Friday, August 12, 2011

M.A.I.D - Suri Ryana



Aku tertarik nak beli novel ni sebab tajuk. Bila baca sinopsis macam best ja. Aku beli online. Bila terima je Ya Ampun tebalnya! ahaha.


Novel ni aku beli bulan june. Sekali dengan Juara Carta Cinta. Pas setel JCC, aku teruskan baca M.A.I.D. Hmm not bad. Permulaan cerita memang aku suka. Terhibur je baca gelagat Noorul dengan majikan dia Mr. F masa sebelum depa kahwin. Selepas hero + heroin dah kahwin aku macam malas nak baca sebab macam meleret. Banyak pulak tu scene yang asik luah perasaan sayang. Naik muak pun ada. huhu.


Masa baca novel ni aku tak tahu la kenapa aku asyik bayang Mr. F adalah jejaka iras2 hero2 handsome, macho korean drama. Setiap babak or scene Noorul dengan Mr. F mesti aku bayangkan macam aku tengok drama korea. Ke sebab aku baru pas tengok Lie To Me neh? buahahaahaha.


TAPIII sekaaliiii bila aku terjumpa facebook penulis Suri Ryana, aiyooooo memang betul apa yang aku bayangkan hero M.A.I.D ni. Taraaaaa.. *pengsan!*


Lagi best bila Noorul tu penulis gambarkan iras2 Fazura. Omaigooddd love it la! :)


Mr. F or Harris ni memang sangat cerewet, garang macam harimau tapi handsome. Ada saja nota pesanan yang ditinggalkan untuk Noorul sebelum Noorul sampai ke penthouse Mr. F. Semuanya serba tak kena. Tepat jam 8 pagi ja Harris akan call ke penthousenya untuk pastikan Noorul dah datang kerja. Ketepatan masa penting bagi Harris.


Harris ada adik namanya Haikal. Noorul ada kawan baik namanya Iman. Noorul, Iman & Haikal bersahabat baik. Iman sukakan Haikal. Tapi dalam diam rupanya Haikal yang mesra peramah tu sukakan Noorul. Noorul tak bole terima sebab dalam hati dia dah ada insan lain. Haikal kecewa tapi tak berputus asa sebab selagi Noorul belum berkahwin dia akan tetap amik hati Noorul dengan dibantu Iman. Mak Noorul dikampung pula nak jodohkan Noorul dengan Asyraf anak Mak Leha. Pening Noorul dibuatnya.


Lama-kelamaan hubungan antara Noorul & Harris bertambah baik. Tapi ada pula fitnah yang melanda. Mereka dituduh bersekedudukan. Disebabkan fitnah Noorul & Harris terpaksa berkahwin demi menjaga maruah dan reputasi perniagaan milik keluarga Harris. Tan Sri Hamdan bapa Harris tak kisah bole terima Noorul. Begitu juga Haikal. Walaupun kecewa tapi Haikal tetap bole terima Noorul sebagai kakak iparnya dan tak akan mengharap lagi. Berlainan pula dengan mama Harris iaitu Puan Sri Kirana. Bagi mama Harris, Noorul tidak setanding wanita pilihannya yang lebih moden iaitu Elisa.


Zaura adik kepada Harris dan Haikal turut menyukai Noorul berbanding Elisa. Zaura tak tahu hal sebenar Harris dan Noorul berkahwin kerana menganggap mereka berkahwin atas dasar suka sama suka.


Harris yang mula menyukai Noorul kecewa apabila Haikal pernah bagitahu dia yang dalam hati Noorul ada insan lain yang bertakhta. Selepas sesi salah sangka, meluah perasan, berterus terang dan akhirnya Noorul memecah rahsia kepada Harris bahawa Harris lah yang dok bertakhta di hatinya selama ni, Harris sangat gembira. Haaaa start daripada sinilah tak habis-habis bersayang-sayang. Romantik gila vavi. Tapi terlalu banyak sangat sesi luah perasaan sampai aku rasa meleret-leret dan menyampah. Tak penah lagi aku baca novel aku rasa nak skip ja part romantik-romantik. huuuu.


Overall not bad. Cerita yang ringan-ringan jek. Konflik pun ok2 jee. Apa-apapun Tahniah kepada Suri Ryana! Teruskan berkarya :)


Haaa siapa yang menjadi dalang kepada fitnah mereka? Jangan lupa dapatkan M.A.I.D ok! :)


3 comments:

♥CIK SHA♥ said...

meleret2?sumpah aku tak baca dah..kui3..lama gila tak baca novel..T_T

cikpepel said...

da baca..mmg best...weh..cari doktor cinta...lagi best..

hanumHae said...

cik sha--> ahahaha. aku pun dh lama xbaca weh. ni baru jinak2 balik sampai nak muntah plak asik dok baca.ekeke

cikpepel--> doktor cinta? hmm tu la bc sinopsis mcm best jek..nak kna beli ke?kuikui

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...