Sunday, August 21, 2011

Rahsia Tandatangan

Ohh kenyangnyaaaa ^_^


Eh hye semuaa~ Masa tengah kemas-kemas newspaper yang berlambak kat umah, mata terus ja terjumpa paper ni ...

M2 mingguan Malaysia 14.08.11

Apalagi tangan terus stop mengemas, baca newspaper. Haha punyalah tajuk menarik tertarik kan. Nak tau jugak rahsia tandatangan sendiri kan. Tapi sebelum tu meh ai senaraikan 8 rahsia tandatangan kat blog ni. Nanti newspaper ni di buat bungkus nasi lemak hilang habis maklumat. Baik ai masukkan dalam entri di blog kehkehkeh =D


~~ 8 Rahsia Keunikan Tandatangan ~~


1. Satu garisan di bawah
- seorang yang sangat yakin dan mempunyai personaliti hebat tetapi agak pentingkan diri sendiri.


2. Satu titik di bawah
- seorang yang simple dan tenang tetapi senang hilang kepercayaan apabila dikhianati.


3. Dua titik di bawah
- seorang yang romantik tetapi mudah bertukar pasangan serta lebih memilih kecantikan dan mudah menarik perhatian orang lain.


4. Tanpa garisan dan titik di bawah
- seorang yang seronok dengan kehidupan dengan cara sendiri tetapi krang memberikan perhatian pada pandangan orang.


5. Tiada kaitan dengan nama
- seorang yang sentiasa berusaha kelihatan bijak dan yakin dengan kebolehan diri sendiri tetapi suka berselindung dan tidak mengambil pandangan orang lain.


6. Berkaitan ejaan nama tetapi sukar dibaca
- seorang yang kreatif dan cerdi k tapi malas berfikir panjang serta mudah menukar pandangan atau idea.


7. Huruf tidak bersambung
- seorang yang suka berfikir, sangat mengambil berat, tidak pentingkan diri sendiri, sanggup berkorban apa saja untuk orang lain, tetapi cepat mengalah dan mudah serik.


8. Mengikut ejaan nama dengan huruf yang jelas
- seorang yang baik hati, boleh sesuaikan diri dengan siapa saja dalam apa juga keadaan atau urusan, tegas dengan pendapat sendiri dan ada semangat yang tinggi.


Haa nak tau tuan belog punya identiti berdasarkan tandatangan? 1 + 2 + 8. Ha pandai-pandai la uolls tafsir ye ai macam mana. U olls punya pulak macam mana?


K da da da da. Bye ~ ;p


p/s: sumber daripada mingguan Malaysia M2 14.08.11, penulis: Hafizahril Hamid

2 comments:

♥CIK SHA♥ said...

kite geng! memang ngam le sngt..patut la jadi besfren..kui3..;p

hanumHae said...

cik sha --> yeah high 5! agagaga memang ngam! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...