Jam 9.45mlm 21 May 2011 ai dengan my mother p tengok Nur Kasih The Movie. Nak tengok Nur Kasih kena ajak mak ai ler. hihi. Apa2 pun jom layan OST Nur Kasih The Movie - Bertemu Cinta nyanyian Mila Jirin ni dulu. suka lagu ni! :)
Nur Kasih The Movie membuktikan betapa cintanya Adam (lakonan Remy Ishak) kepada Nur Amina ( lakonan Tiz Zaqyah). Betapa setianya Aidil (lakonan Fiz Fairuz) di sisi Adam & Nur Amina.
Nur Kasih The Movie banyak menyedarkan aku tentang keadaan sekeliling.
Ada 1 scene yg membuatkan aku berfikir - di mana seorang ustaz pakai jubah, pakai serban alim sangat tapi bila tengok keadaan kelas yang bercampur lelaki perempuan, tak menutup aurat, terus ustaz tu tak nak mengajar. Sebab haram katanya belajar agama bercampur lelaki perempuan tak menutup aurat. Tapi kalau luar je bertutup semua, di dalam hati diri individu tu kosong tak guna juga kan? Tapi niat tak menghalalkan cara bukan?
Suka ayat ni:
"Kalau mereka hanya mahu berdakwah pada orang-orang berilmu, orang-orang masjid, habis budak-budak yang cetek ilmu tu tanggungjawab siapa?" - Adam Hassan in NKTM
Aku tak sempat nak menangis mengalir air mata sebab dari 1 scene ke 1 scene terlalu cepat je aku rasa. Tak sempat nak feeling lebih-lebih dah tukar ke scene lain. HAHAHA. Maybe kekangan masa punca utama hal ni. Tapi tersentuh tu ada jugak. Sebak sikit-sikit jek.. ;p
Kelemahan - CGI kurang menarik, If u guys yang dah tengok Hikayat Merong Mahawangsa cakap CGI nya suck, NKTM lagi screwed up. Paling nampak sangat time kepala lelaki serban terbakar tu. Effect api nampak sangat tak real hehehe. Ok kelemahan NKTM dari segi CGI. Tapi bukan senang tau nak hasilkan CGI yang awesome!
Apa-apa pun, Nur Kasih The Movie - cerita yang penuh dengan pengajaran & nilai cinta, kasih sayang. Sinematografi yang cantik. Kekuatan skrip, jalan cerita bertambah best+awesome bila dilakonkan dengan berkesan oleh pelakon yang mantap.
Congrats Khabir Bhatia & crew Nur Kasih The Movie! ^^
Uollz shud go buy a ticket and watch this movie! Yes NKTM is Worth watching!
"Semakin derita menghimpit kita, semakin dekat Allah menghampiri kita"
2 comments:
yeahhh...true..
xsmpt nk feeling2 kn
tu laaaa..cepat je tukar scene.
Post a Comment