Thursday, August 4, 2011

Lie To Me Korean Drama


Yeay! Dah habes tengok Lie To Me. Dah lama gila vavi aku tak tengok drama korea yang betul-betul aku tengok dari mula sampai titisan akhir.. ceeewahhh tak bole blah ayat hiperbola ;p. Last aku tengok Marry me Mary tapi tak habis pong sebab tengok kat youtube. Aku ni jenis kalau tengok online memang camtu la confirm tak akan tengok sampai habis sebab lambat & malas nak tggu loading. Baik download. Puas hati mak noks. Boleh pause, ulang tayang tengok scene yang best, bila tenet teda or lembab macam siput pun takpe bole tengok gakkk sebab dah donlod..hikhik


Tak tau pasaipa, drama Lie To Me ni memang buat aku addicted. Suka pulak tengok hero drama ni. Teda la handsome mana pun tapi manis tu ada. Maybe manis sebab taik lalat kat hidung dia kot..ekekeke. Kadang-kadang macho pun ye gak.


Meh sedikit sinopsis :
Gong Ah Jung (Yoon Eun Hye) merupakan seorang pegawai Kementerian Kebudayaan telah membohongi kawan-kawannya yang dia dah berkahwin. Kebetulan salah seorang kawannya ternampak Gong Ah Jung di cempung oleh Hyun Ki Joon (Kang Ji Hwan) - pengurus hotel dari keluarga kaya. Apalagi terus kawannya buat spekulasi yang Gong Ah Jung berkahwin dengan Hyun Ki Joon. Hyun Ki Joon yang mulanya nak saman malu terhadap Gong Ah Jung ntah cam mana boleh terjebak juga dengan pembohongan yang dia dah berkahwin dengan Gong Ah Jung. Semuanya gara-gara adik lelaki Hyun Ki Joon yang memperkenalkan Gong Ah Jung adalah isteri Hyun Ki Joon kepada Mr. Chen yang merupakan client terpenting bagi Hyun Ki Joon. Pelbagai perkara lucu, comel, geram, cemburu dan memeningkan kepala yang terjadi sepanjang pembohongan mereka. Hal menjadi lebih rumit bila bekas tunang Hyun Ki Joon iaitu Oh Yoon Joo muncul.


Adeh pening tak uoolls baca sinopsis den ni? Haha eden ni memang tak pandai nak bagi sinopsis or komen lebih-lebih. Apa kata u olls tengok sendiri ok! ;p


Sukkaaaaanya bila Hyun Ki Joon seorang yang cerewet bab kebersihan dan seorang pengurus yang serius bertukar jadi cute bila bersama dgn Gong Ah Jung. Especially bila bab depa dah cintun-cintan. ^^


Drama ni best! P la tengok. :) *err ke aku yang ketinggalan tengok drama ni? kuikuikui~



p/s: next drama - Secret Garden. Ok mmg aku ketinggalan! bye. ;p


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...