Sunday, August 7, 2011

Juara Carta Cinta - Lynn Dayana


"Aku + Kamu = Cinta Atas Awan" - Haiqal
"Mari Raikan Cinta!" - Haqiem
"Kembali sayangi aku" - Adnan



Alhamdulillah. Berjaya gak aku habiskan baca novel Juara Carta Cinta (JCC) ni. Padahal aku beli novel ni dah lama. Bulan June. Baru sekarang berjaya habiskan. Dah dua orang pinjam buku aku ni - Mak sedara & kazen. Tapi tuan empunya baru ja berjaya habiskan baca. huahuahua.


Cute jek kan cover novel JCC ni? Jalan cerita memang best. Ada unsur cinta-komedi-thiller. Masa baca JCC ni aku selalu bayangkan penulis - Lynn Dayana tentunya seorang yang ceria meria! Rasa natural ja bila baca ayat-ayat kecerian dalam novel ni. Aku jamin kita yang baca pun tentu ceria! ehehe


Maya Hanum (ok nama Hanum ada yes!) lalala panggg~ : Maya seorang novelis dan pemilik kedai cenderahati. Hidupnya di kedai sentiasa ceria ditemani Laila & Julie yang merupakan pekerja Maya. Kecerian hidup Maya tiba-tiba diduga bila jiran-jiran barunya merupakan bekas tunang yang dah berkahwin (Adnan) dan bekas kekasih (Haqiem) yang dicintai sepupunya Mimi. Bermulalah pelbagai episod kelam-kabut. Merimaskan. Melemaskan dalam hidup Maya. Maya menjadi pelarian dari rumah sendiri demi mengelak dari bertembung jiran-jirannya serta mengelak perang mulut antara dirinya dan Mimi. Intan isteri Adnan yang mulanya berwatak suci tiba-tiba bertukar watak bila mengetahui yang Maya adalah bekas tunang Adnan.


Kemunculan Mr. Stanger sedikit sebangak menyelamatkan Maya biarpun mulanya Maya tak suka kepada Mr. Stanger. Mr. Stanger yang misteri dan cute membuatkan pembaca tentu tertanya-tanya siapa dia. Misteri dari segala segi. Terutamanya kerjaya. Perghh tak kusangka rupanya...


JCC gak ada unsur-unsur seram. Perghh kejamnya mangsa-mangsa itu dibunuh! Meremang gak la bulu roma bila baca time malam..huhu


highly-recommended! Tahniah & makaseh Lynn Dayana sebab buat hidup ai ceria je baca Juara Carta Cinta!


p/s: hoh kalaulah betul-betul terjadi kita berjiran dengan bekas tunang dan bekas kekasih sekaligus memang porak-peranda kan hidup! err seb baik tuan belog tak penah ada kekasih. Apatah lagi bekas kekasih bekas tunang bekas tupperware hewhewhew~

3 comments:

MiEzA said...

blog hg mmg xdak chat box ke aku yg x nmpk.. :P da sebulan aku accident tp masih mc.. kaki patah masuk besi.. xleh berjalan lagi.. doakan aku kuat..

Lynn Dayana said...

Salam,
Terima kasih ya kerana sudi membaca JCC dan alhamdulillah jika ia menceriakan Hanum semasa membacanya. Hehe... Ya, memang boleh porak poranda kalau situasi Maya benar2 berlaku. :) Selamat berpuasa ya...

hanumHae said...

mieza--> eh ada je chatbox. tak keluar kot masa hg view.ehehe. teruk gak na. semoga hg cepat sihat! kuatkan semangat tau. jgn putus asa.

Lynn Dayana --> wahhhh terkezut den! kak lynn komen. ehehe. Sama2! :) Terima kasih jugak sebab ceriakan Hanum. hehe.. selamat berpuasa jugak. Teruskan berkarya ye! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...