Monday, April 4, 2011

[Review Filem] - CUN arahan Osman Ali memang cun!

Salam 1 Malaysia semua! :)

malam Sabtu yang lalu aku, adik-adik aku & kazen aku p tengok wayang. Cerita apa lagi kalau bukan CUN! Excited je aku nak tengok movie ni lepas tengok ost CUN SELALU nyanyian hero & heroin filem ni sniri. Jom layan dengar ost ni dulu! ^^




CUN komedi romantik yang ringan dan mudah difahami. Menonjolkan kehidupan kampung berlatar belakangkan kawasan hijau bendang di utara.


Jalan cerita yang stereotaip tapi ada mesej yang hendak disampaikan. Aku suka gila vavi dengan CUN sebab pelakon-pelakon nampak ada kimia antara satu sama lain. Best je kehidupan depa. Penuh dengan kasih sayang. Tak nampak kekok.


Maya Karin as Luna; Wa tabik spring sama lu la sebab sirius slamber gila dok kampung tak nampak janggal lakonan. Slamber je main lumpur, kerbau, turun bendang, tak pakai kasut lari-lari panjat pokok semua. sukaaaa sangat! dah la CUN!

Remy Ishak cakap Kedah beb! Pandai naa orang Melaka cakap Utara. Ni salah satu sebab jugak aku p tengok CUN! Sebab cakap utara. kikikiki~

Lakonan Nadia Nisha sebagai Manis - seorang remaja yang istimewa (org kurang upaya) sangat sangat menyentuh hati ai beb! Menitis gak la ayaq mata ai part yang dia kena marah ngan atan pastu bawa diri tu.. opsss kantoi keluaq ayaq mata..hikhik ;p Tapi sirius awesome gila dia berlakon.


Aku suka gila Faezah Elai as Tom. Gila sempoi memang dia berjaya menghidupkan suasana.

Kartina Aziz a.k.a Tok Chah memang sempoi cun!

Part yang aku rasa 'alamak kena tutup mata kazen aku ni sebab kecik lagi ' time geli-geli drakula antara Jehan & Marsha. Geli usus naik bulu roma aku tengok scene geli-geli depa 2 atas katil tu. Gila dah la seksa ja baju. Aku tutup-tutup buka mata je nengok scene tu..muahaha

Kesimpulannya CUN memang cun! Karya arahan Osman Ali seorang yang membesar di Langkawi ni memang tak mengecewakan. Santai, ringkas, lawak, sedih tapi penuh dengan mesej.

Haaa apa tunggu lagi sila serbu panggung berdekatan anda sekarang! :D


2 comments:

Shahada Fauzi said...

betoi2..ari ni aku nak p tengok lagi pas balik opis..rindu kat MANIS..^_^

KhairulZamanKhobin said...

jom tengok movie mistakes dalam filem CUN!

http://goofspotonfilm.blogspot.com/2011/04/cun-2011.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...