Fuuhhhh lamanya tak updet belog. Maap ye. Terlalu sibuk. Tertangguh nak updet entry melawat Angkor kat Siem Reap. Ok jangan membuang masa. Mari updet cepat-cepat! ^^
Setelah kematu bontot duduk dalam bus selama 6 jam dari Phnom Penh ke Siem Reap, kami selamat sampai ke stesen bus Siem Reap pukul 3pm. Dari stesen bus nak ke pekan Siem Reap agak jauh gak. Kami naik tuk-tuk mencari tempat penginapan. Semuanya pakcik Salleh yang suggestkan (kami tak bole lariiii dari dia sebab dia dah setia tunggu kat stesen bus Siem Reap). Kami menginap di Tan Kang Angkor Villa Hotel. Kali ni hotel dia much more better than hotel kat Phnom Penh. Seriously sangat-sangat comfortable berbanding hotel kat Phnom Penh. Padahal harga sama je; USD15 1 night.
Tan Kang Angkor Villa Hotel
besar kan! rasanya 2 kali ganda bilik yang kami menginap di Phnom Penh.
toilet~~
selesai letak barang kami turun semula untuk bersiap-sedia nak tengok Sunset di Angkor Phnom Bakheng.
Oh ha b4 tu kami singgah makan di Muslim Restaurant. USD4 untuk Seafood Fried Rice & Chicken Fried Rice + 2 air kosong. Tapi nasi kat muslim restaurant tak bole lawan dengan nasi pataya di Halal Restaurant di Phnom Penh. Banyak & sedap.
nasi goreng ayam.
4 ptg - dah selesai makan kami bertolak ke Ticket Booth untuk beli tiket nak melawat Angkor. sampai di ticket booth 4.30 petang. Masa kami sampai orang tak ramai lagi. Pukul 5 petang baru kaunter tiket di buka. Oh ye kalau beli tiket start 5 pm, tiket tu available dari petang 5 pm hari ini sehingga 5 pm esok. :)
sunyi. Kaunter belum buka.
ini tuk tuk yang kami naik.
masa ni dah banyak rombongan yang sampai
orang dah start beratur. jom beratur jugakk! :D
Nak masuk melawat tengok Angkor ada pass yang tersendiri. Setiap pass akan ada gambar kita. Haaa jangan main-main. So setiap Angkor akan ada check point yang akan check pass kita. Kalau tak ada or tak bawa or tercicir tak boleh masuk ye melainkan wat pass baru. Pass melawat terbahagi kepada 3 : One Day Pass (USD20), 3 Days Pass (USD40), One week Pass (USD60). Visit time: 5.30am - 5.30pm
Kami op kos la beli yang one day pass jek kan. Beli 3 days pass melampau nanti tertinggal flight. heuheuheuheu~
Jadi perjalanan melawat Angkor bermula!
kedai kat cni kebanyakannya tak halal ye. so kami bawa bekal roti dari Malaysia. itu pun tinggal2 keping jek ;(
Dah sampai!
Jenuh nak mendaki naik atas baru sampai Phnom Bakheng. Semata-mata nak tengok sunset punya pasal -_-'
Dah Nampak Phnom Bakheng. Dah sampai.
Kemudian nampak ini. Tingginya! Curamnya! -_''
gambar insan En. G
cuak je nak naik ni tau. tapi gagah je. redah je melawan takut.hikhik
Dah sampai puncak! yeay! q(^_^)p
sangat ramai orang
pemandangan dari atas.
SUNSET! :)
masa ni dah xde sunset. sesi ambil gambar banyak-banyak sampai muak.
Ok dah nak malam gelap. Jom balikkkkk~
Sambung next entry trip ke Angkor lain pulak ye termasuk Angkor Wat!^^
p/s: panjang kan entri ni? muntah ijau uweeekkkk weekkk~
5 comments:
anum.. jeles kat hang p obersi..
teringin nak kesana.
i feel like goin thr ;\
nice trip :)
mieza--> jgn jeles2. obersi yg dekat2 jek..hihi
Encik Psychopath--> silakan!silakan! :)
Nick--> u shud going there! ;p
Kelana Timo Al-Fatih-->absolutely! :)
Post a Comment