Wednesday, April 13, 2011

Bercuti ke Phnom Penh : Part 1


Dear Diary Blog! :)

7/4/2011 - hohoho the day is come! Bangun dalam pukul 9am, bersiap-siap packing barang kecil-kecil. Lebih kurang pukul 11am adik Rozy datang amik kami hantar ke LCCT. Sepanjang perjalanan nak ke LCCT ai tdo je dalam keta. Mengantuk sgt mata tak bole buka maybe sebab b4 tu ai makan ubat batuk kot. yelah masa hari nak bertolak tu batuk kofkofkof still ada sikit2 lagi. Sampai je airport kami trus check in.


Pas check in malas dah nak pergi mana-mana trus masuk ke balai berlepas. Akceli masa kat tempat menunggu ni lagi 5, 10 minit camtu nak depart kami nebes uolls. Tiba-tiba je rasa "eh betull ke kita ni". "Nak ubah fikiran ke tak?" sebab masa kat tempat menunggu tu nampak wajah-wajah orang kemboja je. Maybe diorang cuti ramai-ramai kot. Tak nmpak pun org melayu dari Malaysia. Cina ada la. Dup dap dup dap tapi kami kuatkan semangat redah jeeee~





Our beg. Sikit je kan. Bw yg kecik-kecik sudah. Percutian budget la katakan..hikhik. Dalam beg oren tu makanan kami. megi, roti choco kismis, mamee, biskut oreo, biskut tiger err tu je kot.






Akhirnya departure time! Tgk la muka cik Rozy yang girang tak sabar nak naik flight. Padahal lam hati debar-debar. hihi



- Flight dari KL-PHNOM PENH mengambil masa 1jam 45minit. Masa dlm flight kami decide nak beli 1 makanan share 2 orang. Yolah kang nanti sampai Phnom Penh tak tau keadaan camna kan. So belasah je la makanan airasia pong even dah tau mahal huhu~

air mineral + noodle tu je RM13.


nom...nom...nom... 1jam 45minit berlalu..


- Taraaaa! Dah sampai ke airport Phnom Penh!



- Jumpa pakcik Salleh ni. Naik tuk-tuk dia ke hotel. USD7 untuk 1 tuk-tuk from airport. Akceli masa sampai kami lum ada tempat nak stay. So pakcik Salleh ni bawakan kami ke hotel di bandar Phnom Penh mengikut bajet yang kami bagi iaitu bawah USD15 utk 1 malam 1 bilik. Oh ha USD1 = lebih kurang RM3.03


oh ye pakcik Salleh ni Muslim & bole cakap melayu sebab dia penah belajar kat KL duluuuu~


- Sekitar bandar Phnom Penh dari airport ke bandar.


kalau rasa tak jelas klik gambar utk tumbesaran occay! ;p


-Before sampai hotel, kami melalui Wat Phnom. Salah 1 tempat sejarah + nice place to visit jugak. Kami benti sat kat Wat Phnom just untuk amik gambar d kawasan luar. Tak naik bukit masuk melawat pun sebab hari dah petang. Entrance Fees Wat Phnom: USD1 per person.



- Selesai mengambil gambar, kami sampai ke hotel New Lapaillote Hotel. Kami menginap di sini 1 malam USD15 1 bilik untuk 2 orang. Hotel ni betul-betul depan central market. Tapi masa kami sampai dah petang so central market dah tutup.

gambar dari lobby hotel. Bangunan kuning tu adalah central market.


- Oh ye sebelum sampai ke hotel, pakcik Salleh bawa kami pegi beli tiket bus Phnom Penh - Siem Reap. Akceli kami menginap di Phnom Penh untuk 1 malam je. Sebabnya kami nak ke Siem Reap melawat Angkor Wat!

tiket bus. USD10. akceli kwn kepada cik Rozy ckp boleh dpt USD4 je if beli from guesthouse. Tapi disebabkan pakcik Salleh yang ckp-byk-tak-benti-sampai-kami-tak-sempat-berfikir-terus-bayar je masa dia ckp tu. Padahal b4 p phnom penh dah tau dah harga yang kwn Rozy bgtau from fb. haihss. rugi USD6. Pergi balik rugi USD12!! T___T


- Selesai mandi rehat-rehat sat kat bilik kami decide nak kuar jalan-jalan tengok Phnom Penh waktu malam. Kami singgah di Restaurant Halal (di rekomen oleh pakcik Salleh) utk makan. Kami order 1 nasi goreng pataya + 2 air milo. Order 1 je nasi bukan sebab nak jimat or watsoever tapi sebab nasi dia banyakkk tau! makan 2 org kenyang giler vavi. Owner Restaurant ni sangat hensem & wife dia sangat cantik tau! Baik peramah je tuan kedai yg smart nsem tu. Motip nak bgtau? heuheuheu ;p

nasi goreng pataya + 2 milo ais = USD3


- Selesai makan kami jalan-jalan sekitar bandar Phnom Penh. As usual camwhoring! ;p Kami jalan di sekitar tasik tepi bandar Phnom Penh. Ramai sangat orang. So tak takut pun jalan berdua jek gegurl..hikhikhik. Jauh jugak la kami berjalan. Malam, sejuk kan ramai pulak tu orang so tak rasa penat & tak takut sangat (eceh cuak jugak sbnrnya). Jalan amik gambar jalan je snap gambar, jalan sana jalan sini snap sana snap sini. Nak tengok nite view sekitar bandar Phnom Penh?


Tunggu entry seterusnya occay~ ^^

9 comments:

Unknown said...

wah, bestnye..
boleh g bercuti.. =)

dd dudu said...

besnyee anum ada pengalaman ini!!!

lagii lagiiii

dd dudu said...

besnyee anum ada pengalaman ini!!!

lagii lagiiii

NasQ said...

wooow... apa yang best dekat sana... mahal tak kat sana?

hanumHae said...

aisya--> hehe :D

dd dudu-->sgt best tau dd! rs cam berdikari jeee...hahaha

dah updet lagi!

Nasriq--> nak tau apa lg yg best nntkan sampai entry terakhir ok! ;p ada yg mahal ada yg murah :)

Rozy^^ said...

apsal upload gmbr pacik tu?? x ske..x ske..hahaha

hanumHae said...

rozy^^--> hahaha xsuke gak! tapi bak kata ayah ngan pak sedara aku "kna bersyukur la jmpa dia, jgn merungut" muahahaha

Cikgu Zulkifle said...

syabas... jarang jumpa org pompuan berani macam sedari berdua ...

hanumHae said...

cikgu zulkifle --> TQ cikgu! hehe walaupun dup dap dup dap tapi beranikan gak diri redah jeee. hehe :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...