Sunday, January 24, 2010

~hannan haikal~

Selamat Hari Jadi~!! hari ini 24/01/2010 genaplah umonya menjadi 19 tahun. uishh mcm tak percaya ja dia dah 19 tahun. rasa mcm kecik ja lagi. dlu masa dia sekolah menengah aku ingat dia sekolah rendah lagi.hik3..

siapa yang aku maksudkan?
taraaaa~



oh no no no.tidak tidak.ini bukan boifren aku. ini adalah adik lelaki ku.

uppsss apa?nak berkenalan? haha.ohh ini adik saya, namanya mohammad hannan haikal b. abdul halim mcm nak wat karangan pulak..ngee~ skrg sudah genap 19 tahun. tapi kalau p jalan2 mana2 pun org akan ckp aku adik dia..muahahahaha.. biasalah kakak dia kan awet muda..wakaka.

haikal a.k.a mek alang ni (aku suka panggil dia mek alang) sangat pandai dalam bab2 bertukang,benda2 kreatif, seni. aku ingat lagi masa aku 1st year kat ums dlu, mak aku ada pos barang. dalam tu ada hadiah dari alang sempena besday aku, dia ukir sabun jadi nama aku "hanum". ohh aku sangat suka+terharu masa tu. aku nak letak kat blog ni tapi sabun ukiran nama aku tu ada kat umah pulak. tapi yang sedihnya sabun tu dah patah 2..huuu~sedihnya T_T

kalau bab-bab nak mengemas umah time2 raya la slalunya, mulut aku mesti punya wajib akan sebut "mek alang, jom tolong angkat ni", mek alang, nnt tolong buang ni", "mek alang tolong vacuum tangga", mek alang itu,mek alang ini la kesimpulannya.. kui3~

mek alang pulak suka cakap dekat aku "along, belanja", "along, topap", "along, ada duit tak?", pastu sejak2 dah masuk kolej ni dia suka cakap "along, nnt tgk la alang jadi bos along..hahaha".. cehh ada hati :p

kecik2 dlu sangatla buaih(nakal). aku ingat lagi masa dia kecik dlu ada katak mati kat jalan kwsn umah kami, slamber badak dia ja p amik katak tu dok usik2 org..haha.. penah anak ular sawa masuk umah time kami kecik2 dlu, ayah aku tak bunuh. letak dalam bekas besar, tutup dengan penutup yang di tindih dengan bata. masa tu haikal ni kecik lagi. dia p tanya kat ayah aku "apa ni ayah?", ayah aku yang dah tau perangai dia ni, mula la risau gak siap pesan "jangan angkat bata ni tau. jangan main ni. ini ular" pendek kata segala jenis haiwan binatang la mau kalau boleh dia nak pegang sentuh.. haihhss


hmm..apa lagi r? ohh cukuplah sampai sini saja aku membebel pasal adik aku ni. kalau aku tak stop membebel entri ni panjang berjela pula kang.hahaha.


abaikan gambar kesengalan aku dgn adik aku masa tgh dok tggu pizza tak sampai-sampai


haikal, selamat hari jadi.selamat hari umoq makin bertambah. belajar rajin2. jangan malas-malas. bawa motor jangan laju-laju. cuti2 panjang jangan lupa balik umah. ada duit lebih sedekah sket kat along..ehhh?? bukan along ka dok bagi duit kat alang?haha



p/s: haikal, nak kna bg hadiah jugak kah? tak payah la noo..muahahaha

17 comments:

fya zainal said...

owhhh bagusnya adik..

Aie Seifer said...

ingatkn boifren td..haha

miss myeryn said...

mcm promote adik je?hehe

nuhan said...

fya zainal--> :)

aie seifer--> ohh bukan2..mudanya boifrenku..haha

miss myeryn-->mn ada promote la..ni n3 khas utk adik tersayang sempena besday dia..hehe :D

♥CIK SHA♥ said...

aku nak kenalan leh dak???ngahaha..shhh..jgn repot ton tau..kui3...

fezaL Mohd said...

happy ye ;)

kawie2020 said...

kiut je korang adik beradik nih.. awak nampak kecik dr adik awak.. patut lah org kata awak adik.. hehehhehehehe....

p/s: salam perkenalan dari kawie yg innosen.. hehehehhehehe

ejaa said...

hahah kiut picture bawah tu ko wat mcm tu..
huhuhu
mmg betol2 sengal!haha

ejaa said...

hahah kiut picture bawah tu ko wat mcm tu..
huhuhu
mmg betol2 sengal!haha

nisa ~ shasha said...

hanum.. nk knl ngn dia! :p

eyes143.. said...

epy burfday to him!


psstt.. ncem :p

zulhilmi bdk blur said...

macam kapel la plak...hihi

nuhan said...

cik sha-->nak knalan bole.tp jgn lebih2 sbb aku xrela hang jd adik ipaq aku..muahhahaha :P

fezaL Mohd-->hehe ;)

kawie2020-->hehe cute ke?*malu* haha gedix~ antara suma mmg saya yg kecik skali padahal anak yg paling tua..kui3

p/s: salam perkenalan kawie..eh innesenkah?lalalalala~

ejaa-->hehehe :D

nisa~shasha-->ohh no no no tidakkk!! muahaha kejam x?kikiki~

eyes143-->thanx!:)(jwb bg pihak)
ensem? kakak dia plak?haha

zulhilmi bdk blur-->aigoo yeke?hoho~

♥CIK SHA♥ said...

smpai ati ang..aku comey gak pe???ngahahahaha...

nuhan said...

cik sha-->ooppss tak kata pon hang tak comey? n aku tak kata gak hang comey..lalalala~ :P

Natasha said...

selamat harijadi haikal........ wahhh pasangan adek kakak yg sgt chumell

fadzril ahmad said...

haiyooo mushkil2... wkwkwkwk... alang ooo alang... jom2 p mengai... jambatan putuih 2 dh lma menanti kedatangan p.su nie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...