berlangsung.


Dah habis makan dah habis sesi bersilat kita serbu pengantin! Apalagi bergambar time! heee :D




Dah macam sesi bersoal jawab dengan wartawan.


Kami yang tak mau bergerak dari pelamin sebab still ada kamera kamera yang mengambil gambar..kihkihkih


Dah bangun dari pelamin dah cakap "ok ok cukup" tapi terus posing bergambar bila ada yang pegang kamera balik menghala ke arah kami..mana bleh lepaskan peluang beb! lalala~


Tiba-tiba masa dok bergambar nampak kek pengantin.


Terus p ke kek nak bergambar. Bila kameraman dah di depan mata memang bergambar tak hengat orang sekeliling.


Anak-anak dara yang masih HOTT..miahaha


Ok tak cukup dalam rumah sampai ke luar pun kami bergambar. Pengantin lelaki entah hilang kemana dah time ni. Bagi peluang wife dia bergambar dengan sahabat-sahabat yang memang pantang nampak kamera..kuikuikui



Tengok la gelagat masing-masing. Tak kira kamera di bawah, kamera di angkat mesti nak bergambar. kihkihkih



Dah penat bergambar sana sini..sampai cik datin farah terpaksa cakap banyak-banyak kali "dah dah jom kawan-kawan mak aku kol dah ni" (dia kna balik awal sebab ada hal family) so kami pun berangkat la balik.


Sepanjang dok jalan kaki dari umah bab nak ke keta pun sesi bergambar tetap ada. ngeh3..


Dah macam suasana rombongan budak-budak p beraya 1 kampung pulak..hikhik






Mereka-mereka berempat yang di depan sedang tersengih tersenyum dengan penuh palsu sebab keta panas gilak kot time tu..demi bergambaq punya pasal sanggup tahan panas. Time ni dialog depa "wei cepat anas cepat panas ni tangan kami..jenuh dok tahan panas keta ni"


Dah nak balik~


Time ni lampu merah pun sempat lagi snap pix. heuheuheu



*****************************************



Tahniah Bab dan incik pasangan bab~! :D

Semoga kekal bahagia selamanya hingga ke syurga :)


***********************


Lepas balik dari umah bab, kami terus ke umah betong pulak. Ni geng budak laki punya plan. So kami layankan aje..ikut je sebab dah naik keta ngan mereka-mereka kan..lagipun 1 skolah jugak. Cuma tak kenal sangat..hehe









Tahniah Betong dan pasangan~! :D

Semoga kekal bahagia selamanya hingga ke syurga :)



p/s: gambar-gambar credit kpd Anas, Aishah, Yat, Adiez, Juhanis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...