Wednesday, January 19, 2011

Belajar Menjahit 1

Halluuuu Assalamualaikum semua :)


Kemarin 18/01/11 - kelas menjahit dah bermula!


Sebelum aku mengarut panjang-panjang, jom kita tengok alatan menjahit dulu naaa..


Alatan menjahit beli dari cikgu. Murah ja. Semuanya 1 set di bawah ni hanya RM23 saja :) Jom tengok alatan menjahit yang di perlukan! :D



Mari berkenalan dengan alat jahitan di atas! :D

1- Pensil: melakar pola (pattern)

2- Jarum jahit tangan: menjahit perbagai jenis jahitan

3- Gunting benang: membuang lebihan benang pada kain semasa menjahit atau mengemas jahitan yang dah siap.

4- Tape/Tali pengukur: mengambil ukuran pada badan dan ukuran pada fabrik

5- Jarum peniti: untuk menyemat kain & kertas ketika memotong & menjahit artikel

6- Pembaris lengkung: untuk membentuk bahagian punggung & lengan

7- Pembaris Sesiku: Digunakan untuk membentuk sedut tepat.

8- Tracing Wheel: untuk menanda di atas fabrik dengan menggunakan kertas karbon(tracing paper)

9- Kapur Penanda: digunakan untuk menanda di atas fabrik

10- Penetas: Alat untuk menetas benang pada pakaian yang telah dijahit

11- Sekoci & bobin case: benang digulung di dalam sekoci dan diletakkan ke dalam bobin case.



ini adalah tracing paper.

OH ha jangan lupa GUNTING! sgt penting. Gunting ni khas untuk memotong kain sahaja.





***********************************************************************



Pelajaran pertama di hari pertama:

Cara membuat kain 'A' Line. Belajar amik ukuran, asas melakar, dan jugak memotong kain. Fuhh terketaq2 nak potong kain. Mula-mula belajaq utk budak yang tak reti macam aku ni cikgu galakkan beli kain cotton. Senang sebab tak licin tak bergerak-gerak so tak terpesong ukuran nnt.hikhik. So 2 hari b4 kelas p KAMDAR cari kain cotton!


Ha ini kain aku untuk klas pertama ni.



kaler pepel! akceli pepel soft soft gtu. tapi dlm pic ni nmpak pepel gelap sket.


Harap2 jadi la kain aku ni nanti. Pertama kali nak buat kain sniri. Fighting hanum!q(^_^)p Nanti dah siap i publishkan tunjuk kat uols ok! *tu pun kalau jadikk.. kehkehkehkeh*


Da da da jumpa lagi d next entry!

6 comments:

Cik Ungu Violet said...

pasni kalo cik ungu nak tempah baju raya boleh la kan? hehe :D

Izzlorna said...

sis...bljar jahit katne?
Lorna minat gak nk bljr jht nih...

Izzlorna said...
This comment has been removed by the author.
nuhan said...

Cik Ungu Violet --> hikhik kna bagi cik hanum tererr duluuu bru bole tempah! :D


Izzlorna --> bljar jahit kat KEMAS lorna :) Jom la blajar menjahit!

MiEzA said...

wahhh,,,, blajaq jait.. x tahan...

♥CIK SHA♥ said...

uik??ang blajaq menjahit num??walaaahhhhhhhh..nnt leh la jhit baju utk aku..kui3..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...