Friday, October 7, 2011

Tiba-tiba terfikirkan masa depan

Menyimpan menyimpan menyimpan wang!


Bestnya kalau kita ada duit yang banyak kan?





Petang tadi terima surat daripada PTPTN. Fuhhh dah banyak bulan gak aku stop bayaq sejak mula bayar tahun 2009. Nak kena start bayar balik ni. Nanti tak leh nak p melencong eh melancong pulak. wuuwuwuw tak mo la blacklist kan cheq naa. Lusa ni cheq start bayaq balik na. Hari ni tak bole bayaq pejabat pos tutup hari Jumaat. :(


eh kawan-kawan camna nak bayaq PTPTN secara online eh? ajaqkan sayaaa plisssss *wink*wink*


Nak start menabung menyimpan duit la dari sekarang. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan! :) Banyak benda dalam kepala otak ni yang nak di beli. Bila la agaknya nak boleh beli rumah ni. Umoq tak lama lagi tak berapa hari ja lagi nak genap 25 tahun. OMG! simpanan baru seciput. Tak bole jadi betul.


Walaupun bayang-bayang calon suami belum nampak lagi tapi perlu menyimpan dari sekarang jugak.. Manatau bila-bila masa ja jodoh sampai kan? Sekurang-kurangnya dah ada simpanan :) *eceh hanum dah mula pikir masa depan yang lebih sirius neh..hikhik terasa macam dah dewasa & matang ;p *


Kalau ada duit senangnya suka hati nak p jalan-jalan kan! Bila ada ja kawan-kawan or family ajak bercuti zaaappp! dengan cepat ja kita jawab 'YES! Nak ikut!' . Hahaha ni perabis duit namanya bukan menyimpan. Tapi dari menyimpan duit lah kita boleh pergi melancong kan. Bila melancong duit habis kemudian simpan semula. Kalau menyimpan ja tak mau melancong pun tak boleh gak. Kita kena jugak melancong tengok kehidupan luar baru minda terbuka tauuu.


Kita manusia ni tak pernah puas tak pernah rasa duit kita cukup kan. Hari-hari mesti ada orang merungut cakap takdak duit, takde duit teda duit kan. Akceli kita bukan takde duit tapi kekurangan duit. Kalau takdak duit tu zero kosong 1 sen pun takdop. Sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada. Menyimpan duit menyimpan jugak tapi jangan sampai ikat perut takmo makan ye kawan-kawan. Tak baik untuk kesihatan. Ingat tuu ye :)


Tata titi tutu. Jumpa lagi. :)


*pic from pokcik G

1 comment:

♥CIK SHA♥ said...

nak bayar online p kat sini...

http://epay.ptptn.gov.my/loan/ptptnlogin.jsp

hang nak bayaq guna maybank2u ke, cimbclicks ke, bank islam ke..boleh je..


ececeh..pikiaq masa depan no..baguih le tu...ehehe..;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...