Thursday, August 18, 2011

Prosecutor Princess Korean Drama


Yeayyy! Akhirnya berjaya gak aku habiskan drama ni setelah pelbagai rintangan halangan yang melanda..ecehhh.. *clap*clap*


Eh? Bukan aku mention dalam post b4 ni yang aku nak tengok Secret Garden kan? Ehehe tak jadi sebab tak complete lagi donlod so aku godek-godek external aku nak tengok movie apa. Last-last decide nak tengok Prosecutor Princess..and guess what? Tak sia-sia tau! Really interesting drama!


Akceli kalau nak tau dah setahun drama ni ada lam external. Tapi baru sekarang tengok. Honestly aku paksa diri aku untuk tengok 1st episode 2 kali. Salah satu sebab aku paksa gak diri aku tengok drama ni sebab baju-baju yang heroin dengan si Jenny kawan baik Lawyer Seo pakai cantik-cantik jek. High heels pun cantikkk sangat. Makin lama jalan cerita drama ni pulak makin menarik. Banyak btol unpredictable scenes. Masa tengok drama ni ada je ayat yang keluaq dari mulut aku...

"ooo mmm geee?!"
"yaka?"
"eh sapa dia ni?"
"hoh apa jadi lepas ni?"
"NOOO!"
"hensemnyeeee" >_<
"alaaa kawaiii"


Mesti dah ramai yang tau sinopsis drama ni kan? Tapi tak kira nak tepek gak.. Ni sinopsis dari wiki.. ai malas nak karang ayat sniri.. kikiki~

..Ma Hye Ri is a woman with an excellent memory and ability to focus, which allowed her to pass the bar exam with ease. Despite her talents, she is more interested in being fashionable and dislikes hard work so she is far from being an ideal prosecutor and has doubts about her suitability for her job. Through her conflicts with senior colleages and struggles with difficult cases, however, Hye Ri gradually matures into a brilliant prosecutor with a sense of duty and justice..


sweetkannn kasut nii :))

Aku sangat suka bila scenes main character drama ni..kawaiiii sangat. Babak romantik antara heroin + hero dalam drama ni pun cute jek..


Kim So Yeon - Park Shi Hoo

Ma Hye Ri ♥ Seo In Woo.. amazing ending. LOVE!



love the ending between prosecutor Yoon Se Jun & Prosecutor Jin Jung Sun. cute! :D


"you have to let go of the past for the future to come"


One of da best KDrama 2010! ^^ **ok memang aku ketinggalan ;p


For those yang lom tengok lagi drama ni, if nak something different.. not so cliche romantic korean drama..bolela tengok Prosecutor Princess. Berbaloi-baloi. :)


OST drama ni pun best..

- Fly High by SHINee -



- Goodbye My Princess by Monday Kiz -



p/s: pasni memang aku tengok Secret Garden pulak. **ish memang ketinggalan aku ni. Drama 2011 bila nak tgk? ekekeke

Sunday, August 14, 2011

Ramadhan ke-13 : Berbuka di De Baron Langkawi

Salam semua.. :)


Kemarin 13 Ogos 2011 aku ngan farah berbuka puasa sama2. Farah pilih nak berbuka di De Baron Resort. Aku on ja. Bukan nak mengebat berbuka di Hotel, tapi malas nak menunggu di kedai-kedai makan. Yolah time2 bulan puasa ni sure lambat kan nak tunggu turn. Huhu. Lagipun berbuka di hotel banyak juadah. Suka hati hang la nak makan banyak mana pun. theheee ;D


Ni 2nd time aku berbuka di hotel. 1st time Ramadhan ke-5 di Seaview Hotel dengan kawan-kawan opis. Company support ai ikut jee..ehehe. Tapi tak sempat nak snap pic sebab lambat sampai..


