Monday, March 28, 2011

Gembira vs Sedih vs Gembira vs Sedih

hallooooooooo... whooopppp2! :D


Saya HAPPY hari ini!! sebab? umahku syurgaku yg baru ni dah ada tenet! lalalala~



sumbangan pakcik gugel~


2.2.2011 yang lalu ayah saya pencen. jadi bila dah pencen kami tak tinggal di kuarters lagi. kami sudah pindah ke rumah baru. rumah baru ni ayah saya bina sendiri. ubah suai dari umah nenek yang lama. umah baru ini di kampung. kampung emak saya membesar. tapi masih di Langkawi juga.


saya sedih sangat nak tinggalkan rumah lama saya. kenapa? sebabnya saya dah tinggal di rumah lama tu hampir 17 tahun. masa tu saya kecik lagi. adik yg bongsu pun belum tengok dunia. saya sedih sebab rumah tu banyak kenangan manis pahit. saya sedih sebab saya dah sebati dengan rumah tu.


Yang paling saya sedih sebab talian telefon rumah yang dah digunakan hampir 20 tahun dari saya masih kecil lagi dah kena tukar. sebabnya kami sudah pindah ke kawasan lain. Kawasan ini jauh dari rumah lama saya. Memakan masa 15-20minit kalau ayah saya yang drive (sebab langkawi tak sesak jadi boleh bawa laju-laju pecut). kalau saya yang drive masa tu akan jadi double.


Kenapa saya Gembira rumah sudah ada internet? Sebabnya masa awal-awal pindah dulu abang TM cakap line intenet sudah full. tak sampai ke rumah saya. dia cakap hotel dah ambil semua line internet. Padahal hotel paling terdekat dengan rumah baru saya ni ada satu je iaitu Hotel Helang (saya tidak memahami apa yang dia cuba sampaikan). Saya dan adik-adik sangat sedih. saya, adik-adik dan ayah dan emak berasa pelik "tak kan la 1 umah kat kampung ni tak pasang streamyx? kami berduka cita.


Kemudian sebulan yang lalu...
Abang tenet kata boleh sambung balik streamyx kami tu. Yeay! Syukur Alhamdulillah. Best giler tak terkata. takdak la rasa terpisah dengan dunia luar. aiseh!


Ada cerita sedih lagi. Saya ada kucing. betul kata orang 'tak kenal maka tak cinta'. Dulu saya alergik+geli+takut dengan kucing. tak percaya baca ni. Saya tak suka mereka ada di rumah saya. Tapi sekarang keadaan dah berubah. Saya sangat SAYANG YANG AMAT kepada mereka. Mungkin sebab masa saya banyak dihabiskan dengan mereka. Dah berani pegang, dukung tapi masih takut-takut gak kadang-kadang. Saya sedih sebab si garfield kucing yang paling saya sayang belum dapat di bawa lagi ke rumah baru. sebab masa kami pindah angkut-angkut barang semua dia merayau. Saya tak kurung kucing saya. Lagipun mereka jarang masuk dalam rumah. Duduk di belakang rumah saja. Sampaikan kadang-kadang tetamu yang selalu datang umah pun tak tau kami bela kucing kalau mereka tak pergi ke belakang umah kami.


Garfield sangat suka merayau tapi dia tetap akan balik umah cuma tak tentu masa. Kadang-kadang pagi, kadang-kadang siang, kadang-kadang malam. Saya rasa mesti dia ada balik umah tapi tak da orang buka pintu sebab kami semua di rumah baru. Kami selalu jugak pergi rumah lama tapi tak jumpa dia. garfield sangat suka makan. garfield gemuk. garfield sangat manja. Saya rindu garfield saya. Garfield, harap-harap garfield sihat ye. Maintain gemuk tau. Rindu garfield sangat-sangat. :( **sorry emo teringat garfield. mungkin pengaruh persekitaran. hujan yang lebat dari pagi tadi. shejuuukkkkkk mcm nak demam..huhu~


ini garfield. masa ni dia ngade-ngade nak masuk dalam rumah main sembunyi-sembunyi.


kucing-kucing yang lain pun dah besar. dah ada anak. sangat comel. nnt saya updet kisah kucing-kucing saya okeyh. *kalau teringat.hikhik~


wahh panjangnya entri. jakun + excited mungkin sebab tenet kembali! ;p


2 comments:

nisa ~ shasha said...

yayyyyyyyy! sila apdet blog hari2 n apdet facebook jugak! :p

hanumHae said...

yeayyy!! haa u rinduu i yee..lalala~ okeyh beb! :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...