Ok lah malas nak celoteh panjang-panjang lagi...Layankan aje gambar-gambar yang aku sempat snap ni yeee...


penuh meja..hehe. Tomato ituuu sedappp manis jek. Nasi minyak+ayam masak merah+daging rebung tuu sedapp :) TAPI kerabu dia kurenggg~ yang lain-lain ok-ok jee..


sabar cikgu farah sabaarr~


pemandangan luar


dah malam masa ni


labu-labi stall - mee,bihun,koey teow goreng


bihun goreng tu sedaaapppp berbanding mee rebus.. nom nom nom nom~


eksrem goreng! yummy!


koey teow goreng sedaapp tapi tak habis sebab tak larat dah..perut dah penuh sangat-sangat.


p/s: teringin nak berbuka di 5 * hotel such as Westin, Mutiara Burau Bay, Sheraton. ada org nak support tak? ekeke

Friday, August 12, 2011

Love Life Quotes #2


I wish memories were like photos, so I could delete the bad ones and save the good ones.

credit: @SimpleLoveTweet


M.A.I.D - Suri Ryana



Aku tertarik nak beli novel ni sebab tajuk. Bila baca sinopsis macam best ja. Aku beli online. Bila terima je Ya Ampun tebalnya! ahaha.


Novel ni aku beli bulan june. Sekali dengan Juara Carta Cinta. Pas setel JCC, aku teruskan baca M.A.I.D. Hmm not bad. Permulaan cerita memang aku suka. Terhibur je baca gelagat Noorul dengan majikan dia Mr. F masa sebelum depa kahwin. Selepas hero + heroin dah kahwin aku macam malas nak baca sebab macam meleret. Banyak pulak tu scene yang asik luah perasaan sayang. Naik muak pun ada. huhu.


Masa baca novel ni aku tak tahu la kenapa aku asyik bayang Mr. F adalah jejaka iras2 hero2 handsome, macho korean drama. Setiap babak or scene Noorul dengan Mr. F mesti aku bayangkan macam aku tengok drama korea. Ke sebab aku baru pas tengok Lie To Me neh? buahahaahaha.


TAPIII sekaaliiii bila aku terjumpa facebook penulis Suri Ryana, aiyooooo memang betul apa yang aku bayangkan hero M.A.I.D ni. Taraaaaa.. *pengsan!*


Lagi best bila Noorul tu penulis gambarkan iras2 Fazura. Omaigooddd love it la! :)


Mr. F or Harris ni memang sangat cerewet, garang macam harimau tapi handsome. Ada saja nota pesanan yang ditinggalkan untuk Noorul sebelum Noorul sampai ke penthouse Mr. F. Semuanya serba tak kena. Tepat jam 8 pagi ja Harris akan call ke penthousenya untuk pastikan Noorul dah datang kerja. Ketepatan masa penting bagi Harris.


Harris ada adik namanya Haikal. Noorul ada kawan baik namanya Iman. Noorul, Iman & Haikal bersahabat baik. Iman sukakan Haikal. Tapi dalam diam rupanya Haikal yang mesra peramah tu sukakan Noorul. Noorul tak bole terima sebab dalam hati dia dah ada insan lain. Haikal kecewa tapi tak berputus asa sebab selagi Noorul belum berkahwin dia akan tetap amik hati Noorul dengan dibantu Iman. Mak Noorul dikampung pula nak jodohkan Noorul dengan Asyraf anak Mak Leha. Pening Noorul dibuatnya.


Lama-kelamaan hubungan antara Noorul & Harris bertambah baik. Tapi ada pula fitnah yang melanda. Mereka dituduh bersekedudukan. Disebabkan fitnah Noorul & Harris terpaksa berkahwin demi menjaga maruah dan reputasi perniagaan milik keluarga Harris. Tan Sri Hamdan bapa Harris tak kisah bole terima Noorul. Begitu juga Haikal. Walaupun kecewa tapi Haikal tetap bole terima Noorul sebagai kakak iparnya dan tak akan mengharap lagi. Berlainan pula dengan mama Harris iaitu Puan Sri Kirana. Bagi mama Harris, Noorul tidak setanding wanita pilihannya yang lebih moden iaitu Elisa.


Zaura adik kepada Harris dan Haikal turut menyukai Noorul berbanding Elisa. Zaura tak tahu hal sebenar Harris dan Noorul berkahwin kerana menganggap mereka berkahwin atas dasar suka sama suka.


Harris yang mula menyukai Noorul kecewa apabila Haikal pernah bagitahu dia yang dalam hati Noorul ada insan lain yang bertakhta. Selepas sesi salah sangka, meluah perasan, berterus terang dan akhirnya Noorul memecah rahsia kepada Harris bahawa Harris lah yang dok bertakhta di hatinya selama ni, Harris sangat gembira. Haaaa start daripada sinilah tak habis-habis bersayang-sayang. Romantik gila vavi. Tapi terlalu banyak sangat sesi luah perasaan sampai aku rasa meleret-leret dan menyampah. Tak penah lagi aku baca novel aku rasa nak skip ja part romantik-romantik. huuuu.


Overall not bad. Cerita yang ringan-ringan jek. Konflik pun ok2 jee. Apa-apapun Tahniah kepada Suri Ryana! Teruskan berkarya :)


Haaa siapa yang menjadi dalang kepada fitnah mereka? Jangan lupa dapatkan M.A.I.D ok! :)


Sunday, August 7, 2011

Juara Carta Cinta - Lynn Dayana


"Aku + Kamu = Cinta Atas Awan" - Haiqal
"Mari Raikan Cinta!" - Haqiem
"Kembali sayangi aku" - Adnan



Alhamdulillah. Berjaya gak aku habiskan baca novel Juara Carta Cinta (JCC) ni. Padahal aku beli novel ni dah lama. Bulan June. Baru sekarang berjaya habiskan. Dah dua orang pinjam buku aku ni - Mak sedara & kazen. Tapi tuan empunya baru ja berjaya habiskan baca. huahuahua.


Cute jek kan cover novel JCC ni? Jalan cerita memang best. Ada unsur cinta-komedi-thiller. Masa baca JCC ni aku selalu bayangkan penulis - Lynn Dayana tentunya seorang yang ceria meria! Rasa natural ja bila baca ayat-ayat kecerian dalam novel ni. Aku jamin kita yang baca pun tentu ceria! ehehe


Maya Hanum (ok nama Hanum ada yes!) lalala panggg~ : Maya seorang novelis dan pemilik kedai cenderahati. Hidupnya di kedai sentiasa ceria ditemani Laila & Julie yang merupakan pekerja Maya. Kecerian hidup Maya tiba-tiba diduga bila jiran-jiran barunya merupakan bekas tunang yang dah berkahwin (Adnan) dan bekas kekasih (Haqiem) yang dicintai sepupunya Mimi. Bermulalah pelbagai episod kelam-kabut. Merimaskan. Melemaskan dalam hidup Maya. Maya menjadi pelarian dari rumah sendiri demi mengelak dari bertembung jiran-jirannya serta mengelak perang mulut antara dirinya dan Mimi. Intan isteri Adnan yang mulanya berwatak suci tiba-tiba bertukar watak bila mengetahui yang Maya adalah bekas tunang Adnan.


Kemunculan Mr. Stanger sedikit sebangak menyelamatkan Maya biarpun mulanya Maya tak suka kepada Mr. Stanger. Mr. Stanger yang misteri dan cute membuatkan pembaca tentu tertanya-tanya siapa dia. Misteri dari segala segi. Terutamanya kerjaya. Perghh tak kusangka rupanya...


JCC gak ada unsur-unsur seram. Perghh kejamnya mangsa-mangsa itu dibunuh! Meremang gak la bulu roma bila baca time malam..huhu


highly-recommended! Tahniah & makaseh Lynn Dayana sebab buat hidup ai ceria je baca Juara Carta Cinta!


p/s: hoh kalaulah betul-betul terjadi kita berjiran dengan bekas tunang dan bekas kekasih sekaligus memang porak-peranda kan hidup! err seb baik tuan belog tak penah ada kekasih. Apatah lagi bekas kekasih bekas tunang bekas tupperware hewhewhew~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...